mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Sertai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sertai. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Julai 2017

JOM SERTAI PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA


JOM SERTAI PERTANDINGAN INSTAGRAM MERDEKA 2017 (FOTO DAN VIDEO) #IM60 #NEGARAKUMALAYSIA

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) yang bertujuan:-

Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh patriotisme.
Meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui aplikasi instagram;
Menjalin hubungan dengan golongan muda dan menggalakkan penglibatan golongan muda *TN50) untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme
Majlis pelancaran pertandingan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Razali Hj.Ibrahim , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 April 2017 bertempat di Auditorium Perdan Siswa, Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA Malaysia.

Tempoh pertandingan adalah bermula pada 16 April 2017 sehingga 16 Ogos 2017. Caranya cukup mudah. Hanya muat naik gambar atau video anda menunjukkan rasa cintakan Negara dengan tema #negarakumalaysia dan hantarkan kepada @instamerdeka mengikut kategori yang disediakan dan anda berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dan hadiah sampingan yang menarik daripada pihak penganjur . Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan :-

Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka)

Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ahad, 23 Ogos 2015

6000 peserta #sehatisejiwa sertai larian

6000 peserta #sehatisejiwa sertai larian


Semangat ‪#‎SehatiSejiwa‬ terus membara. Hampir 6,000 peserta ‪#‎LarianSehatiSejiwa‬ ikuti larian dengan 3 kategori jarak 10km, 8km & 5km sekitar bandar Kuala Lumpur bermula dari Padang Merbok. ‪

Foto dan berita dipetik dari FB 31Ogos


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 15 Ogos 2015

Najib Sertai Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia

Najib Sertai Ribuan Umat Islam Di Malam Doa Untuk Malaysia


Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai ribuan umat Islam di Dataran Merdeka di sini untuk majlis 'Doa Untuk Malaysia' sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Perdana Menteri, yang lengkap berjubah putih berserta kopiah, tiba pukul 8.30 malam dan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Wilayah Persekutun, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi selaku penganjur utama majlis tersebut.

Hadir sama pada majlis, yang memasuki tahun kedua penganjuran itu, ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Program yang disiarkan secara langsung melalui stesyen TV Al-Hijrah itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor, Syeikh Abdul Karim Omar Al-Makki.

Sejurus kemudian, acara diteruskan dengan solat hajat yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ia disusuli bacaan doa diminta dijauhkan bala akibat fitnah serta doa memohon kemakmuran untuk Malaysia oleh Imam Besar Masjid Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, Hazarudin Baharudin.

Pengisian doa itu termasuk mendoakan kesejahteraan serta mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Turut menjadi tumpuan jemaah ialah selawat Qasidah yang dipimpin oleh Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dari Indonesia dan penyampaian tawsiyah oleh Dr Zulkifli.

Hujan renyai-renyai langsung tidak menjejaskan ribuan hadirin yang kusyuk menghayati pengisian acara yang disediakan sambil tangan mereka mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda kasih kepada negara.

Sementara itu, Puad berkata objektif penganjuran program itu ialah kerana negara ini kerap diuji dengan bencana, antara lainnya, serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 serta tragedi pesawat MH17, serta musibah banjir yang melanda beberapa negeri hujung tahun lepas.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free