Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel setem

Jom ke pejabat pos

Imej
Sampul surat iqa yang kena rejek abis abis ngan aku Kebetulan hari ni aku ambik cuti, maka dapat la bawak dedua balqis ni gi pejabat pos. Dari ahad lepas dia mintak aku poskan surat dia. Tapi aku memang nak dia rasa sendiri cemana kita pos surat tu. The best teacher is own experience maa.. So pagi ni kuar la kami ke pekan gelang patah. Dua misi. Satu cari sarapan. Dua pos surat. Misi pertama nampaknya samar-samar. Bukan setakat kedai cina, ngan gerai gerai biasa aku beli sarapan pun dah tutup. Pergghh.. Ini baru betul nak raya cina ni namanya. So, kita setelkan misi pertama dulu. Langsung ke pejabat pos. Iqa tanya nak tekan yang mana, B ka C? Cuba baca, ada tulis setem tak. Tekan C. Aikk apasal cepat sangat kena panggil dia tanya. Biasa la.. setakat beli setem. Lama tul tak beli setem nih. Ye lah. Dah lama tak anto surat. Semua elektronik ja. Tak SMS, emel. Mana nak tengok setem lagi. Tanya setem berapa paling murah. Enam posen tuh.. Perghh.. Last aku beli dulu masa masih tiga