mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label logo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label logo. Papar semua catatan

Khamis, 26 Jun 2014

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57. Di sini lahirnya sebuah cinta.






Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 27 Disember 2013

Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor

Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor

Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin.

PENGERTIAN LOGO

Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil Bentuk segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor.

Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengurusan.

Warna putih memberi maksud keikhlasan dan ketulusan bekerja warga pendidikan Johor.

Buah tiin ada disebut dalam Al-Quran adalah salah satu daripada 8 jenis makanan yang terbaik. Hiasan motif daun pokok tiin melambangkan pendidikan Johor sentiasa bertekad memberikan segala yang terbaik kepada setiap pelanggan.

Selasa, 24 Disember 2013

Perhimpunan bulanan bil.12/2013 pelancaran logo jpnj

Perhimpunan bulanan bil.12/2013 pelancaran logo jpnj dan diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan.

Isnin, 23 Disember 2013

Garis Panduan Penggunaan Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

Garis Panduan Penggunaan Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

Pastikan anda mengetahuinya. Sila muaturun dan fahami tentang penggunaan logo baharu ini pada bahan-bahan anda.

Muaturun di pautan berikut

Ahad, 15 Disember 2013

Visit Kedah logo

Visit Kedah logo. Cun la pulak logo lama nih. Dah guna banyak kali. Just motto diubahsuai.


Sent from Samsung Mobile

Sabtu, 28 Julai 2012

Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Keterangan logo


mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55
Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

mknace unlimited™ | Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


LAGU JANJI DITEPATI

Macam malam ikut siang, 
Macam bulan ikut matahari, 
Satu Malaysia terus berjuang, 
Janji kita ditepati, 
Kata kita dikota, 
Janji kita ditepati, 
Hidup rakyat dibela, 
Masa depan diberkati, 
Janji sudah ditepati, 
Kini masa balas budi, 

*Chorus* 
Janji siapa ? Janji Kita, 
Janji apa ? Janji Satu Malaysia, 
Janji siapa ? Janji Kita, 
Janji apa ? Janji Satu Malaysia, 
( ulang dari awal ) 

 RAPPING : 
Ini janji kita, 
BRIM Satu Malaysia 
Ini janji Satu Malaysia, 
Terima Satu Satu Malaysia, 
Kata kita dikota, 
Klinik Satu Malaysia, 
Janji kita ditepati, 
Kedai Satu Malaysia, 

Lirik : Rais Yatim
Lagu : Aye/Jasni/Arman E-six

Klik untuk download Lagu Janji Ditepati.mp3



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Jumaat, 11 Mei 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Picas shared from http://www.mppg.gov.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru.



Picas shared from http://www.medkom.my

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu, tarikan terbaru kembara kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah untuk dua pemenang di setiap daerah yang berpeluang mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 setiap seorang

Sepanjang program berlangsung, Sultan Johor turut berkenan untuk mengadili pertandingan memasak Bubur Lambuk 1Malaysia di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Baginda juga dijadualkan menyaksikan pertandingan sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan boling kelapa serta demonstrasi dan pameran makanan tradisi Jawa dan Bugis. Ekspedisi berkenaan akan singgah di 20 tempat termasuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing; kampung Parit Haji Hassan, Kluang; kedai kopi Nanyang Pekan Yong Peng, Batu Pahat; Taman Awam Tasik Segamat; kampung Teratai, Bukit Serampang, Ledang; Pantai Leka, parit Jawa, Muar; kampung Puteri Menangis, Pontian dan Kompleks Komuniti, Kempas.




Logo 2012 ciptaan Muhamad Gazali A. Rahim


Posted via Blogger PC edisen


Isnin, 7 Mei 2012

Sambutan Perayaan Hari Guru 2012



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


TEMA HARI GURU 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


LAGU TEMA HARI GURU 2012

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Dengar | Muat turun lagu(Set Lengkap)


PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KEBANGSAAN 2012


16 Mei 2012 (Rabu)
8.00 pagi
Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU



Putih
  • Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.


  • Perak
  • Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.


  • Kuning
  • Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.


  • Merah
  • Menunjukkan keteguhan semangat.


  • Biru
  • Menunjukkan perpaduan muhibah.


  • Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


    IKRAR HARI GURU

    Bahawasanya kami
    Guru-guru negara Malaysia
    Dengan ini berikrar
    Mendukung terus cita-cita kami
    Terhadap tugas kami
    Dan menyatakan keyakinan kami
    Pada cita-cita murni pekerjaan kami
    Kami akan berbakti
    Kepada masyarakat
    Dan negara kami.

    Kami sentiasa menjunjung
    Perlembagaan negara
    Kami mengamalkan
    Prinsip-prinsip Rukun Negara
    Pada setiap masa.

    Rabu, 22 Disember 2010

    Logo B-Gun JPN Johor

    Klik untuk gambar yang lebih besar
    Boleh la.. 45 minit punya kije
    Tetiba jer petang nih dapat call. Ada satu logo memang nak ad-hoc, guna malam nih. Malam nih!!??! Sekarang pun dah jam 5.30 petang beb. Perghhh.. Terus mula kije. Dari Scratch pen tu, trace balik. Betulkan balik line senget. Line straight jer tau. Kalau curve nih asal boleh dulu aje. Len kali betulkan semula. Dah nak cepat kan. Kita buat cara cepat la jugak. Tu pun dah makan masa aku dekat 45 minit. Aiyaaa>>>>



    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Scratch asal dia selepas discan dengan jayanya..

    Enjoice...Sharing is power!!!

    Selasa, 21 September 2010

    Logo baru Pejabat Pelajaran Daerah transparent

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Nampaknya kena jugak aku buat imej vektor baru untuk logo ppd kebangsaan.. Yang aku search lam tenet langsung tak memuaskan hati langsung. Ni haplod hasil dengan belakang transperent. Kira ok la untuk viewing pleasure kata orang melayu kat tenet nih.. Yang besar akan dihaplod kemudian.. Of course kat fotolia aku la kan.. Aku akan haplodkan yang ada tulisan jb kat bawah tu ngan kosong..

    Enjoice...Sharing is power!!!

    Isnin, 13 September 2010

    Gengblogger?? Malware?? Camner nak buat??

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Perasan tak sejak tengah bulan lapan, terutama kepada team gengblogger ni; bila kita surf blog kita mesti kuar warning pasal malware. Pueh aku godak script blog.. tak jumpa la pulak script pasal gengblogger ni. Maybe sebab aku terlalu banyak letak script lam blog aku, aku sendiri dah lupa. Sekali hari ni aku sesaja go through blog aku.. maka terperasan la logo gengblogger ni kat blog.. Cheiitt.. penat aku search lam script, lam design jer letaknya. Terus bukak design.. Buang. Test balik.. Hmmmm.. Alhamdulillah.. setel.. Tunggu sampai gengblogger dah sembuh nanti, baru aku masukkan balik yerkk..

    Klik untuk kaedah buang logo ini



    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Aku nyer gengblogger logo terlalu simple sampai aku sendiri tak perasan

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Log masuk ke menu admin, pilih design

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Pasal aku letak kat tepi, maka aku kena tengok gadget aku yang di bahagian tepi. Dah jumpa klik edit.

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Haaa.. kan jumpa script pasal gengblogger kat sini. Delete jer sumer script berkaitan. Dah sudah klik save..

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Dah setel. Blog aku dah bebas malware warning pasal gengblogger. Yihuuu..!!!

    Enjoice...Sharing is power!!!

    Sabtu, 21 Ogos 2010

    Belang tarung kembali

    ©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
    Boleh masa aku tengah dok sambung wat kije sambil layan lagu gamma ray sebelah petang tu, tetiba si mat nor masuk.

    Rul, tolong sharpkan fail ni leh.
    Fail apa?
    Ada la.
    Ye la.. Apa yang nak disharpkan?
    Ko bukak la dulu..

    Sekali bukak.. lohhh.. belang tarung kembali daa.. ni pendekar laut nyer belang tarung nih. Caitt.. Apa kes.. Rupanya dia nak wat logo tampal kat keter dia. Buruk sangat la mat nor.. Tu yang aku nak ko sharpkan tu.. Betul ke ko nak yang ni. Ker ko nak yang cenggini. Aku terus bukak blog fotopages aku.. Haaa.. Ni komik Warlord Tiger Hell punya.. Cun tak.. Memandangkan aku pun dah nak balik, tolong buat design jap. Punch balik. Buat design dia. Terus masukkan ke laptop dia. Pastu terus calo balik.. Dah naik balik semangat pendekar laut aku..

    Logo yang aku kasi dia dah upgrade sebenarnya. Logo ni dipakai Wan Yat Leong untuk design logo depan komik Warlord Tiger Hell dia atau lebih dikenali dengan nama Wira Tunggal Final kat mesia ni..

    Enjoice...Sharing is power!!!

    Khamis, 18 Februari 2010

    Photobucket vs Imageshack : satu perbandingan

    Alang-alang nak test laju tak laju antara photobucket dengan imageshack, aku haplod jer lencana sekolah aku kat sini. Bukannya apa satu.. memang dedua fail yang sama kan; dari segi saiz dan jenis. Keduanya, senang aku nak carik lepas ni. Asik kejap kat pendrive ni la, kejap kat hdd sana la. Cenggini senang sikit aku nak cari. Search jer lencana sktta kat blog aku kan.. hahahaha.. ni nama dia sambil menyelam minum airnya..

    Photobucket

    ©2010mknaceunlimited©2010mknaceunlimited


    Imageshack

    ©2010mknaceunlimited©2010mknaceunlimited



    Khamis, 29 Oktober 2009

    PPDJB Corporate Video - the logo



    A bit of busy lately doing a new version of corporate video for PPD Johor Bahru. Will updated when free..



    Khamis, 30 April 2009

    My logo... returned

    Photobucket

    Walau seburuk mana pun logo ni. Ni la logo pertama aku sejak aku mula bekerja di bidang design mendesign ni. So, aku rasa mulai saat ini logo ini akan muncul kembali.
    Maybe ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya logo ni.

    Jawapannya.. karam bersama rosaknya harddisk aku semasa aku mula-mula jejakkan kakiku semula ke bumi johor. Dan aku rasa aku pun dah layak semula untuk keluarkan semula logo ini. Logo mknaceunlimited.


    Khamis, 12 Mac 2009

    Logo baru Pejabat Pelajaran Daerah PPD Johor Bahru now in 3D

    Photobucket

    Logo baru ni memang dibuat khas untuk Video Korporat PPDJB
    Boleh tahan la nak buat
    Ingatkan dapat settlekan kejap jer
    Rupernyer makan masa separuh hari gak
    Final product dah ditouch-up ngan tambahan jumpback oleh Wan Kerol