mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mei 2015

Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35


Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35 akan diadakan pada Rabu, 6 Mei tahun depan di Istana lskandariah, Kuala Kangsar. Setiausaha Dewan Ne­­gara Perak, Datuk Ayop Hashim berkata, istiadat pertabalan itu kemudiannya diikuti dengan lstiadat Tabal Pusaka dan lstiadat Bersiram Tabal yang bakal berlangsung pada malam 7 Mei.

Jelas beliau, Sultan Nazrin bersama-sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim selanjutnya akan berangkat menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu dan kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak sehingga ke Teluk lntan.

“lstiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkatan Sultan Nazrin untuk mencecahkan kakibaginda di Beting Beras Basah, tempat pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama menjejakkan kaki ketika mula sampai di bumi Perak.

“Tarikh istiadat ini diperkenankan oleh Sultan Nazrin dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22 November lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ayop berkata, pelbagai acara juga sedang dirancang semasa majlis istiadat pertabalan itu yang turut melibatkan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Raja-raja pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota, selain kehadiran Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan Jemaah Menteri serta perwakilan asing dan tetamu dari dalam dan luar negara.

Katanya, acara berbentuk keagamaan dan acara yang memberi peluang baginda mendampingi rakyat yang membabitkan penyertaan rakyat jelata, warga tua, golongan remaja dan pelajar juga akan dilaksanakan dalam tempoh sambutan istiadat pertabalan.


  1. Tabal Adat
  2. Tabal Pustaka
  3. Menziarahi Makam-Makam
  4. Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak


1. Tabal Adat

Istiadat Pertabalan dimulakan dengan DATO' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA yang menatang AL-QURAN diiringi SAHIBUL SAMAHAH MUFTI KERAJAAN PERAK masuk ke Balairong Seri bersama RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA yang menatang PEDANG CURA SI MANJA KINI dan didahului oleh PANGLIMA DALAM yang diapit oleh PANGLIMA PERANG KANAN dan PANGLIMA PERANG KIRI dan BENTARA-BENTARA di kiri dan kanan.

Apabila tiba di hadapan Singgahsana Dato' Pengelola Bijaya di-Raja memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN untuk meletakkan AL-QURAN di atas meja khas.

Setelah memberi hormat, dulang berisi PEDANG CURA SI MANJA KINI dibawa naik oleh RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA ke Singgahsana hingga ke tingkat dua, bertelut memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan menyembahkan PEDANG CURA SI MANJA KINI ke bawah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN.

Baginda menerima pedang tersebut, menghunus mata pedang lalu mengucup. Selepas RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA mengundur diri dari Singgahsana, TOH SERI NARA DI-RAJA berjalan masuk ke Balairong Seri dan terus naik ke Singgahsana hingga ke tingkat dua dan mempersembahkan MASTIKA EMBUN dan menyunting CAP HALILINTAR ke telinga kanan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN sambil membisikkan "RAHSIA NISAB SULTAN I". Kemudian diikuti pula dengan PENGISYTIHARAN PEMASYHURAN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN yang dibaca oleh ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah dan berseru tiga kali "DAULAT TUANKU" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir.

"Nobat Tabal" dipalu dan tembakan meriam dua puluh satu das dilepaskan. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Apabila semuanya mustaid ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah, bertinggul dan mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mohon izin perkenan untuk DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK mengadap. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bangun mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN, bertelut dan mengangkat sembah. TOK RAKNA SENARI mengadap dan menyembah "BUNGA PENCAWA PENCARA" kepada DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN. Baginda mengambil dan menyematkan ke hulu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI mengadap, mengangkat sembah dan mengucup tangan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan seterusnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mempersilakan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bersemayam semula diikuti dengan Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah lalu berseru tiga kali "DAULAT" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Selepas Istiadat Pemasyhuran dijalankan, RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA memulakan ISTIADAT MERENJIS AIR "PANCA BICARA" DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Selesai sudah ISTIADAT MERINJIS AIR "PANCA BICARA", Istiadat diteruskan dengan penyembahan dan bacaan Ucapan Tahniah oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA bagi mewakili Raja-Raja dan Orang Besar Perak, dan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia daripada YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Perak.

Istiadat Pertabalan diakhiri dengan TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DOA SELAMAT oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Perak.

Sehari selepas Tabal Adat, dilaksanakan pula Istiadat Tabal Pusaka dan pada hari berikutnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI akan berangkat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA yang terletak di seluruh Negeri Perak. Disebabkan kebanyakan MAKAM-MAKAM ini terletak di tebing Sungai Perak, DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN akan berangkat menaiki BALAI GAMBANG bernama "CEMPAKA SARI" yang dibina khas bagi tujuan tersebut. Istiadat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA ini diakhiri dengan Istiadat menziarahi BETING BERAS BASAH di Kuala Sungai Perak sebagai mengingati sejarah Sultan Perak Yang Pertama, Sultan Mudzaffar Shah (1528-1549).

2. Tabal Pustaka

Istiadat Pertabalan dimulakan dengan DATO' PENGELOLA BIJAYA DI-RAJA yang menatang AL-QURAN diiringi SAHIBUL SAMAHAH MUFTI KERAJAAN PERAK masuk ke Balairong Seri bersama RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA yang menatang PEDANG CURA SI MANJA KINI dan didahului oleh PANGLIMA DALAM yang diapit oleh PANGLIMA PERANG KANAN dan PANGLIMA PERANG KIRI dan BENTARA-BENTARA di kiri dan kanan.

Apabila tiba di hadapan Singgahsana Dato' Pengelola Bijaya di-Raja memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN untuk meletakkan AL-QURAN di atas meja khas.

Setelah memberi hormat, dulang berisi PEDANG CURA SI MANJA KINI dibawa naik oleh RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA ke Singgahsana hingga ke tingkat dua, bertelut memohon ampun DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan menyembahkan PEDANG CURA SI MANJA KINI ke bawah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN.

Baginda menerima pedang tersebut, menghunus mata pedang lalu mengucup. Selepas RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA mengundur diri dari Singgahsana, TOH SERI NARA DI-RAJA berjalan masuk ke Balairong Seri dan terus naik ke Singgahsana hingga ke tingkat dua dan mempersembahkan MASTIKA EMBUN dan menyunting CAP HALILINTAR ke telinga kanan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN sambil membisikkan "RAHSIA NISAB SULTAN I". Kemudian diikuti pula dengan PENGISYTIHARAN PEMASYHURAN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN yang dibaca oleh ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah dan berseru tiga kali "DAULAT TUANKU" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir.

"Nobat Tabal" dipalu dan tembakan meriam dua puluh satu das dilepaskan. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Apabila semuanya mustaid ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah, bertinggul dan mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mohon izin perkenan untuk DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK mengadap. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bangun mengangkat sembah DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN, bertelut dan mengangkat sembah. TOK RAKNA SENARI mengadap dan menyembah "BUNGA PENCAWA PENCARA" kepada DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN. Baginda mengambil dan menyematkan ke hulu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI. Selepas itu DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI mengadap, mengangkat sembah dan mengucup tangan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan seterusnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN mempersilakan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI bersemayam semula diikuti dengan Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Apabila selesai, ORANG KAYA TEMENGGONG PADUKA RAJA mengangkat sembah lalu berseru tiga kali "DAULAT" berturut-turut diikuti oleh sekelian yang hadir. DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI PERAK menundukkan hulu Baginda membalas hormat yang diberikan oleh para hadirin.

Selepas Istiadat Pemasyhuran dijalankan, RAJA CHIK MUDA PAWANG DI-RAJA memulakan ISTIADAT MERENJIS AIR "PANCA BICARA" DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI.

Selesai sudah ISTIADAT MERINJIS AIR "PANCA BICARA", Istiadat diteruskan dengan penyembahan dan bacaan Ucapan Tahniah oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA bagi mewakili Raja-Raja dan Orang Besar Perak, dan Persembahan Ucapan Tahniah dan Taat Setia daripada YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERAK bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Perak.

Istiadat Pertabalan diakhiri dengan TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DOA SELAMAT oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Perak.

Sehari selepas Tabal Adat, dilaksanakan pula Istiadat Tabal Pusaka dan pada hari berikutnya DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN dan DULI YANG MAHA MULIA RAJA PERMAISURI akan berangkat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA yang terletak di seluruh Negeri Perak. Disebabkan kebanyakan MAKAM-MAKAM ini terletak di tebing Sungai Perak, DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN akan berangkat menaiki BALAIGAMBANG bernama "CEMPAKA SARI" yang dibina khas bagi tujuan tersebut. Istiadat menziarahi MAKAM-MAKAM DI-RAJA ini diakhiri dengan Istiadat menziarahi BETING BERAS BASAH di Kuala Sungai Perak sebagai mengingati sejarah Sultan Perak Yang Pertama, Sultan Mudzaffar Shah (1528-1549).

3. Menziarahi Makam-Makam

Sehari selepas Tabal Adat, dilakukan pula Istiadat Tabal Pusaka dan pada hari berikutnya Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri serta pengiring-pengiring Baginda berdua akan menziarahi Makam di-Raja di seluruh Negeri Perak. Di antaranya termasuklah Makam Tok Temong, Makam Kota Lama Kanan, Makam Sayong, Makam di-Raja Bukit Chandan dan Makam Teja. Kemudian Baginda berdua akan berangkat menaiki Balai Gambang bernama "Chempaka Sari" lalu menghilir untuk menziarahi Makam Marhum-marhum yang terdahulu yang dimakamkan di sepanjang Sungai Perak hingga ke Teluk Intan.

Selepas mendarat di Teluk Intan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan akan kemudiannya berangkat ke Beting Beras Basah sementara Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri akan beristirehat di Teluk Intan dengan membawa bersama Baginda Alat-alat Perkakas Kerajaan. Mengikut adat, kaum wanita tidak boleh beserta Paduka Seri Sultan ke Beting Beras Basah dan Alat-alat Perkakas Kerajaan tidak boleh dibawa ke laut.

Beting Beras Basah ialah tempat mula-mula Sultan Mudzaffar Shah iaitu Sultan yang pertama negeri ini, berhenti tatkala sampai dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528.

Istiadat menziarahi Makam-makam berakhir di Beting Beras Basah dengan doa kesyukuran.

4. Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak

Istiadat MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL DI TUJUH KUALA SUNGAI PERAK ialah untuk kegunaan Kebawah Duli Berdua Bersiram Tabal. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta dari Pintu Besar Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, bergerak menuju ke taman kanak-kanak Kuala Kangsar diiringi dengan paluan NOBAT sepanjang perarakan itu hingga ke Tebing Sungai Perak.

Perarakan berkereta memuatkan Tok Setia Guna dengan pasukan NOBAT DI-RAJA, Panglima Besar dan Panglima-Panglima, Toh-Toh Seri Nara di-Raja, Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Bentara-Bentara, 7 orang Bomoh yang membawa PERKAKAS ISTIADAT dan 16 orang Jejawat Berlembing.

PERKAKAS ISTIADAT yang diarakkan ialah 16 Geluk Mas Perak dihiasi dengan daun-daun nyiur muda berjari lipan, Bekas Perasap, Bekas Beras Kunyit, Bekas Beras Basah, Bekas Bertih, Bekas Tepung Tawar, Bekas Air Sintuk, Bekas Air Limau, Bekas Air Bunga Panca Bicara dan Bekas Kemenyan.

Di tebing Sungai Perak PERKAKAS ISTIADAT dibawa naik ke atas bot. Untuk upacara ini Panglima-panglima dan Jejawat Berlembing serta Pasukan Nobat di-Raja tidak mengikuti bersama rombongan ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL di tujuh kuala Sungai Perak.

Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dimulakan di Kuala Sungai Kangsar oleh Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja dan dibantu oleh Toh Seri Nara di-Raja serta Bentara-bentara dengan mengusap kemenyan, menabur Beras Kunyit dan merenjis Tepung Tawar di Kuala Sungai, selepas itu barulah diambil air dan dimasukkan ke dalam sebuah Geluk.

Nobat hanya dipalu semasa Istiadat Pertama di Kuala Sungai Kangsar.

Setelah itu rombongan akan bergerak ke Kuala-Kuala Sungai yang lain; iaitu

2 - Kuala Sungai Chepias,
3 - Kuala Sungai Sayong,
4 - Kuala Sungai Hitam,
5 - Kuala Sungai Chermin,
6 - Kuala Sungai Buaya,
7 - Kuala Sungai Menora,

Setelah selesai ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL, kesemua 16 Geluk, akan dijaga dengan baik dan semua rombongan kembali semula ke Pengkalan di Padang Kanak-Kanak disambut dengan penuh Istiadat.

Setelah sampai di BALAI PANCA PERSADA semua Jejawat Berlembing berbaris semula. Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Toh Seri Nara di-Raja, Bentara-Bentara dan Bomoh-bomoh membawa perkakas Istiadat naik ke BALAI PANCA PERSADA disambut oleh Panglima Dalam dan Bentara-Bentara Perempuan, untuk disimpan.  Maka tamatlah ISTIADAT MENGAMBIL AIR BERSIRAM TABAL.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free