Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Sekolah Tun Fatimah : 20190131 Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190131 Outing Bermalam. A bit late aku sampai kali ni. Lebih jam 4 petang baru sampai STF pasal hari ni memang penuh ngan program kat JPN. Selamat bercuti! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Majlis Mengetik Akhir Cikgu Haji Shaharudin bin Sharif

Imej
Majlis Mengetik Akhir Cikgu Haji Shaharudin bin Sharif. Satu majlis khas telah dibuat pada sebelah petangnya bertempat di Dewan Seminar JPN Johor. Ucapan aluan oleh tuan timbalan sebelum tuan pengarah menyampaikan amanat terakhirnya sebagai pengarah pendidikan negeri Johor. Sesi bertukar ke lobi. Selepas mengetik akhir cikgu haji Shaharudin bersalaman dengan semua yang hadir sebelum diiring ke kenderaan yang akan membawanya pulang. Tahniah diucapkan kepada cikgu haji Shaharudin bin Sharif yang berjaya sampai perkhidmatannya setelah 35 tahun berkhidmat. Semoga cikgu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang barakah lagi halal dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. SELAMAT BERSARA CIKGU.

Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16

Imej
Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bermula hari ini, 31 Januari 2019. Pelantikan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 seperti dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat pada 24 Januari turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila baginda hanya dua minggu berada di singgahsana takhta Kesultanan Melayu Pahang seterusnya memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Hari ini, Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dilangsungkan dalam majlis penuh istiadat di Istana Negara yang disaksikan oleh semua rakyat Malaysia dan semua sultan kecuali Sultan Kelantan yang diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan. Keberangkatan baginda ke Istana Negara kira-kira 10.50 pagi ini disembah tabik hormat oleh Kawalan Kehormat Batalion Perta

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019. Alhamdulillah majlis perhimpunan berjalan lancar di Dewan Seminar. Sempat posing di ruang retro sementara nunggu lif untuk ke dewan seminar. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-quran dan barzanji dari dua murid yang bakal mewakili Johor kelak sebelum diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh PU Yeop. Seterusnya perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan daripada KS SPI selaku urusetia kali ini sebelum Pengarah berucap. Ucapan PPJ kali ni merupakan ucapan terakhir sebagai pengarah pendidikan negeri Johor. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah surau dan ofkoz la pertandingan perarakan tadi. Lunch kita pakat reramai makan nasi beriani dalam dulang di dewan Jauhar. Terbaeekkk!!!! boh. Siap amik megi dua mangkuk kecik tau. Lum campur nescafe lagi. Kekeke.

Maulidur Rasul 2019 : We are the champions!

Imej
Maulidur Rasul 2019 : We are the champions! Seawal jam 7 pagi ahli team dah sampai kat pusat kokurikulum. Hebat. Aku sampai lewat sikit. 7.30 pagi. Boleh sesak pulak kat beberapa tempat. Cilok jangan cerita la. Sori ya abam kakak kereta motor. A bit noti sikit pagi ni. Sampai pusat kokurikulum, nengok persiapan team. Setel. Baru naik ke atas. Punch lambat la hari ni. Lepak depan guard aje. Aku amik bideo aje. nanati bila dah siap baru letak. Alhamdulillah. Kali ni kami jadi johan. 5 sektor bergabung, semua sama seragam. You're the best! Tahniah pada semua. Terima kasih pada SPI atas penganjuran majlis dan SPK atas sarapan pagi.

Maulidur Rasul 2019 : Misi Pencarian Penyeragaman

Imej
Maulidur Rasul 2019 : Misi Pencarian Penyeragaman. Memang perkara paling susah bagi kami setiap tahun, 3 sektor bergabung dan kali ni 5 termasuk pejabat pengarah serta pejabat timbalan. Paling sulit rupanya nak cari baju lelaki yang sama terutama dalam jangka masa yang singkat. Tapi kami sambut juga. Dari Jakel ke Angsana dan akhirnya aku amik keputusan untuk turun Mini Kelantan di Kota Tinggi dan alhamdulillah dipermudahkan olehNya. TQ Kedai Kain Naim. Satu Mini Kelantan deme cari. Ayoh, Mama, Paksu semua dicontactnya. Hehehe. Samping kita cari yang sama dan diuruskan dengan baik oleh team SJQ. Final touch tiara dan songkok. Alhamdulillah. Kekangan setiap tahun berjaya kami atasi dengan baik. Tahun ni kontinjen kami sedondon segalanya.

Majlis Sanjungan Budi Lestari Kasih Cikgu Haji Shaharudin Sharif

Imej
Majlis Sanjungan Budi Lestari Kasih Cikgu Haji Shaharudin Sharif. Alhamdulillah. Selesai majlis meraikan PPJ dengan cantik sekali. Penat? Harus la. Dua hari lepak sini. Tapi. Memang puas hati nengok majlis smooth malam tu. Petangnya lepak kat pendaftaran. Mus bawak hadiah yang kami buat kat Al-Fateh. Ada welcoming drink seperti yang dibincangkan dengan en Hamzah. Siap kena posing depan photobooth dulu. Turun solat ontime kat surau tingkat 1. A bit pack. Betul. Bila semua dewasa berkumpul. Just around 10 orang ja muat setiap jemaah. Terus naik semula ke atas untuk majlis. Dapat meja 11. Lepak jap nengok sekali lalu. Posing posing ngan geng yang datang ke meja. Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Hotel sumbang 2 kek sambut birthday gitu. Makanan best walaupun aku just makan 3 courses aje, yang memula; chicken chop dan dessert. Hahaha. Benda pertama aku check. Tu yang aku makan dulu kat wendy's sebelum majlis mula. Pengarah memang nampak sangat terharu dengan sambutan dari semua

Preparation Checkup part deux

Imej
Preparation Checkup part deux. Dari tengah hari ada kat sini. Tengok pemasangan PA System oleh team MBJB. Ngetest paparan LCD. Sempat meronda jap kawasan jeti cari lunch. Makan kat Restoran Selera Iskandar. OK jugak. Around 1 team persembahan sekolah seni sampai. Mula sesi susun menyusun, sound check dan lain-lain untuk persembahan deme. Azhar sampai. Ada problem pulak pasal cable ke sound dari laptop. Azhar terpaksa gi cari. TQVM bro. Dalam jam 2.30 dedua emcee dah sampai. Kita mula rehersal. Caya lah. Lewat petang jugak setel semua. Tapi masih ada masa secukupnya untuk program malam nanti. TQ to all the team sepanjang hari kita bertungkus lumus. Harap yang terbaeekkk!!!! untuk majlis malam nanti!

Livina, Tayar dan Skru

Imej
Livina, Tayar dan Skru. Baru nak bertolak ke Hotel Berjaya Waterfront. Sekali dengo bunyi pelik sebelah kanan. Park tepi guard. Check. Ada skru daaa sangkut kat tayar. Dari nak ke hotel terus jadi ekspedisi cari kedai tayar. Yang bestnya, angin tak kuar, maybe sebab baru kena kot. Tapi.  Bunyi dan getaran tu yang tak best. Sampai uda, terus masuk continental. Sahih la. Skru. Cantik ja terbenam dalam, 45 degree pulak tu. Sib baik terperasan awal. Terus ditampal. Kena RM6. OK la tu kan. Yok sambung ke hotel semula.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 16 Januari. Isi semula on 30 Januari 2019. Petronas Nusa Perintis, Gelang Patah. Hasil RM74.21 for 534 km melibatkan 37.478l minyak. 15 hari. Tempat favourite isi minyak. Ingat nak beli sarap sekali, tapi orang dah ramai sangat; terus gerak aje. Layan.

Preparation Checkup

Imej
Preparation Checkup. Petang ni aku ke Berjaya. Nak semak finale preparation sebelum majlis bermula malam esok. Esok pastinya  akan ada sepetang lagi kat sini untuk full rehearsal sebelum majlis bermula sebelah malamnya. Terima kasih banyak pada Boy yang tekun melayan kehendak aku satu demi satu. Sian dia. Banyak tul cengkadak aku ni. Bila team SPI sampai kita buat arrangement untuk tugasan diaorang pulak. Sampai ke sudah aku tak jumpa en Hamzah, sales kat sini. Tengok esok macam mana kan. Hope for the best!

Pizza Lunch Hour

Imej
Pizza Lunch Hour. Lunch hari ni kita makan pizza ramai-ramai. Order kat Domino minta delivery. Memang ontime beb! Marbeles. Amik thin crust. 6 pizza large yang berbeza. Variasi beb! Memang best. Masa ni la nak try pizza-pizza yang best dari domino kan. Yang first abis adalah ... BBQ Chicken yang berjaya diabiskan oleh harsya dan shahira. Kekeke. Siap sambung makan limau pulak tu. Layan jangan tak layan.

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Petang tadi majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah pada semua pewagai yang menerima Surat Kenaikan Pangkat pada hari ini. Disampaikan sendiri oleh TKSU tu. Tahniah juga pada Unit Naik Pangkat JPN Johor yang berjaya merealisasikan majlis ini.

Santai Reunion

Imej
Santai Reunion. Pagi tadi. Tengah drive tetiba telinga bergego. Yelah. Dah pakai jabra bluetooth kan. Suara cam familiar. Rupanya kak zi. So. Sempat la jumpa kat cafe pagi tadi. Borak cerita nostalgia gitu. Lama tak jumpa team SKTTA kan. Aku ni jer sibuk tak kesudah. Hehehe. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Majlis Amanat 2019 Menteri Besar Johor

Imej
Majlis Amanat 2019 Menteri Besar Johor. Semua dijemput hadir ke Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2019 akan diadakan pada ketentuan berikut : Tarikh. : 28 Januari 2019 (Isnin) Masa. : 8.30 pagi Tempat : Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri. Majlis ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi facebook live osmansapian #MuafakatItuBerkat --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jersi Kedah 2019

Imej
Jersi Kedah 2019. Kedah FA dengan rasminya telah melancarkan jersi terbaru 2019 sebentar tadi di Stadium Darul Aman. Untuk musim ini, pasukan Lang Merah akan menggayakan jersi dari jenama antarabangsa dari Itali, Lotto Sports. Terdapat 3 kit utama yang dilancarkan; jersi home yang menggunakan warna tradisi hijau kuning, jersi away yang berwarna merah dan jersi ke-3 yang berwarna hijau gelap. Kesemua kit ini boleh didapati di Astaka Utama, Stadium Darul Aman dan cawangan-cawangan Football Republic di Alor Setar, KLCC, Sunway Pyramid & Prestige Sports 10 Boulevard, Damansara. Kit player issue yang dijual dengan harga RM119 ini didatangkan sehingga saiz 4XL. Dapatkan segera kerana pengeluaran kit adalah terhad! Tetiba suka kit ketiga la pulok. Kui kui kui #LottoSport #LottoMY #KedahFA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautif

Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Amir & Liyana

Imej
Walimatul Urus : Majlis Perkahwinan Amir & Liyana. Hari ni pakat ke rumah cikgu Zabedah. Kebetulan sampai tak lama lepas tu pengantin tiba. Ada silat dan zapin baq ang. Iqi dan ici macam biasa la. Aiskrim time! Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190126 Sesi Pertemuan 3 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190126 Sesi Pertemuan 3 Darjah Khas. Ngantor angah ke darjah khas macam biasa.

Sekolah Tun Fatimah : 20190125 Outing

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190125 Outing. Amik iqa pagi tadi. Nak outing katanya. Singgah Paradigm Mall. Selesai satu misi. Aku lepak nunggu aje iqa ngan mama.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 5 Januari. Isi semula on 25 Januari. Hasil RM62.41 for 288.2 km melibatkan 31.521l minyak. 21 hari. Lebih kurang 9km per liter. Harga minyak kekal untuk seminggu ni. Apapun jadi, tetap kena isi jugak kan.

Sultan Pahang Agong ke-16

Imej
Sultan Pahang Agong ke-16. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini. Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016. Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini. Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, dihadiri oleh kesemua Sultan dan Raja Melayu kecuali Kelantan. Kenyataan itu menyebut menurut peruntukan Paragraf 3, Bah

Nestle Koko Crunch @ JPN Johor

Imej
Nestle Koko Crunch @ JPN Johor. Wah. Ada sarapan terbaeekkk!!!! dari nestle pagi ni kat Dataran JPN Johor. TQ Puan Salmah arrange ngan team nestle. Dapat la merasa koko crunch pagi ni. Nestle juga buat jualan promosi RM4 bagi 2 pek Koko Crunch.

JPN Johor : Bus makeover

Imej
JPN Johor : Bus makeover. Actually dah siap awal minggu ni. Baru terperasan semalam dan snap snap hari ni. Bas dengan sentuhan ciri Karakter Murid Johor. Lain dari yang lain.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani, Kangkar Tebrau

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani, Kangkar Tebrau. Singgah lunch jap on the way back. Memang spesel. Nasi ayam tu digoreng. Ayam sambal dia memang pedas terangkat. Marbeles. Tetambah pulak dapat lemon ais. Perghhhh! Harga pun OK.

SJKT Ladang Tebrau : Audit Pengurusan Data

Imej
SJKT Ladang Tebrau : Audit Pengurusan Data. Foto sekitar sesi audit tadi. Semoga pengurusan data sekolah akan lebih mantap dan mempunyai kesahan yang tinggi selepas ini. All the best!

Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Shahira Nazira

Imej
Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Shahira Nazira. Hari ni Shahira datang lapor diri. Dia ambil Multimedia kat UNIMAS. More on gaming design development. Tahniah dan semoga akan dapat menyesuaikan diri di sini dan dapat menimba sebanyak mana ilmu yang boleh selama tempoh praktikal bersama kami di sini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN Johor Bil.1/2019

Imej
Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN Johor Bil.1/2019. Foto sekitar program di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat. Foto dikongsi oleh Fitrizan. Aku? Aku di opis aje. Kaki tetiba spoilt. Huhuhu. Tu pun memang azab jugak nak bawak kereta nekan minyak. Balik terus lelap selelap lelapnya. Hehehehe. Apa pun all the best untuk semua team ICT Maklumat. Anda memang yang terbaeekkk!!!! Be the best!

Happy Thaipusam 2019

Imej
Happy Thaipusam 2019 pada semua pengunjung blog yang beragama Hindu. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

SJKT Ladang Tebrau : Mesyuarat Pengoperasian Pindah Lokasi

Imej
SJKT Ladang Tebrau : Mesyuarat Pengoperasian Pindah Lokasi. Foto sekitar program tadi. Sempat snap-snap landskap sekitar sekolah. Sekolah baharu nanti hari Rabu bagu aku gi.

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-77

Imej
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-77. DAULAT TUANKU! Merafak Sembah serta Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, D.K., D.K.H., D.U.K., D.K. (Kelantan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak)., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.M.K., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., S.P.M.K. (Kelantan)., PSM., DSDK., PAT., BCK.,KPK. Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff, S.H.M.S., S.S.D.K., D.S.D.K. Sultanah Negeri Kedah Darul Aman bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-77 pada 20 Januari 2019 Bersamaan 14 Jamadilawal 1440H Semoga Allah SWT Memberkati dan Melanjutkan Usia Tuanku. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM

One full day

Imej
One full day. Memang satu hari yang penuh. Tinggal ici ja takde aktiviti. Paginya nganto iqi ke Kem Jati Diri Kepimpinan untuk semua pengawas di SK Taman Nusa Perintis dan Inaz ke Darjah Khas di Sekolah Agama Gelang Patah. Tengah harinya ke STF melawat iqa. Sambil belajar Matematik Tambahan ngan mama, ici pun belajar tulis ABCnya. Balik. Singgah SK Taman Nusa Perintis untuk amik Iqi. Layan.

Sekolah Agama Nusa Perintis : Kursus Kepimpinan Tahun 2019

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Kursus Kepimpinan Tahun 2019. Pagi ni seawal jam 7 pagi iqi dah keluar. Ada kursus kepimpinan kat sekolah. Iqi jadi pengawas kat sekolah agama tahun ni. Dalam jam 11 pagi dah gerak semula amik iqi kat sekolah. Semoga jadi anak yang soleh dan berkepemimpinan yang tinggi kelak.

Ici in Colouring Mode

Imej
Ici in Colouring Mode. Petang tadi sempat singgah Pasar Tani. Lama tak exercise gini. Tapau benda biasa la di samping bebenda tambahan macam bihun sup utara, kuih lopis dan kulit ayam. Mama kata teruk no ngidam aihhh. Almaklum. Lama tak nyinggah kan. Masa dok nunggu coconut shake siap, ici ajak gi gerai buku kat sebelah tu. Dia belek punya belek, lembut je dia mintak. Nak buku kaler kaler ni. Tanya berapa? Tiga hinggit je bang. Beli aje. Pas tu dia sambung ngepau eskrem, tapi buku tu tetap erat dia pegang. Balik. Terus dia cari kaler. Perghhh. Asyik sungguh dia kaler. Keluarkan meja kecik iqa bagi kat dia. Abang dia nak kaler pun dia tak kasi. Boleh tahan dia pegang pensel tu. Kaler pun cantik aje dalam ruang. Alhamdulillah. Sejak sekolah ni memang nampak dah mula pandai guna pensel. Cikgu pun rajin bagi latihan kat rumah. Nampak ada peningkatan dalam garisan yang dibuat. Caya lah ici. Sambung ngaler sampai tertido.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Ahmad Adfi

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Ahmad Adfi. Dua kali aku wat posting ni. Minggu lepas kita buat makan-makan. Hari ni last day adfi kat SPMICT. Buat sedikit majlis ringkas penyampaian sijil dan surat penghargaan atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada di JPN Johor. Sebab KS takde aku ngan en Firdaus lah kena handle. TQ Farrah amikkan gambo. Good luck Adfi! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Bengkel Fokus Kutipan Data Rasmi Januari JPN Johor 2019

Imej
Bengkel Fokus Kutipan Data Rasmi Januari JPN Johor 2019. Target kali ni, pastikan data tepat dan berintegriti. Semua data daripada sistem diperaku jelas dikumpulkan pada repositori yang menjadi sumber utama Dashboard yang digunapakai di peringkat pengurusan tertinggi. Semakan penuh pada setiap medan dashboard dibandingbeza dengan pengisian pada sistem diperaku. Perbincangan diperluas kepada kesediaan pengurus sistem setiap peringkat dalam memastikan data berkualiti dan berintegriti dengan perubahan dibawa Pelan Transformasi ICT 2019:2023. All the best pada semua! Data kita penentu masa depan gemilang!

TCEAS Skudai : Diagnosis dan Servis Almera

Imej
TCEAS Skudai : Diagnosis dan Servis Almera. Pagi ni aku lewat sikit masuk opis. 8.27 pagi. Kisahnya. Hari ni memang dah sampai masa untuk servis almera. Dah siap book servis lepas waktu opis, jam 4.00 petang macam biasa. Sekali start enjin macam susah aje. At last dapat on selepas 3 kali start. Tapi. Indicator enjin tu still tak ilang. So. Masa drive terus aku belok aje ke Tan Sri Yaacob. Terus tinggal situ untuk further inspection. Dari nak servis aje terus aku ubah jadi diagnosis. Setel urusan terus on grab dan gerak ke opis. Around 10, Chua call bagitau pasal status. Kena reset dan tuning semula aje. Tenang sikit jiwa. Masa balik dah dapat mesej kereta dah setel. Call chua maklum aku sampai lebih kurang jam 4 petang. Hujan lebat. Gerak balik ngan Adfi dan sempat tumpangkan Mas, pelajar praktikal SKPP yang kebetulan ada kat situ. Alhamdulillah. Selesai semua. Servis setel, Diagnos dan tuning semula pun setel.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 7 Januari. Isi semula on 16 Januari 2019. Shell Taman Tasek, Johor Bahru. Hasil RM75.80 for 453.6 km melibatkan 39.48l minyak. 10 hari. Aku lebih prefer Shell kalau isi kat Taman Tasek sebab tempat dan suasana yang lebih kondusif kat sini. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Cempaka, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Cempaka, Johor Bahru. Lunch kat sini bersama team BTPN selepas selesai sesi perbincangan dari pagi tadi. Boleh tahan pilihan lauk pauk yang tersedia. Sambil makan kami dihidangkan dengan persembahan daripada OKU Blind Busker. Memang leh tahan alunan muzik dan suara vokalisnya. Memang best kat sini.

SPMICT : Pesta Durian

Imej
SPMICT : Pesta Durian. Semalamnya. En Adi dapat ke dusun En Hairil. TQ very much ada rezeki pada kami pagi ni. Terbaeekkk!!!! Semoga murah rezeki pada tukang sedekah dan tukang bawa.

SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2019 PANDUAN PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2019 PANDUAN PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Surat pekeliling ikhtisas ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut : https://www.moe.gov.my/images/KPM/ZOOupload/SPI%20BIL%201%202019%20-%20SISTEM%20KEHADIRAN%20MURID.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi : Kunjung Bantu Verifikasi Pengisian Modul Infrastruktur EMIS

Imej
SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi : Kunjung Bantu Verifikasi Pengisian Modul Infrastruktur EMIS. Selesai di Laksamana kami gerak ke sekolah tumpuan kedua. Satu blok segiempat. Alhamdulillah. Selesai. Terima kasih pengetua yang turut sama kami sepanjang sesi.

SMK Laksamana, Kota Tinggi : Kunjung Bantu Verifikasi Pengisian Modul Infrastruktur EMIS

Imej
SMK Laksamana, Kota Tinggi : Kunjung Bantu Verifikasi Pengisian Modul Infrastruktur EMIS. Alhamdulillah. Sampai juga kami di sini. Sekolah yang sangat luas dan banyak blok. Ada lebih kurang 29 blok. Perrghhh. Sempat sesat nak mencari pejabat sekolah. Boleh tahan jugak la nak menapak. Terima kasih juga pada pengetua yang turut sama berjalan bersama kami. Harap kesihatan cikgu sentiasa baik.

Pelan Transformasi ICT KPM 2019-2023 : Ringkasan Eksekutif

Imej
Pelan Transformasi ICT KPM 2019-2023 : Ringkasan Eksekutif. Ringkasan Eksekutif Pelan Transformasi ICT KPM 2019-2023 boleh dimuat turun menerusi pautan berikut : Ringkasan eksekutif https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/MOE-Pelan%20Transformasi%20ICT_2.0_Ringkasan_Eksekutif_4portal_A4_printing_SEC.pdf Brosur https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/ITP_2.0%20Brochure_4portal_A3_printing_SEC.pdf --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 : PENDIDIKAN UNTUK SEMUA, TANGGUNGJAWAB SEMUA

Imej
AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 : PENDIDIKAN UNTUK SEMUA, TANGGUNGJAWAB SEMUA Pendahuluan 1. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya, kita berjaya melangkah ke tahun 2019. Kita telah berjaya mengharung segala onak, segala liku dan segala cabaran pada tahun 2018. Kita tahu, ruang dan peluang yang masih diberikan kepada kita, datang bersamanya satu tanggungjawab, satu amanah, dan satu misi. 2. Selamat Tahun Baharu dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli keluarga besar Kementerian yang hadir pada pagi ini. Terima kasih atas segala komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2018. Wawasan 2020 3. Pada 28 Februari 1991, di dalam ucapan beliau bertajuk “Melangkah ke Hadapan: Wawasan 2020”, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan suatu gagasan besar yang kita ingatnya sebagai “Wawasan 2020”. Wawasan 2020 menjadi sangat signifikan buat semua rakyat Malaysia pada waktu itu. Saya sendiri, dan saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan juga, membesar dengan Wawasan

Amanat Menteri Pendidikan 2019 : Setting khas paparan layar besar di JPN Johor

Imej
Amanat Menteri Pendidikan 2019 : Setting khas paparan layar besar di JPN Johor. Buat setting khas supaya dapat ditonton bersama di Bilik Mesyuarat Selasih. Kami buka youtube eduwebtv. Kebanyakan pegawai menggunakan peranti mudah alih masing-masing. Rasa lebih ngam buat cenggini. Lebih feel gitu. Lepas ni nak buat lagi. Kekeke. Gambar masa dah ada orang tak dikongsi sebab gego. Ni semua gambo-gambo sebelum jam 10 pagi.

Jenjalan Cari Makan : Salahuddin Bakery, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Salahuddin Bakery, Johor Bahru. Singgah sebentar kat kedai roti ikonik Johor Bahru ni. Fresh from oven. Masih mengekalkan tradisi pembakaran cara lama. Beli roti bun kaya dan kelapa. Memang best beb!

Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru. Singgah makan lunch kat sini. Boleh tahan lauk dia. Terbaeekkk!!!! Buka siang aje. Tempat dia sangat cozy dan hipster. Yok.

SKMM Johor : Perkongsian Pintar

Imej
SKMM Johor : Perkongsian Pintar. Sedikit perbincangan berkenaan gerak kerja 2019. TQ SKMM atas kesudian bekerjasama. Kita upkan sikit kepada warga pendidikan di peringkat pengurusan pula. Moga ada sinar yang lebih gemilang bermula tahun ni. Banyak juga sebenarnya yang kita masih belum arif di dunia maya ni hasil perbincangan awal ni. Kita nantikan perbincangan seterusnya.

Brother 3-in-one Color Printer DCP-T310 : Welcome back, Brother!

Imej
Brother 3-in-one Color Printer DCP-T310 : Welcome back, Brother! Akhirnya. Setelah hampir 1 tahun lebih pakai canon, kami kembali jadi pengguna Brother. Print, Scan & Copy. Kos rendah dengan cetakan berkualiti Ultra-high 6500 mukasurat bagi sebotol ink hitam atau 5000 mukasurat bagi ink warna.Ada kelebihan zoom copy dan Borderless printing. Harga yang aku dapat adalah RM519 di Cytech Taman U. OK la kan. Harap dia akan bertahan lama macam abang-abangnya dahulu. Terbaeekkk!!!!

Sekolah Tun Fatimah : 20190112 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190112 Lawatan Hujung Minggu. Mulanya nak keluar outing. Sekali. Masa nunggu inaz selesai sekolah darjah khas iqa call pesan barang sahaja. Sibuk dengan minggu orientasi murid Tingkatan 1. Dah nama pun High Comm. Singgah talent jap tapau alat tulis dan KFC tapau makanan yang dipesan. Terus ke STF. Sempat la ngendeng tulisan I💓STF tu. Jumpa iqa kejap aje. Ada program ngan Tingkatan 1 katanya. Sempat borak kejap, bagi barang dan dia gerak semula ke asrama. Bagusla. Dah mula kenal erti tanggungjawab dan kepimpinan. Asalnya dari awal kami suruh dia jadi pengawas. Tapi dia sibuk ngan band masa tu. Interview pertama pengawas dah kena buat pilihan samada nak teruskan interview atau nak gi latihan band. Hehehe. Cerita lama terkenang kembali. Apapun. All the best iqa!