mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Kembara Mahkota Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara Mahkota Johor. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Ogos 2015

Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah

Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah


JOHOR BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 sejauh 858 kilometer berakhir hari ini selepas merentasi 10 daerah di negeri ini sejak Isnin lepas.

Kembara bertemakan 'Muafakat Bangsa Johor' yang menyaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan bas menjelajah seluruh negeri ini, berakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, di sini.

Ketibaan Sultan Ibrahim pada 2.30 petang dengan diiringi Permaisuri Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan para anakanda baginda, disambut meriah oleh masyarakat pelbagai kaum.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan.

Kembara yang memasuki tahun ke-15 dan edisi ke-18 itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor selain mendekatkan hubungan antara kaum di negeri ini.

Rombongan empat hari itu bermula di Laman Diraja Pontian, Isnin lepas sebelum singgah ke daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya dan berakhir di bandar raya ini.

Terdahulu, pada hari terakhir jelajah hari ini, Sultan Ibrahim dan rombongan baginda turut singgah di Felda Semenchu, Kota Tinggi dengan beramah mesra bersama peneroka di tanah rancangan berkenaan, kira-kira sejam.

Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar turut menunjukkan bakat bermain dart, ceper, lastik getah dan membaling tin mengguna tandan sawit di felda tersebut.

Sementara itu, Mohamed Khaled dalam ucapannya pada majlis penutup berkata kembara berkenaan menzahirkan dan mewakili beberapa manifestasi yang unik, bermakna, istimewa dan tersendiri.

"Inilah manifestasi sebuah pemerintahan yang sentiasa mengutamakan segala kepentingan rakyat. Melalui pelbagai aktiviti serta program bersama rakyat, telah menyerlahkan betapa akrabnya tuanku dengan rakyat jelata dan betapa kasihnya rakyat terhadap tuanku," katanya.

Mohamed Khaled berkata kembara terbabit juga membuka ruang untuk semua pihak menambah baik segala perkhidmatan dan amal bakti kepada rakyat seiring dengan dasar pembangunan negeri yang bersifat prorakyat serta inklusif.

Beliau berkata segala kebaikan yang dilakukan Sultan Ibrahim dan kerabat diraja sepanjang kembara itu juga akan menjadi teladan kepada rakyat.

-- BERNAMA

Isnin, 3 Ogos 2015

Best FM kendali lintas langsung Kembara Mahkota Johor 2015

Best FM kendali lintas langsung Kembara Mahkota Johor 2015


Kembara Mahkota Johor 2015 akan berlangsung pada 10 hingga 13 Ogos ini. Radio Best FM sekali lagi akan membawakan liputan terkini menerusi lintas langsung dan kemaskini di laman sosial Twitter, Facebook dan Instagram bestfmmalaysia selain web bestfm.com.my.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 24 Jun 2014

Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 4


Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 4
24 Jun 2013 (Selasa)

0800 pagi :
JETI MINYAK BEKU, BATU PAHAT

  • Majlis Pelepasan


0915 – 1015 pagi :
KAMPUNG NELAYAN, BENUT, PONTIAN

  • Penyampaian bantuan kepada 20 orang penerima


1045 – 1245 tengahari :
STADIUM MINI PONTIAN




  • Pameran.
  • Sesi kaunseling kesihatan dan ceramah ringkas menangani stress 
  • Persembahan wind orchestra muzik.
  • Klinik bolasepak kendalian Pasukan Bola Sepak JDT
  • Sukan X-Tream Wall Climbing dan Flying Fox
  • Pertandingan akhir “Strongest Man” 
  • Perlawanan pertunjukan di antara Team KMJ dan Team Pilihan Kakitangan Pejabat Daerah Pontian
  • “Billboard Saya Benci Merokok”
  • Penyampaian penyerahan bantuan kepada warga miskin dan warga kurang upaya


1325 – 1400 petang :
KAMPUNG ULU PULAI, PONTIAN

  • Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat


1430 – 1530 petang :
DATARAN MAHKOTA, KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA


  • Majlis Penutup Rasmi

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 23 Jun 2014

Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 3


Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 3
23 Jun 2014 (Isnin)

0800 pagi :
PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP MEDOI, SEGAMAT



  • Majlis Pelepasan

0915 - 1015 pagi :
DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT SERAMPANG, FELDA SRI JAYA


  • Kempen Johor Bebas Asap Rokok
  • Pameran kraftangan berbentuk simen fero, ukiran sarung parang, ukiran papan manis dan pameran wau
  • Majlis penyampaian bungkusan dan bantuan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah dan MAIJ

Ahad, 22 Jun 2014

Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 2


Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 2
22 Jun 2014 (Ahad)

0800 – 0915 pagi :
DATARAN PANTAI SRI MERSING (PELEPASAN)

  • Gimik pemeriksaan kesihatan
  • Demonstrasi Menyelamat
  • Saringan Kesihatan Orang Awam
  • Demonstrasi Masakan Makanan Sihat
  • Senam Seni 1 Malaysia/J-Robik
  • Demonstrasi Angkat Berat
  • Majlis penyampaian bantuan :
    • Enjin bot – 9 buah
    • Mesin pengisar – 1 unit
    • Basikal – 30 unit
    • Peralatan perniagaan – 1 unit
    • Mesin rumput – 1 unit
    • Motosikal roda tiga – 1 unit
  • Gimik rondaan bot
  • Pertandingan tarik tali pantai
  • Pertandingan golf pantai
  • Pertunjukan jet ski
  • Pertandingan gubahan kain pasang
  • Demonstari masakan makanan sihat
  • Pertandingan mewarna Taman Laut Sultan Iskandar Mersing
  • Pertandingan mencari harta karun 10000 langkah
  • Pertunjukan perahu layar
  • Pertandingan bola sepak pantai, sukaneka pantai, tarik upih, boling kelapa, lari dalam guni, sepak raga bulatan
  • Pelepasan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan basikal lumba daerah Mersing
  • Pertunjukan modifikasi kenderaan kategori terbuka kereta dan terbuka motosikal standard
  • Pelepasan pertandingan akhir bola jaring pantai
  • Pertunjukkan layang-layang

Sabtu, 21 Jun 2014

Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 1


Kembara Mahkota Johor 2014 - Day 1
21 Jun 2014 (Sabtu)

0800 – 0900 pagi :
DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Rabu, 18 Jun 2014

Kembara Mahkota Johor 2014 - Laluan dan aturcara


Kembara Mahkota Johor 2014 - Laluan dan aturcara. Kembara Mahkota Johor (KMJ) adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda. KMJ kali ini akan berlangsung dari 21 sehingga 24 Jun 2014, dengan jumlah keseluruhan perjalanan Kembara Mahkota Johor 2014 edisi yg ke-17 adalah sejauh 858 kilometer.

Bagi KMJ edisi yg ke-17 ini, Tuanku membuat kelainan dengan menaiki bas untuk menjelajah ke seluruh pelusuk Negeri Johor. Terdapat 11 cenderamata menarik yang akan diberikan sepanjang program KMJ antaranya bendera tangan Johor / bendera card board / paddle sign / button badges / coller pin / wrist band / pong–pong stick / thumbler / air freshner / mafla dan topi. Aturcara menarik sepanjang KMJ kali ini.

  • Sukan-sukan rakyat
  • Terdapat juga klinik bola sepak jdt di Muar dan Batu Pahat pada hari ke-3
  • Klinik bola sepak JDT di Stadium Mini Pontian pada hari ke-4
  • dan berbagai-bagai lagi acara yang telah di aturkan oleh daerah

DYMM Tuanku berkenan bersemayam di dalam bas sepanjang program KMJ. Jangkaan 4 buah bas , 6 caravan beberapa buah kenderaan unit sokongan dan yang istimewa DYMM Tuanku menyediakan sebuah caravan yang dikenali sebagai soft aiskrim yang akan diagihkan kepada orang ramai di tapak- tapak majlis KMJ. Turut disertai oleh unit-unit sokongan terdiri daripada PDRM, bomba, JPJ, PBSM, SAJ, Kementerian Kesihatan.

Pada tahun ini juga KMJ memperkenalkan konsep ”pit stop” yg merupakan kaedah mempromosi KMJ dan memberi peluang kepada rakyat yang berada jauh dari lokasi majlis mendapatkan cenderahati KMJ dengan menghadirkan diri di lokasi-lokasi ”pit stop”. Seramai 26 orang ketua jabatan dari jabatan negeri dan persekutuan akan turut serta dalam rombongan kali ini. Terdapat 10 pit stop yg telah di kenal pasti.

Pit Stop Hari pertama

  • Pit Stop 1 – Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Pit Stop 2 – Gerai makan Pekan Bukit Batu, Kulaijaya
  • Pit Stop 3 – Pintu gerbang steel (depan kedai Seng Heng ) bertentangan Kip Mart Kota Tinggi
  • Pit Stop 4 – Taman Wawasan, Mersing (Pasaraya Tunas Manja)

Pit Stop Hari kedua

  • Pit Stop 5 – Kawasan putu bambu, Pekan Air Hitam, Batu Pahat
  • Pit Stop 6 – Terminal bas & teksi Pekan Chaah, Segamat

Pit Stop Hari ketiga

  • Pit Stop 7 – Tapak Pasar Tani, Serom 3, Muar
  • Pit Stop 8 – Parit Jawa (berhampiran Majlis Perbandaran)

Pit Stop Hari keempat

  • Pit Stop 9 – hadapan KFC, Pekan Rengit, Batu Pahat
  • Pit Stop 10 – replika nenas, Pekan Nenas, Pontian


Lokasi-lokasi yang dilawati Tuanku :

Hari pertama [Sabtu, 21 Jun 2014]
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Maktab Sains Mara Seri Alam, Pasir Gudang
  • Dewan Felda Bukit Permai, Kulaijaya
  • Taman Komuniti Bandar Tenggara
  • Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi
  • Dataran Mersing / Dewan Jubli Intan
  • Istana Sri Mersing (bermalam)
(jumlah = 303 kilometer)

Hari kedua [Ahad, 22 Jun 2014]
  • Dataran Pantai Sri Mersing (pelepasan)
  • Dataran Kahang, Kluang
  • Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang
  • Majlis Daerah Yong Peng, Batu Pahat
  • Taman reakrasi, Bandar Segamat
  • Felda Medoi, Segamat
  • Padang sekolah kebangsaan LKTP Felda Medoi, Segamat (bermalam)
(jumlah = 235 kilometer)

Hari ketiga [Isnin, 23 Jun 2014]
  • Padang LKTP, Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi Segamat
  • Dewan Felda Sri Jaya, Ledang
  • Tapak perhentian bas Bukit Gambir, Ledang
  • Dataran Tanjung Emas, Muar
  • Dewan Semarah, Batu Pahat
  • Stadium Batu Pahat, Jalan Ampuan
  • Jeti Minyak Beku, Batu Pahat
(jumlah = 163 kilometer)

Hari keempat [Selasa, 24 Jun 2014]
  • Jeti Minyak Beku, Batu Pahat
  • Kampung Nelayan, Benut Pontian
  • Stadium Mini, Pontian
  • Kampung Ulu Pulai, Pontian
  • Dataran Mahkota, Kota Iskandar Nusajaya. (penutup)
(jumlah = 157 kilometer)




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 26 Ogos 2013

Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 1


Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 1
24 Ogos 2013 (Sabtu)

8.00 pagi
MAJLIS PERASMIAN DAN PELEPASAN KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013
MENARA AQABAH, MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU

10.00 pagi
KAMPUNG SUNGAI TEMPAYAN PEKAN NENAS, PONTIAN
Persembahan kebudayaan
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Program Raya Sekampung bersama rakyat setempat
Lawatan tapak perkhemahan pelajar sekolah daerah Pontian dengan menyaksikan perbarisan dan hasil kerja peserta perkhemahan


12.00 tengahari
DATARAN DATUK JALOK, BENUT, PONTIAN
Penyerahan bantuan kepada warga miskin dan warga kurang upaya
Pameran dan demonstrasi membuat burasak dan lain-lain makanan tradisional tempatan
Pameran masyarakat tempatan / produk IKS / demo anyaman
Permainan tradisional masyarakat Bugis dan Jawa
Penyampaian bantuan MAIJ dan sumbangan raya kepada penerima bantuan
Majlis santapan
Cabutan bertuah untuk 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

1.15 petang
SENGGARANG, BATU PAHAT
Majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat


2.00 petang
DESA SRI BANANG, MINYAK BEKU, BATU PAHAT
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Majlis Potong Jambul

3.30 petang
SUNGAI SIMPANG KIRI PEKAN PARIT SULONG, BATU PAHAT
Masakan tradisional (masakan Melayu, Cina, India dan Orang Asli)
Tinjauan kawasan sejarah dan replika jambatan Parit Sulong
Acara sukan airPenyampaian bantuan MAIJ kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor


5.00 petang
PANCHOR, MUAR
Gerai Wak Juki (cendol dan sup kambing).
Pertandingan minum cendol oleh 10 orang peserta pilihan
Pertandingan mewarna warga emas pelbagai kaum
Pertandingan menarik bas.
Pertandingan minum air botol “LAMNATE” dengan penyertaan pelbagai kaum
Menandatangani plaque Replika udang galah
Acara menarik bubu, menyaksikan rakit berhias dan melepaskan pertandingan perahu
Pertunjukan keselamatan oleh pihak Bomba dan penyelamat
Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor

6.40 malam
ISTANA TANJUNG MUAR
Bermalam

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 20 Ogos 2013

Edisi merayap sebelum pulang


Edisi merayap sebelum pulang. Petang ni, dah kuar bangunan jabatan baru perasan. Hujan daa... Nampak sangat gap antara dunia luar ngan bilik aku nih. Tapi, petang ni; sebenornyer, kepala aku tak fokus. Banyak perkara perlu disetel dalam masa yang sangat singkat. Tapi alhamdulillah. Selesai semuanya.

Sekali mama call, masa baru ja nak gerak. Bang, beli tomyam; nak wat berbuka. Ehem. OK gak tu kan. So, off me go to gelang patah la... Read on...

Jumaat, 11 Mei 2012

Kembara Mahkota Johor 2012


Picas shared from http://www.mppg.gov.my

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru.



Picas shared from http://www.medkom.my

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu, tarikan terbaru kembara kali ini adalah acara cabutan nombor bertuah untuk dua pemenang di setiap daerah yang berpeluang mendapatkan sebuah motosikal Honda EX5 setiap seorang

Sepanjang program berlangsung, Sultan Johor turut berkenan untuk mengadili pertandingan memasak Bubur Lambuk 1Malaysia di Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi. Baginda juga dijadualkan menyaksikan pertandingan sukan rakyat, pertandingan masakan tradisional, pertandingan boling kelapa serta demonstrasi dan pameran makanan tradisi Jawa dan Bugis. Ekspedisi berkenaan akan singgah di 20 tempat termasuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing; kampung Parit Haji Hassan, Kluang; kedai kopi Nanyang Pekan Yong Peng, Batu Pahat; Taman Awam Tasik Segamat; kampung Teratai, Bukit Serampang, Ledang; Pantai Leka, parit Jawa, Muar; kampung Puteri Menangis, Pontian dan Kompleks Komuniti, Kempas.




Logo 2012 ciptaan Muhamad Gazali A. Rahim


Posted via Blogger PC edisen