mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 10 Julai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10 Julai. Papar semua catatan

Khamis, 9 Julai 2015

ETS KL-Padang Besar bermula esok

ETS KL-Padang Besar bermula esok. Ni antara berita yang cambest jugak ni. 4 jam leh sampai Padang Besar dari KL. Satu idea menarik dari dok hadap jem, terutama pada masa puncak. Amacam...


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengumumkan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gold dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan bermula esok.

Beliau berkata perkhidmatan itu dijalankan dua kali sehari iaitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur.

"Perkhidmatan ini bermula esok sempena sambutan Aidilfitri minggu depan dan kita jangka ia mendapat sambutan orang ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa.

"Perkhidmatan ini juga akan dijalankan secara tetap," katanya dalam sidang media di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama pegawai Kementerian Pengangkutan, Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan media menaiki tren baharu ETS dari stesen kereta api Batu Gajah ke Kuala Kangsa.

Sebelum itu, Tiong Lai melakukan lawatan kerja ke kilang CRRC Rolling Stock Center Malaysia (CRM), yang sebelum ini dikenali sebagai CSR Rolling Stock Center Malaysia yang bertanggungjawab menghasilkan tren baharu.
   
Tiong Lai berkata, perkhidmatan itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM81 dan mengambil masa selama empat jam 45 minit untuk sampai ke destinasi.
   
"Kita telah mendapat kelulusan daripada SPAD untuk melakukan perkhidmatan ini. Masanya akan diumumkan nanti oleh pihak KTMB. Bagaimanapun perjalanan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan melalui 28 stesen.
   
"Pada masa hadapan, kita juga berharap dapat memberikan perkhidmatan komuter Sungai Siput-Kuala Kangsar-Ipoh-Kampar bagi penduduk yang duduk berhampiran Lembah Kinta," katanya sambil menambah tren ETS yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.
   
Sementara itu, berhubung ETS baharu menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, yang sepatutnya beroperasi pada awal Julai lepas, beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan kelulusan daripada pihak SPAD.
   
"ETS yang baharu ini, ia mengambil sedikit masa untuk pentaulaihan. Sebab itu hari ini kita menyertai perjalanan ini untuk menguji semua ciri-ciri keselamatan. Kita perlu kebenaran SPAD, apabila kita mendapat kebenaran, kita boleh menggunakan tren ini," kata Tiong Lai.
   
Katanya, 10 tren ETS baharu itu melibatkan kos sebanyak RM506 juta.
   
Perkhidmatan ETS pertama negara, yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010.

Tren pertama buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gerabak setiap unit itu mampu bergerak 160 kilometer sejam serta hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Ipoh. - Bernama


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free