Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel digi

Digi Samsung A50

Imej
Digi Samsung A50. Kisah ni agak hebat. Aku tetiba dapat sms dari digi pasal dapat Samsung A50, free pasal aku pengguna pelan famili. Sempat jugak survey pelan famili dari telco lain, tapi meme tokleh lawan digi punya lagi setakat ni. Maybe U Mobile punya pelan ja yang boleh saing setakat yang aku survey dari telco ke telco. So. Semalam. Gi digi. Memang betul. Tapi kena masuk waiting list. Hari ni. Lunch at Sirrdirina. Sempat borak ngan azhar. Dia pun dah hujung-hujung ngan kitaorang ni. Sekali masuk call. Digi Danga. Telefon dah ready untuk pick-up. Perghhhh! Tak caya beb. Semalam kat waiting list, hari ni dah release. On the way back lalu digi jap. Punya la ramai orang. Tunggu balik kerja baru pergi semula. Masuk aje 13 orang masih kat depan turnnya. Takpe. Tunggu je. Dekat sejam, alhamdulillah. A50 dah jadi milik aku yang sah! Yang best, aku hanya perasan dia pakai nano simcard bila dah sampai rumah. Hahaha. Apasal la setiap kali aku dapat henpon baharu mesti aku akan return semul

Kempen Internet Gemilang Digi

Imej
Kempen Internet Gemilang Digi. Lambat sikit nulis pasal aku pun lambat sikit dapat mesej ni. Actually memang dah tau pasal kempen ni. Internet tanpa had dari 12 tengah malam sehingga 12 tengah hari, setiap hari selama 61 hari sehingga 30 September 2018. Cuma kena faham limitation yang digi kenakan ya. Yang pertama, of coz hanya pengguna principal yang dapat kemudahan ini dan tidak boleh dikongsi. Tidak boleh guna peer-to-peer download atau hotspot. Kalau buat, tetap data akan ditolak. Apapun. Pakai ajelah apa yang orang dah bagi kan. Sambil lam kepala nak ubah lebih sikit pelan data pada line supplementary yang lain. Nak tahu lebih boleh rujuk pautan ni : https://new.digi.com.my/cs/Satellite/Page/tnc/default/internet-gemilang

Digi taman molek at last

Imej
Digi taman molek at last. Hari ni bebetul aku diuji. Di danga city mall. Line down. Memula ingat nak balik pejabat aje. Alang alang pelangi dah dekat. Jalan aje. Telefon takde susah gak hidup ni. Sekali pelangi pun sama. Adusss... meme kena aku hari ni. Alang alang gi taman molek. Terus keyin lam gps. Tak check bebetul. Kilang digi aku sampai. Huhuhu. Bukak gps. Teliti tul tul jalan moleh 1/12. Alhamdulillah. 2 jam masa aku terbuang cenggitu aje. Lum kira parking free ja bayar tadi. Jam 2 dan aku masih menanti. Nombor. Dipanggil. Huhuhu.

DiGi Internet for All WWWOW Awards 2013

Imej
DiGi Internet for All WWWOW Awards 2013 sudah kembali dengan 15 kategori dipertandingkan pada tahun ini. Tahun ini Nuffnang sendiri telah menaja untuk Blogger of The Year dan Fave Makan-Makan Expert dimana pemenang akan menerima tajaan penuh percutian 3 hari 2 malam ke Manila, Filifina bersama dengan  Cheeserland (Top Local Blogger + Microblogger) dan  BroDon'tLikeThatBro (DiGi WWWOW 2012 Blogger of the Year) untuk bertemu dengan Yugatech (Top Philippine Tech blog) dan  DivinemLee (Top Philippine Blogger, Microblogger, Model & Actress)! Antara hadiah lain yang menarik adalah People's Choice Award di mana pemenang akan menerima percutian 3 hari 2 malam ke Oslo, Norway.

Jusco Bukit Indah getaway : henpon session

Imej
Jusco Bukit Indah getaway : henpon session. Akhirnya, atas sebab henpon dah ilang, kena la jugak beli henpon baru. ish ish ish... alang-alang tukau sekali plan. amik plan postpaid semat... ahahaha.. just plain voice + sms plan ajer. tu pasal amik henpon basic ja. kira ok ler.

Digi oh digi

Imej
Kena taruk toyol kuning baru ok sikit kot tepon aku nih Masuk hari ni dah hari ketiga aku tokleh nak hantar sms kuar. Apa kes ntah. Yang peliknya, sms masuk boleh la pulak. Bengkerk tul. Semalam dah emel ke Digi, sampai ke la masih tarak reply. Hampeh nyok tul la. So pagi ni aku try lagi sekali sms kuar. Memang besarla harapan tak berjaya hantar lagi. Apa kes. Last last call customer service digi jugak. Tut tut.. Pastu mula la dengar iklan dia yang bosan tuh. Adohaii.. rasa nak hampuk jugak henpon aku nih. Sib baik toyol kuning ni tahan ja. Aku kira plus minus 2 minit lebih jugak aku nunggu sampai dapat cakap ngan operator. Sakit ja hati nunggu kan. Sib baik dah dapat cakap. Terus bagitau masalah. Dia terus check, dan memang ada masalah dengan nombor aku nih. Dia suh tutup henpon lepas 5 minit nanti. Ada aku nak tunggu?? Terus ajer aku off lepas dia letak gagang. Dan yang bestnya, cam biasa; aku terus terlupa onkan balik henpon aku. Ingat pun masa makan tengah hari. Sekali on..