Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Zon 7

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180412 Sudut EKSA on Hari EKSA Zon 7

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180412 Sudut EKSA on Hari EKSA Zon 7. Hari ni baru sambung semula. Maknanya dah 4 bulan kami dok buat benda alah ni. Hahaha. Orang lain buat seminggu dua aje. Kami. Sampai 4 bulan. Mana taknya. Seminggu sekali je. Tu pun kalau dapat luangkan masa la kan. Datang kerja. Sarap pun dah lupa. Tumpu SAPS dan EMIS. Setel ja gi masukkan karpet ke surau jap. Lepak bersihkan sekali. Pastu baru dapat la tumpu kejap. Baru aje dapat setelkan bawah dah mula kena tengok gerakan massa punya adhoc projek. Masak. Terus tinggal aje. Penumpuan terus ke sana. Sib baik laptop tak overheat masa buat video. Yang tak best. Masa up ke media sosial, masa tu la nak overheat! Dah 30% hokeyyy! Apapun. Banyak jugak dapat dibuat EKSA Zon 7 hari ni. siap makcik bawang tu.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180322 Hari EKSA Zon 7 - Sudut EKSA

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180322 Hari EKSA Zon 7 - Sudut EKSA. Hmmm. Semalam memang penumpuan penuh pada sudut EKSA ni la gamaknya. Memula pagi dah start. Bos datang bawak jambu la pulak. Separuh kuah rojak habis dilahap Mus sorang je. Aku ade la cicah 2 titis. Kekeke. Naik atas jap nengok tempat untuk photobooth majlis Khamis depan. Sesambil tu dok nengok Husna siapkan design untuk photobooth. Set temujanji dengan pembekal masa lunch nanti. Sempat pulak tu nengokkan token yang rupanya kena aktifkan kat Kewangan. Mana la aku tau. Ingatkan leh jadi hero aktifkan sendiri. Kekeke. Jumpa pembekal masa lunch. Bincang detail. Singgah makan nasi ayam kat UDA. Balik. Aku sambung doodle dan mus ngan farah ngecat. Lupa pulak nak snap hasil akhir kami. Apa pun. Masih ada 3/4 bahagian lagi yang belum detailing. Kekeke. Harus la kena bebel lagi. Masa jarang ada untuk tumpu benda alah ni.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180118 More Doodling on Hari EKSA Zon 7

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180118 More Doodling on Hari EKSA Zon 7. Sikit ja masa yang kami ada hari ni. Sikit sikit aje. Si Anis ngan Wani sempat posing kat sini bersama hasil yang turut sama diaorang buat. Juga tak lupa tangan shida kat sebelah laptop si Fido tu. Sempat lagi deme contiang tarikh last deme kat sini. Hehehe.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20171231 Verifikasi Audit Disember on Zon 7

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20171231 Verifikasi Audit Disember on Zon 7. Edisi lama yang tak lama sangat. 31 Desember, ahad lepas. Team Audit datang ke Zon 7. Ada sesi verifikasi untuk bulan Disember. Harap ada peningkatan lagi untuk zon 7. Finger crossed!

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180104 Doodling on Hari EKSA Zon 7

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : 20180104 Doodling on Hari EKSA Zon 7. Projek beso Mus selaku Ketua Zon 7. Memang dari mula jadi ketua zin mulut dia dok berzikir doodle, doodle, doodle jer. Pagi tadi siap tayang dia punya doodle kat sampul surat tu. At last aku pun kena la buat jugak sebab dia kan ketua. Hahaha. Doodle ni kan kita contiang contiang. Dah aku lukih pakat wat tracing apa cer. Layan aje ler. Memula dok mikir jugak apa plan si mus ni. Rupanya pastu dia scan dan pancar ke dinding. Wakakaka. Layan jangan tak layan. Tapi aku lebih suka conting direct ke dinding jugak. Lari abis dari yang contiang asal. Yang penting yang main pasal ICT ada dan dihighligt dulu. Pastu. Makin lama makin ramai join. Ni semua geng tak puas menconteng masa kebudaks la ni. Dengan guru beso ensem pekan nenas tu la. Dengan si zaid YTL pun sama. Ish ish ish. Tapi memang sempoi la. Sampai aku pun seronok sampai panjat tangga. Bila dah rasa sengal baru la reti nak masuk lepak kat bilik balik.

EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7

Imej
EKSA JPN Johor : Audit Anugerah Zon Terbaik bagi Zon 7. Selesai sahaja mesyuarat tadi sesi audit anugerah pun bermula bagi 5 zon dengan markah tertinggi bulanan. Alhamdulillah. Zon 7 tersenarai sekali lagi. Ada beberapa perkara yang kurang dan perlu ditambahbaik di zon blok B. Terima kasih pada semua auditor yang hadir.

EKSA JPN Johor : Ayuh Team C Zon 7!

Imej
EKSA JPN Johor : Ayuh Team C Zon 7! Dengan ini aku letak nama kuda belang cam lam iklan merdeka tu. Walau kami sikit. Tapi slow slow sampai jaya. Hehehe. Ketua Team adalah en Mustakim. Dia agih sampai 3 tempat kami kena kerjakan. Alhamdulillah. Semua beres. Clear. Cuma bab Sudut EKSA tak sempat nak tampal semula sebab kami nak pakai tac ke apa ntah nama dia tu untuk tampal semula. Aku pakai pun masa praktikal dulu je. Hahaha. Memula kami belasah sudut paling depan. Yang ada poster besar kami tu la. Siap kidnap ustaz azman punya shredder. Telefon minta izin ye. Sapa suruh dia tayang masa aku bagi taklimat hari tu kan. Aku setel lemari tu. Mus ngan Wani setel sental dinding. Tukang shredder besar semestinya aku la. At last. Dapat tiga guni kertas dah shredd. Tu cerita data analisa ja tu. Dari tahun 2010 pun ada tau. Setel bab tu kami belasah makmal komputer dan bilik kebal pulak. Yang ni a bit simple. Cuma banyak tukar tukar lokasi simpan barang bergerak aje. Last sekali baru kami ten

Taklimat Gerak Kerja dan Penilaian Kendiri EKSA Zon 7 2017

Imej
Taklimat Gerak Kerja dan Penilaian Kendiri EKSA Zon 7 2017. Taklimat disampaikan oleh fasilitator baharu Zon 7, encik Isfandi. Tahniah. Perancangan aktiviti minggu hadapan turut dibincang bersama. Sempat layan video montaj yang fadzli sediakan. Tahniah pada semua. Harap pembugaran EKSA kali ni akan berjaya mengekalkan budaya ni dalam semua warga kerja.

Penilaian Kendiri EKSA Zon 7

Imej
Penilaian Kendiri EKSA Zon 7. Perrgghh. Petang tadi sempat bersama dengan Fasilitator EKSA Zon 7 yang turut menanggung tugas JK Audit Zon 7. Ronda-ronda sambil membuat penilaian kendiri awal. Alhamdulillah. Banyak perkara yang dah nampak untuk ditambahbaik. All the best. Paling best sempat menjawab panggilan telefon beb. Ni baru namanya multitasking. Sambil menilai, sambil ninjau, sambil mikir, sambil melayan pelanggan, sambil selfie. Kui kui kui.