mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label tema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tema. Papar semua catatan

Selasa, 21 Jun 2016

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016. Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, hari ini.

Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.

"Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya.

Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.

"Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri," katanya.

Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.

"Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.

"Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.

Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil.

-- BERNAMA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Khamis, 12 Mac 2015

TEMA HARI GURU 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak


TEMA HARI GURU 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

Muaturun maklumat lengkap melalui URL http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Hari%20Guru%202015.pdf

**foto dikongsi daripada skchengal.blogspot.com

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H 2015M

Salam Maulidur Rasul 1436H 2015M
“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
Sabtu, 12 Rabiulawal 1436H / 3 Januari 2014M



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 30 Ogos 2014

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta : versi kreatif


LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta : versi kreatif.

Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Ciptaan: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Nyanyian: Bob Yusof


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 29 Jun 2014

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57 Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Ciptaan: Sharon Paul
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya
Nyanyian: Bob Yusof


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 26 Jun 2014

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57. Di sini lahirnya sebuah cinta.






Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 24 Januari 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-11 Tonton Online Streaming.







Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-11 Tonton Online Streaming. Tema "Silent Comedy" dan "Karoot Komedia". Jom layan jap di bro kacak jap. Pakat pi ke url ni nooo... http://pencurimovie.cc/maharaja-lawak-mega-2013-minggu-ke-11/ atau direct kat ustream sendiri http://www.ustream.tv/channel/merajalawak-gila-babi-11

ps : Malam ni bukan joekacak yang wat live streaming cam biasa sebab ada urusan yang penting. Walaubagaimanapun abam phantom take over... hope semuanya ok!!! Kita enjoyyy!!!

Jumaat, 17 Januari 2014

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-10 Tonton Online Streaming







Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu Ke-10 Tonton Online Streaming. Tema "Radio". Jom layan jap di bro kacak jap. Pakat pi ke url ni nooo... http://jomtontondramajoekacak.blogspot.com/2014/01/maharaja-lawak-mega-2014-minggu-ke-10.html

Khamis, 29 Ogos 2013

Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku


Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku. Tema Kemerdekaan kita yang ke-56 kali ni. Boleh gi ke laman web rasmi kemerdekaan di http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/. Read on...

Isnin, 7 Mei 2012

Sambutan Perayaan Hari Guru 2012



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


TEMA HARI GURU 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


LAGU TEMA HARI GURU 2012

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Dengar | Muat turun lagu(Set Lengkap)


PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KEBANGSAAN 2012


16 Mei 2012 (Rabu)
8.00 pagi
Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU



Putih
  • Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.


  • Perak
  • Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.


  • Kuning
  • Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.


  • Merah
  • Menunjukkan keteguhan semangat.


  • Biru
  • Menunjukkan perpaduan muhibah.


  • Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


    IKRAR HARI GURU

    Bahawasanya kami
    Guru-guru negara Malaysia
    Dengan ini berikrar
    Mendukung terus cita-cita kami
    Terhadap tugas kami
    Dan menyatakan keyakinan kami
    Pada cita-cita murni pekerjaan kami
    Kami akan berbakti
    Kepada masyarakat
    Dan negara kami.

    Kami sentiasa menjunjung
    Perlembagaan negara
    Kami mengamalkan
    Prinsip-prinsip Rukun Negara
    Pada setiap masa.

    Isnin, 15 Mac 2010

    DIY - Tiger cabinet

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarMama dah lama nak realisasikan penghasilan tiger cabinet ni. Memula ituhari nengokkan kekotak tiger ni kat Jusco.. Cam kiut jer. Ngam-ngam lak tu letak kat rak serbaguna nih. Pastu sebab dia offer sekotak RM 10 beli la tiga.. pasni tinggal nak cari rak jer kan.

    Pastu, asik dok tangguh jer urusan pencarian dan pembelian rak ni sebab memacam sebab yang tertertulis lagi. Malas nak kuar pun ye jugak kot. Pastu tup tup lahirla Ziqri nih.. Hahaha.. dah tertangguh nak wat tiger cabinet ni. Memang tujuan asal untuk Ziqri pun.. sempena tahun tiger tuh..

    Tadi masa balik semula ke gelang patah, singgah jap kedai perabot. Tu pun pasal mama suruh, sebab nampak tak kemas la pulak bila main taruk lam kotak rimau cenggitu jer. Sampai kedai terus tanya..

    Itu rak serbaguna tiga pintu ada ka?
    Ada.. mau ada pintu ka tadak..
    Mau tadak pintu punya.. apa saiz u ada.. A4 punya tinggi ada ka..
    Ada.. tapi lagi tinggi.. A4 campur lagi 3 inci..
    Tepon mama.. Mama kata baper.. kalau murah beli jer.. So sambung balik.. Sebelum tu sempat jeling harga letak RM59.. haiyoo.. duit ada belen RM40 jer nih.. belasah jer la..

    Baper kasi tokeii..
    RM50
    Lagi kurang
    RM45
    Paling-paling kurang baper leh kasi.. RM40 boleh ka?
    Boleh la..

    OK.. terus angkat masuk kereta saya aaa..
    Settle problem.. Balik mama terus kemas. Nampak cantik gak.. Kira ok la..

    ::Klik untuk cerita penuh::





    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Iqa ngan inaz tak suka la cenggini.. habis satu keter penuh ngan rak nih..

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Posing dulu kat tepi rak nih..

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Bagus betul wira aku nih.. apa lagi perabot aku yang tak pernah dibawaknya.. setakat mesin basuh otomatik , peti sejuk, tv, emua dah rasa naik keter wira aku nih..

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Dah siap pun mama kemaskan.. kan dah cantik lagi kiut.. tema rimau tuuu..

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Dah siap.. pi buat kerja dulu.. tu buku baru beli kat tesco tadi tu..



    Enjoice...Sharing is power!!!