mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label sekolah kebangsaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah kebangsaan. Papar semua catatan

Selasa, 1 Januari 2013

Panduan Ibu Bapa Pelajar Tahun 1 Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Taman Nusa Perintis Johor

Panduan Ibu Bapa Pelajar Tahun 1 Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Taman Nusa Perintis Johor

Panduan kepada ibu bapa pelajar Tahun 1 SK dan SA Taman Nusa Perintis, Johor

Sekolah Kebangsaan

1. Waktu persekolahan

Isnin - Khamis : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
Jumaat : 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari
*Sila datang awal selewat-lewatnya sebelum 7.15 pagi
*Khamis - murid moral pulang jam 12.30 tengahari

2. Waktu rehat

10.00 - 10.30 pagi

3. Pakaian

Isnin dan Rabu : Uniform sekolah
Selasa dan Khamis : Pakaian Sukan
Jumaat : Baju melayu (murid lelaki), Baju kurung (murid perempuan), Baju kemeja (murid moral)
*Pakaian sukan akan diedarkan oleh guru kelas.

4. Buku Teks

Buku teks akan diedarkan pada hari Isnin 7 Januari 2013. Sila sampul semua buku teks dan buku latihan aktiviti (BLA). Tulis nama dan kelas di ruangan yang disediakan.

5. Pembahagian Kelas

Pembahagian kelas akan dilakukan pada hari Rabu, 2 Januari 2013

6. Program Transisi

Program transisi akan dijalankan selama 2 minggu bermula 2 Januari hingga 11 Januari 2013

7. Peralatan Pelajar

Sila tulis dan labelkan peralatan murid seperti pensel, bekas pensel, pembaris, botol air dan sebagainya. Bawa 3 batang pensel yang tajam. Pensel mekanikal tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

8. Senarai buku latihan Tahun 1

Bahasa Melayu 1 dan 2 - Buku garis 1
Bahasa Melayu 3 - Buku garis 3
Bahasa Melayu 4 - Buku panjang (Biru)
Matematik 1 dan 2 - Buku kotak
English 1 and 2 - Buku garis 1
English 3 - Buku garis 3
Sains 1 - Buku panjang (Biru)
Pendidikan Islam 1 dan 2 - Buku garis 1
Pendidikan Moral 1 - Buku Garis 1
Bahasa Arab 1 - Buku Garis 1
Pendidikan Kesihatan - Buku Garis 1
*Tulis nama murid, nama kelas dan matapelajaran pada buku latihan. Sila bawa buku latihan mengikut jadual waktu yang akan diedarkan pada hari Rabu 2 Januari 2012.



Sekolah Agama

1. Waktu persekolahan

Isnin - Khamis : 2.00 petang hingga 3.30 petang
Jumaat : 2.30 petang hingga 3.45 petang
*Sila datang awal selewat-lewatnya sebelum 1.45 petang

2. Kitab

Kitab akan diedarkan pada hari Isnin 7 Januari 2013 bagi pelajar yang telah membuat tempahan. Sila sampul semua kitab.

3. Pembahagian Kelas

Pembahagian kelas akan dilakukan pada hari Rabu, 2 Januari 2013

6. Program Transisi

Program transisi akan dijalankan selama 3 hari bermula 2 Januari hingga 4 Januari 2013

7. Peralatan Pelajar

Sila tulis dan labelkan peralatan murid seperti pensel, bekas pensel, pembaris, botol air dan sebagainya. Bawa 3 batang pensel yang tajam. Pensel mekanikal tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

8. Tentatif Minggu Ukhuwah

Rabu 2 Januari 2013
2.00 hingga 2.15 petang : Slot 1 - Sekolahku Syurgaku
2.15 hingga 3.30 petang : Slot 2 - Jejak Kasih

Khamis 3 Januari 2013

2.00 hingga 2.45 petang : Slot 3 - Kenali dan sayangi kitab
2.45 hingga 3.30 petang : Slot 4 - Bijak Jawi

Jumaat 4 Januari 2013

2.30 hingga 3.45 petang : Slot 5 - Mumtaz Jawi





Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 16 Januari 2010

Tuning mindset

Makin lama makin lembab aku hapdet blog aku dua minggu kebelakangan ni. Bukannya apa dok tuning balik mindset aku. Iqa pun dah sekolah. Sekolah sendiri lak tu. Tu belum masuk sekolah agama dia lagi, belum masuk Pusat Akses yang aku jaga, yang aku dah bukak secara optimum.

So, hasilnya; aku memang kena tuned balik mindset aku. Keluar rumah masih sama cam dulu, jam 6.30 pagi. Cuma... dulu aku bawak 60kmh jer, lani.. aku dah up la sikit jadi 80 kmh. Kalau tak tak sempat la Iqa nak masuk tepat ke sekolah. Start perhimpunan pagi 7.10 pagi. Kalau lewat tak best la pulak rasanya. Iqa pun dah jadi Penolong Ketua Darjah. Kena berdiri paling depan dalam barisan budak-budak pompuan. Takkan nak bagi contoh tak baik kan.

Paling best tahun ni adalah jem depan sekolah-sekolah. Maybe kesedaran mak bapak kot. Cuma aku tensen la sikit. Memula dulu jem depan smk gelang patah. La ni aku dah tak tempuh situ dah. Aku ikut jalan highway belakang sana. Tapi yang tak best kena lak kat Lima Kedai dengan SJKC Ping Ming la pulak. Yang lima kedai ni, ramai pekerja singapore berenti tepi jalan beli sarapan. Dah la jalan kecik, simpang tiga lak tu. Yang best pakat reramai berenti beli sarapan. Parking berterabur.

Ping Ming ni pulak dah makin panjang jemnyer. Kalau kita bagi can kat dua tiga bijik keter, adalah sepuluh duapuluh yang tumpang menyelit. Last-last jalan jer la. Yang paling best, Mutiara Rini 2 pun dah teruk jem dia. Sejak dah ramai bebudak sekarang ni, memang teruk jem pepagi kat sini. Sekali tu dah melarat sampai depan klinik. Kes dia, ada sebijik keter enjin mati.

Dah habis part pagi, masuk part petang lak. Iqa start sekolah agama jam 2 petang sampai la ke 3.30 petang. Tapi ni tarak hal sangat la pasal aku bukak pusat akses pun sampai kul 4 petang. Tapi kesian gak kat iqa pasal dia kena stay sampai petang. Kira masa purata tiap-tiap hari hampir 12 jam gak la dia bekerja keras memerah otak dia. Bila masuk lam keter nak balik rumah, jamin tidur nyer. Ngaji kat rumah ustaz pun dah leh sampaikan salam dah la. Sebabnya, dia akan tido terus sampai ke malam. Penat sangat la tu. Tu sebabnya aku suruh dia wat kerja rumah dia dulu kat pusat akses sebelum ke sekolah agama dia. Pas ni dia ada kelas bahasa cina lak. Hmmmm.. Kita tengok camner..
Posted by Picasa