mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label asian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asian. Papar semua catatan

Khamis, 3 Februari 2011

Movie Review : Shaolin (2011)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Just nice. 4 bintang.
Cerita pasal sorang general yang hebat dan berkuasa, si Andy Lau la sapa lagi. Punya la terer sampai semua kena tunduk ngan dia. Satu hari dia masa dia kejar general lawan; dia dah ceroboh Shaolin dan memang berjaya tunjuk kekuasaan dia di situ.

Nak jadi cerita, punya la nak kuasa sangat sampai dia plan nak bunuh abang dia sendiri, yang jugak sorang general. Nak jadi cerita orang kanan dia sendiri, Nicholas Tse; dah buat satu plan lain. Dia dah dapat take over batalian si general ni tadi lepas diaorang saling berbunuhan dan plus campur tangan orang dia la kan.

So, si Andy Lau ni dah patah hati lepas anak dia mati; terus bertobat jadi sami kat kuil shaolin yang memula dia buat honar tadi. Cerita bermula bila si Tse ni tadi menunjukkan belang dia. Bunuh habis-habisan, malah lagi ganas dari si lau ni tadi. So, si lau ni kata hanya dia yang dapat betulkan balik si tse ni; pasal semua ni berpunca dari dia. Cerita ni ending ngan semua watak-watak utama shaolin termasuk la si lau ni mati. Tapi yang pasti si tse ni mula sedar apa yang nak disampaikan oleh lau.

Watak jackie chan just sekadar tempelan ja bagi aku. Sesikit ja. Dan dia la satu satunya watak sami yang dapat hidup sampai ke last dan memimpin semua penduduk kampung menyelamatkan diri dari kuil yang habis hancur dibedil. Bagi 4 bintang pasal aku suka kaler dan skor muzik filem nih. Memang kena tuh.. Cerita pun memang flow cantik tu.

Enjoice...Sharing is power!!!

Movie Review - Red Cliff Part 1 (2008) & Part 2 (2009)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Wahlaoweiii.. Walau banyak kali nengok pun aku still bagi 5 bintang
Maybe aku memang suka dengan cerita Romance of three kingdoms sejak aku di bangku sekolah lagi. Liu Bei, Cao Cao, Zhuge Liang memang tak asing lagi. Watak watak utama dari novel yang memang best bangat nih.. Sekali channel 8 singapore leh pulak tayang ini filem malam makan besar nih. Apa lagi.. terpacak aku depan tv. Cuma bila part to be continued tu yang tak puas hati tu.. Tu yang terpaksa sambung sendiri part 2 tuh.

Cerita dia memang tak lari dari novel asal. Cinematografi memang tak leh disangkal lagi. Cun habiss.. Pembinaan watak memang best. Filem ni ditumpukan ke Zhou Yu dan Zhuge Liang. Cao Cao dah mula menyerang ke negeri Wu. So, Zhuge Liang dah mula persuade Kerajaan Wu under Sun Quan yang memang dipandang rendah oleh Cao Cao untuk bergabung ngan team Liu Bei menahan serangan Cao Cao. Perghh.. memang betul betul diasimilasi dengan baik ke dalam filem.

Mula ngan peperangan Changban, pengunduran tentera, persuade Sun Quan, peperangan guna strategi kekura. Wau.. memang superb. Pastu to be continued. So, open up la part 2 pulak. Ni start ngan puteri Sun Shangxiang yang jadi spy kat kem Cao Cao, pastu jatuh cinta ngan sorang tentera Cao Cao, penghasilan 100,000 anak panah lam 3 hari, penukaran mendadak angin, dan peperangan terakhir di red cliff. Memang superb aaa.. Memang aku kasi 5 bintang.

Enjoice...Sharing is power!!!