Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TAJAAN

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020)

Imej
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA TAJAAN BADAN ASING TAHUN 2020 : JICA KNOWLEDGE CO-OPERATION PROGRAM FOR LONG TERM PARTICIPANTS – SDGS GLOBAL LEADER (JFY2020). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan biasiswa kepada pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Jepun di bawah program SDGs Global Leader (JFY2020).         Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my . Bersama-sama ini disertakan salinan surat edaran JPA bertarikh 8 Ogos 2019 seperti di lampiran untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut. a. Surat edaran b. Maklumat Am Program c. Universiti disaran d. Borang permohonan e. Borang perakuan Permohonan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan,

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA TAHUN 2017

Imej
TAWARAN PENAJAAN  JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)  BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN  DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA  TAHUN 2017. Penawaran Penajaan bagi Program Khas PKJM tahun 2017 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 akan dibuka secara atas talian di pautan www.mara.gov.my mulai 16 Mac 2017 (Khamis) jam 3.00 petang hingga 22 Mac 2017 (Rabu) jam 5.00 petang . Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017. Sila layari  http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM&auth=9039 Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejurut

TAWARAN SKIM BIASISWA MYBRAINSC TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2015/2016

Imej
TAWARAN SKIM BIASISWA MYBRAINSC TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2015/2016 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan bagi penajaan Biasiswa MyBrainSc (Sains Tulen) di Peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Siswazah yang akan dibuka pada 31 Disember 2014 hingga 28 Februari 2015. Sila klik url berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut :  https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/ A. PENGENALAN PROGRAM Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League. Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa be