Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Khas

Majlis Jasamu Di Kenang Khas En. Halil & En. Azman

Imej
Majlis Jasamu Di Kenang Khas En. Halil & En. Azman. 30 Oktober lepas kami buat majlis khas di Mersing. Sempoi sempoi aje. Khusus untuk meraikan kedua-dua pegawai ICT dan Maklumat Mersing yang akan bersara tahun ni. Masak pun sendiri sendiri aje. Janji kita dapat bersama dengan dua pegawai paling otai dalam group ICT ni. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar malam ni. Dua chef terkenal dengan bakat terpendam berjaya dikenalpasti. Siap pakai topi bruno mars gitu. Fotografer pun kita import khas dari pertubuhan fotografer terkenal dunia. Sakan la si mus dengan adi berposing. Hehehe. Layan. Seronok dengar cerita dari awal pembabitan keduanya. Of coz dari zaman pakai floppy disk 5.25 inch tu. Kekeke. Jutaan terima kasih pada keduanya atas sumbangan dan penglibatan selama ini. Tahniah dan terima kasih. Selamat bersara for both. 

Edisi lama : Perjumpaan Khas Guru Guru SJKC bersama TPM

Imej
Edisi lama : Perjumpaan Khas Guru Guru SJKC bersama TPM. Memang lama dah ni. Lama aku tak masukkan. Masa ni kaki aku sakit semula pasal dok menapak sana sini. Peristiwa ni berlangsung pada 16 April yang lepas. Guru guru dari sjkc seluruh Johor dan sedikit dari KL, Negeri Sembilan dan Melaka turut hadir ke majlis ini.