Isnin, 6 Jun 2016

Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar

Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar

Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar. Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan demikian  pada 10.28 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam ditutup pada 10 pagi.

"SPR telah menerima kertas pencalonan daripada tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional pada pukul 9.03 pagi, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 pagi daripada parti Amanah dan Dr Abdul Rani Othman daripada parti PAS pada 9.12 pagi.

"Selepas menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai proses pencalonan, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya," katanya yang disambut sorakan pada penyokong calon yang hadir.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun.

Sumber berita : Astro Awani
Sumber Gambar : Selangor Kini

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: