Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel wushu warrior

Movie Review : The Wushu Warrior (2010)

Imej
Baik jangan nengok, kecuali tok leh tido alamek. Memang hampeh tul cerita wushu warrior nih. Hanya sesuai ditonton sekiranya kita memang tok leh tido langsung. InsyaAllah, tak sampai separuh dah tido. Sangat membosankan. Memang dah masuk movie kategori D dah ni. Cerita pasal sorang anak mat saleh yang termasuk lam komuniti kaum cina yang menentang peniagaan candu, bapak dia mati pun pasal nak tegur bos candu ni la. Pastu dia belajar cara hidup lam kaum ni dan jadi sebahagian dari mereka. Namun target nak bunuh pembunuh bapa dia tetap dia bawak. Sampai tok guru dia mati pasal tak kasi dia bertindak melulu, baru dia sedar dendam tu tak ke mana. Last siap kuar aura naga la ntah ke apa ntah. Boring gila. Hero pun lebih kemetot dari pelakon pelakon cina yang lain, cam tak sesuai langsung. Overall aku kasi 1 bintang setengah ja untuk movie nih. Jangan tengok, kecuali tok leh tido dan dah tak tau nak buat apa. Enjoice...Sharing is power!!!