PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Keredaan Ibubapa dan Keredaan Allah
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Keredaan Ibubapa dan Keredaan Allah عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash r.a. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. (HR At-Tirmidzi No: 1821) Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim Pengajaran: 1. Reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa, kerana Allah memerintahkan untuk mentaati orangtua. 2. Imam Al Ghazali: Termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahknya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. (lihat, Faidh Al Qadir, 4/33) 3. Berbakti kepada kedua orang tua sering sekali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntun