mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label hari terbuka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari terbuka. Papar semua catatan

Jumaat, 25 November 2016

Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016


Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016. Program ni Ahad lepas. Biasanya aku yang gi. Tapi tahun ni rasanya macam satu dua jer kot program sekolah agama yang aku dapat gi. Ahad tu pun bermulanya audit EPRD. So. Mama la yang kena gi. Alhamdulillah. Adik Inaz dapat nombor 7. Sama macam sekolah kebangsaan. Pun dapat nombor 7. Banyak peningkatan adik inaz sejak dia berada kat tahap 2 ni. Alhamdulillah. Tu yang bila dia minta beg kucing. Aku bagi je sebagai hadiah.

Ahad, 15 November 2015

Hari Terbuka Sekolah Agama Nusa Perintis 2015

Hari Terbuka Sekolah Agama Nusa Perintis 2015

Hari Terbuka Sekolah Agama Nusa Perintis 2015. Aku gerak dari Sutera Mall around 3.30 pm. Balik rumah. Amik kebudaks. Dedekat jam 4 pm jugak baru sampai sekolah. Kenderaan. Perghhhh... Masih penuh dan masih ramai. Masak lagu ni. Hehehe. Amik nombor. Dedua dapat nombor sama. 46. Huiyooo. Tunggu la jap sambil beborak. Alhamdulillah. Turn Iqa dulu. Dapat nombor 1. Tunggu lagi. Lama sikit baru sampai turn adik inaz. Dapat nombor 9.

Ahad, 21 Jun 2015

Hari Terbuka Tadika Nadi Permata Taman Nusa Perintis, Gelang Patah


Hari Terbuka Tadika Nadi Permata Taman Nusa Perintis, Gelang Patah. Pagi tadi gi tadika jap. Ada hari terbuka. Bincang pasal Haziq. A bit tak puas hati pasal result dia. Cam tertukar ja dengan budak baru yang nama hampir sama dengannya.

Sabtu, 23 Jun 2012

Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis 2012

mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Orang dah mula ramai... sib baik aku sampai awal.. nombor 3 tu
Pepagi lagi dah terpacak kat SK Taman Nusa Perintis. Hari ni ada Hari Terbuka kat SK Taman Nusa Perintis. Kira aku kena gi dua la kan. Satu kelas iqa, satu lagi kelas adik inaz. Dedua ok. Markah dedua purata above 95%. Iqa nombor 1, tapi tak tau la dapat menten ke tidak sampai ke hujung tahun kan. Harap harap dapat la menten. Adik inaz pun ok. Cuma dia agak malu malu kucing lam kelas, kata cikgu dia. Hehehe.. Sapa tak kenal adik inaz...



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Amik gambo kelas lain sebelum sampai turn
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Masih awal, tapi orang dah ramai
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Ni kelas guru kelas iqa
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Patut aku dulu, tapi iqa lupa amik nombor, dah jadi nombor 4
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Tak kisah la kan. Dapat lebih masa untuk aku tagging dan menembak...
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Antara gerai jualan yang ada.. takde pun char koey teow..
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Ni kelas adik inaz
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Pun.. kami dapat nombor tiga
mknace unlimited | Hari terbuka SK Taman Nusa Perintis
Hari ni memang aku bertuah ngan nombor 3 agaknya, kot

Ahad, 11 Julai 2010

Hari Terbuka SK Taman Nusa Perintis

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pagi ni kuar la beramai-ramai ke SK Nusa Perintis, sekolah iqa; sebab ada hari terbuka. Hari terbuka sekarang ni lebih kepada hari amik report kad sebenarnya. Mama nak kuar awal, tapi pengalaman dok kat Tun Aminah dulu mengajar aku supaya kuar lam kul 10. Sebab mak bapak ni biasanya pakat pi awai.

Sampai jer situ dah nampak 2 bijik livina kaler putih ngan hitam parking kat depan. Banyak tul keter ni dok membakar aku supaya blank tak tau nak pilih kaler apa dah. Masuk ke dalam. Tinggal sorang lagi kat depan aku. Haa.. kan lepak jer nak amik report kad. Nombor aku 28 kot tak silap. Kelas iqa ada 34 orang.. Nengok nama abang izat nombor 2.. Tu mesti pacak kemah kamping kat sekolah nih.. Bagi aku, kalau nak gi awal better paling awal atau pi lambat cam aku ni.. Kalau tengah-tengah.. hmmmm.. lu pikir la sendiri..

Iqa dapat nombor satu, cikgu kelas dia cakap nombor dua si aisyah. Aku blank jap.. sapa aisyah tu.. Alla sepupu dia la.. Loohh.. si puteri dapat nombor dua. Tu la masalah kalau nama panjang-panjang.. kan dah tak kenal. Pastu asik dok panggil nama awal jer.. Sib baik aku letak nama panggilan iqa ngan inaz.. tapi yang aku perasan cikgu dia suka panggil dia balqis.. masalah beso bila inaz pun sekolah situ jugak nanti..

Dah setel sumer.. masa nak balik sekali ada persembahan la pulak. Tarian, silat.. waaa.. hari terbuka pun ada memacam persembahan.. hebat.. semua budak dah mula ternganga, termasuk la iqa dan inaz. Pas abis tarian aku ajak beli buku pastu beli beger. Balik...

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 28 Jun 2009

Hari Terbuka SKTTA



Tarikh : 27 Jun 2009
Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Kelas

Hari terbuka SKTTA merupakan hari bertemu pelanggan dan pengambilan buku rekod pelajar. Ibu bapa akan ke kelas anak masing-masing untuk mengambil keputusan dan berbincang berkenaan anaknya dengan guru kelas masing-masing.