Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PRK Parlimen Teluk Intan: Pertandingan Satu Lawan Satu Antara BN Dan DAP

PRK Parlimen Teluk Intan: Pertandingan Satu Lawan Satu Antara BN Dan DAP

Imej
PRK Parlimen Teluk Intan: Pertandingan Satu Lawan Satu Antara BN Dan DAP. PRK akan dijalankan pada 31 Mei. Huhuhu. Baru cadang nak balik kampung ikut jalan lama. Dah kena buat perancangan baru la kalau camni. TELUK INTAN, 19 Mei (Bernama) -- Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad membuat pengumuman itu di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak pada pukul 10.21 pagi Isnin. Beliau berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada Mah pada 9.05 pagi dan daripada Dyana Sofya pada 9.08 pagi. Proses penamaan calon yang dibuka sejak 9 pagi tadi berjalan lancar dan ditutup tepat pada 10 pagi. Mah, 53, yang berpakaian baju kemeja berlogo BN dan 1Malaysia diiringi ke pusat penamaan calon oleh penyokong BN yang diketuai Timbalan Presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin,