Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SPM

The Colours of Life - Jom Reronda, SPM, PPD Johor Bahru

Imej
The Colours of Life - Jom Reronda, SPM, PPD Johor Bahru. Semalam. Gi ke Sektor Pembangunan Murid, PPD Johor Bahru untuk amik hadiah dan sijil untuk pertandingan English Cyberspace Challenge peringkat daerah. Layan. Sempat la keluarkan kamera amik bideo sana sini. Hehehe. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019

Imej
Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019. Hari ni bawak budak gi program kecemerlangan matematik kat SMK Taman Tun Aminah ngan mama. Anjuran PPDJB dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Dua cikgu, lapan budak. Sampai aje dah jumpa rakan-rakan lama kat sini. Ni la dia kebudak math UTM satu batch satu ketika dulu. Si Nizam pun ada sekali. Kakaka. Dah jadi majlis reunion ke gapo ni. Si Maini jadi fasi. Last aku jumpa berdepan masa dia masih kat Sains Sabah. Masa tu dia jadi cikgu data. Yang lelain tu memang la selalu jumpa pasal semua kat skudai aje. Layan... Belajo kat skudai, ngaja kat skudai, program pun kat skudai. haisshhhh... tak berkembang tul. Hahahaha

Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian

Imej
Permohonan pendaftaran lewat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 bagi calon persendirian sahaja bermula pada 15 hingga 30 April 2019. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Permohonan calon mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC. Membuat permohonan pendaftaran lewat SPM di portal Permohonan Pendaftaran SPM antara 12/04/2019 sehingga 30/04/2019. Permohonan pendaftaran lewat SPM akan dikenakan Bayaran Calon Lewat Daftar sebanyak RM30.00 sahaja. Sila sertakan dokumen berikut semasa hadir ke JPN/PPD untuk mengesahkan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh anda membuat dan menghantar permohonan secara dalam talian:- 1. Cetakan Senarai Semak Pendaftaran 2. Tiga (3) salinan Kenyataan Semakan 3. Salinan dokumen pengenalan diri yang disahkan 4. Salinan sijil/slip peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC yang dis

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

Imej
SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP. A bit late updating. Macam biasa. Kat sini ada 3 warna bagi SBP kami. Iqa kat STF. Alhamdulillah. Masih kekal di tempat pertama antara semua. Dan yang lagi dua ofkos la KUSESS tempat aku kerja dulu dan STJ tempat mama kerja. Nostalgia beb. Tempat pertama posting kan. Iqa pun memang membesar di KUSESS. Ada sedikit perbandingan kedudukan berbanding tahun 2017. GPS lama aku saja tak masukkan. :P Tahniah pada semua.

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018. Majlis ini telah diadakan pada semalam, 29 September 2018 hari Sabtu bermula jam 6.30 petang di Surau Fatimah Az-Zahra. Dalam jam 5.45 petang kami tiba di jalan berdepan sekolah. Dah jem beb. Memang sambutan menggalakkan daripada parents Form 3 dan Form 5 tahun ni. Sempat lepak jap depan surau borak-borak. Jumpa iqa jap sebelum majlis mula dan serah pada dia souvernir kata-kata peransang dari inaz. Majlis dimulakan dalam jam 6.30 petang dengan ucapan aluan dari YDP PIBG dan diteruskan dengan bacaan yasin. Selepas selesai solat Maghrib berjemaah kami diperdengarkan dengan tazkirah dari Ustaz Usamah Kamal Al-Hafiz. Solat Hajat dijalankan setelah selesainya solat Isya' berjemaah. Sebelum bersurai kami bergerak ke Dewan Melati untuk jamuan. Dapat la masa berborak lagi dengan anak dan parent lain yang hadir. Tahniah STF atas penganjuran majlis ini. Semoga Iqa dan rakan-rakannya dapat menjawab soalan-soalan PT3 ini d

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017

Imej
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017 akan diumumkan pada 15 Mac ini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari sama. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mereka mendaftar sebelum ini. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2017 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 15 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 21 Mac 2018. Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan. Pada tahun lalu, seramai 443,883 calon mendaftar untuk menduduki SPM di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara yang mana 386,331 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,461 adalah calon sekolah di bawah agensi

Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM SMK Taman Nusajaya

Imej
Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM SMK Taman Nusajaya. Tadi. Mama ke sekolah. Ada program. Boleh tahan pack nya kebudaks form 5 sekolah mama yerk. Good luck to all.

PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016

Imej
PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016 KENYATAAN MEDIA    Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016. Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat persediaan yang lebih rapi. Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) TAHUN 2015

Imej
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) TAHUN 2015 Peperiksaan bertulis SPM (Ulangan) 2015 akan berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2015 . Seramai 14,053 orang calon telah mendaftar untuk menduduki SPM (Ulangan) pada tahun ini. Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah-sekolah dan boleh juga dimuaturun di url http://www.moe.gov.my/lp Baca artikel penuh di sini

Sesi fotografi kebudaks form 5 mama

Imej
Sesi fotografi kebudaks form 5 mama. Yo lah. Dah nak abih sekolah katakan. Masa ni la memasing nak simpan kenangan. Layan ajo la

SPM 2013 - Selamat menempoh peperiksaan pada semua calon

Imej
SPM 2013 - Selamat menempoh peperiksaan pada semua calon. Esok, seluruh calon SPM seluruh negara akan mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2013. Selamat menempoh peperiksaan pada semua calon. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang kelak. Jadual waktu peperiksaan SPM 2013 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012

Imej
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 akan diumumkan. Sudahkah anda bersedia??? Calon-calon boleh mendapatkan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 pada hari Khamis, 21 Mac 2013 daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Sahibba for the kebudak

Imej
Akhirnya... Dapat jugak aku beli sahibba ni. Kat mana? Jusco bukit indah. Yang best. Siap ada 4 versi. Pikio pikio amik yang versi paling latest. Bm, bi, istilah sain math sekali. Harga dia lebih sikit, hampir rm 60. Sebelum balik sempat tapau big apple, n jumpa ex student... ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Selamat menghadapi SPM

Imej
Pada semua calon spm 2011. Do your best!!!! Published with Blogger-droid v2.0.1

Untuk tatapan calon SPM 2009

Buat calon-calon SPM Jadikan pengajaran Jangan jadi macam ini ps : Hangpa ni rajin sungguh nooo.. Siap buat movie baru tu..