mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label borang permohonan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label borang permohonan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2016

Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ)


Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ). Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dijangka membina 3,000 Rumah Mesra Rakyat Johor (RMRJ) menjelang tahun 2018.

Konsep RMRJ ini memberi peluang rakyat negeri ini yang mempunyai tanah tetapi tidak berkemampuan untuk membina rumah di atas tanah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Abd Razak Mohd Yusoff berkata rumah RMRJ bakal dibina dengan peruntukan RM20 juta.

“Sebanyak 500 unit rumah akan dibina tahun ini, manakala 1,000 unit lagi pada tahun hadapan sementara bakinya dibina pada 2018,” kata beliau pada majlis prapelancaran pembangunan projek RMRJ di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdapat tiga jenis rumah yang akan dibina yang mana setiap satu mempunyai tiga reka bentuk berbeza, kata beliau.

Saiz rumah yang ditawarkan ialah 750 kaki persegi, 850 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi dengan harga bermula pada RM64,000 sehingga RM85,000 selepas ditolak subsidi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latif Bandi.

Abd Latif berkata penawaran ini diharap dapat mengurangkan jurang permintaan yang tinggi melibatkan rumah berkonsep itu, yang ditawarkan Syarikat Perumahan Negara Bhd. – BERNAMA

Borang permohonan boleh didapati menerusi pautan berikut : https://drive.google.com/file/d/0B68ndir1RDn_ZUlQek16QU54Y28/view?pref=2&pli=1



---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sabtu, 21 Disember 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 2014 ASRAMA 1MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M boleh dirujuk di dalam Borang Permohonan Ke Tingkatan Satu Asrama 1Malaysia 2014. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014.  


SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014.
II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
V. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
VI. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
VII. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja.
VIII. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  • Sijil lahir pemohon / kad pengenalan 
  • Keputusan UPSR 2013 
  • Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa 
  • Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum 
IX. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.


SEKOLAH – SEKOLAH YANG MENAWARKAN PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA : 

A1M KUALA LUMPUR 
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR (LELAKI SAHAJA)

A1M JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR (PEREMPUAN SAHAJA)

A1M SABAH 
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH (LELAKI & PEREMPUAN)

A1M SARAWAK 
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG MIRI, SARAWAK (LELAKI & PEREMPUAN)

Sila klik untuk muat turun borang permohonan kemasukan.