mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label PENGGUNAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGGUNAAN. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2015

Taklimat Penggunaan 1GovUC SIPartner+ Negeri Johor 2015


Taklimat Penggunaan 1GovUC SIPartner+ Negeri Johor 2015. Bengkel dijalankan di Bilik Cenference A, Hotel Heritage, Kota Tinggi, Johor. Perkara dijelaskan termasuklah pakej, Outlook Web Application (OWA), Calendar dan Big Mail Transfer (BMT). Helpdesk turut dibuka untuk membantu penyelesaian masalah dihadapi.

Sabtu, 10 Januari 2015

PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015
PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) boleh di muaturun melalui url : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001201.pdf

Sekolah hendaklah memastikan penggunaan optimum melalui langkah-langkah berikut :

  1. memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga
  2. menyediakan latihan dalaman pada semua guru
  3. memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar
  4. menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE
  5. menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP
  6. menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE

Mulakan Sesi Persekolahan 2015 anda dengan bantuan teknologi!

Pakej Back to School 2015 dilengkapi dengan Frog Sites serta panduan lengkap untuk membantu guru-guru memantapkan lagi pengajaran melalui teknologi agar ia menjadi lebih seronok dan menarik!
Taipkan kata kunci “Back to School 2015” dalam bar carian FrogStore, muat turun laman Back to School 2015 dan persiapkanlah diri untuk sesi persekolahan yang baru!




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 17 Oktober 2014

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini


Operasi banteras guna lampu strobe light, HID 1 Nov.
ANTARA lampu HID yang tidak dibenarkan oleh JPJ mulai 1 November ini.
PUTRAJAYA 16 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran terhadap pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan strobe light, lampu HID dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi mulai 1 November ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya turut menetapkan 1 Mei tahun depan sebagai tarikh bermulanya penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap tanpa mengikut syarat ditetapkan oleh JPJ.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi lagi berhubung penguatkuasaan keempat-empat perkara tersebut kerana kaitannya dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
"JPJ memberi tempoh sehingga 31 Oktober ini kepada orang ramai untuk mengambil tindakan menukarkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan ditetapkan, menukar lampu HID yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggalkan strobe light yang dipasang di kenderaan masing-masing.
"Selepas tarikh itu mereka yang ingkar akan dikenakan kompaun melalui operasi besarbesaran yang juga akan disertai oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tindakan saman itu kata Ismail tertakluk di bawah peruntukan Kaedah 6(7) KaedahKaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Perlesenan) 1959 dan semua jenis kenderaan akan terlibat sama ada bas, lori mahu pun kereta persendirian.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik kereta atau kenderaan yang dilengkapi dengan lampu HID oleh pihak pengeluar kenderaan iaitu sebagai spesifikasi asal dan bukannya melalui pengubahsuaian tidak tertakluk dengan peraturan tersebut.
"HID yang asal (pihak pengeluar) tidak ada masalah. Penguatkuasaan ini hanya kepada pemilik kenderaan yang memasang lampu HID yang diubah suai yang mana kita dapati amat mengganggu pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
"Bagi penggunaan strobe light pula hanya agensi-agensi penguatkuasaan yang dibenarkan menggunakannya," ujarnya.
Mengulas lanjut berhubung penggunaan cermin gelap beliau berkata, pemilikpemilik kenderaan yang memasang cermin tersebut diberi tempoh sehingga 30 April 2015 untuk menanggalkannya atau menukarkannya supaya cermin kenderaan masing-masing tertakluk kepada kadar ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan.
"Disebabkan kadar baharu VLT baru sahaja diluluskan oleh kerajaan adalah wajar satu tempoh yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan khususnya bagi pemilikpemilik kenderaan import bagi mendapatkan gantian cermin yang mengikut kadar baharu VLT," katanya.
Beliau berkata, kadar VLT baharu yang telah ditetapkan berdasarkan bengkel yang diadakan pada Jun lalu adalah seperti berikut:
"Cermin hadapan (VLT70 peratus); cermin sisi pemandu dan penumpang (VLT50 peratus); cermin sisi belakang (VLT30 peratus) dan cermin belakang (VLT30 peratus)," ujarnya.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 23 Disember 2013

Garis Panduan Penggunaan Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

Garis Panduan Penggunaan Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

Pastikan anda mengetahuinya. Sila muaturun dan fahami tentang penggunaan logo baharu ini pada bahan-bahan anda.

Muaturun di pautan berikut

Sabtu, 3 Ogos 2013

BENGKEL PEMANTAPAN KEJURULATIHAN PENGGUNAAN SPS


BENGKEL PEMANTAPAN KEJURULATIHAN PENGGUNAAN SPS. 15 Julai lepas, bengkel ini telah dijalankan bertempat di BTPN Johor. Dimulakan dengan mesyuarat kerja SPS sebelum bengkel dimulakan pada sebelah petangnya. Bengkel 3 hari ini bertujuan untuk memantapkan JU supaya mahir dalam pelaksanaan latihan SPS pada sekolah kelak. Read on...