mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label masalah savvy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masalah savvy. Papar semua catatan

Khamis, 15 Ogos 2013

Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor


Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 23 Julai yang lepas bertempat di SMK Dato Mohd Seth, Batu Pahat. Perbincangan melibatkan semua ketua penggerak daerah dan Majlis Tertinggi Negeri dalam menentukan halatuju GM1M Johor dan perancangan aktiviti berkaitan. Read on...

Sabtu, 25 Mei 2013

Entry lama : Proton Savvy New Ignition Coil


Entry lama : Proton Savvy New Ignition Coil. Ni ler ruper ignition coil savvy yang baru. dia terbahagi pada dua part. Kalau yang lama kedua-dua part disatukan. tu yang bila rosak dedua kena tukar. Harga dia RM350++ untuk setiap part. Jadi for complete set jatuh RM700++ lah. Tapi jangan risau. Biasanya, part yang selalu rosak adalah part yang cam kotak tu jer. Ni pasal aku baru je tukau dari yang model lama ke model baru. So.. Total up for RM718 + upah dan mentol aku yang terbako. Ahahaha. Read on...

Ahad, 5 Mei 2013

Savvy AMT makeover

Hari Jemaat bulan lepas, amik cuti sehari just untuk repair savvy aku. Kes AMT bengong itu hari. Kena tukar accumulator pump dan servis AMT. So, alang-alang amik cuti; satu keter aku belasah. Sebelah paginya habih tayar 2 bijik aku tukau, buat alignment dan balancing. Mau dekat Jemaat jugak siap. Lepas jemaat tunggu pomen untuk servis aku nyer AMT system. Sekali dia ada masalah sikit, malam baru sampai. So, malam pun malam la. Setel semua. Tukau sistem AMT baru. Sesambil borak baru tahu bahawa Savvy dicipta untuk manual sebenornya, tapi dia taruk sistem AMT untuk kemudahan kita. Better pakai manual dari auto. Ala, main tolak tolak jer pun kan. InsyaAllah aku pun dah mula pakai manual sekarang ni. Berapa habis??? Total up to 4k sehari. Pergghhhh!!!!

Jumaat, 18 Mac 2011

Money can be render aaa??

Klik untuk gambar yang lebih besar
Kalau money leh render cenggini mesti best kan
Pagi Khamis semalam, aku ngan misi baru la pulak. Sekali semalam, proton servis call.. Ada bekas leak minyak kat tempat aku parking tadi. Aku kuar dan tengok.. perghhh.. memang betul la. Apasal la pulak. Call balik dan esok aku pergi balik proton. Apa kes la pulak nih.. Sebelum ni mana ada leak pun kan.. Setakat power steering ja.. tu pun takde la sampai bertakung cenggini..

Pagi khamis antor balik. Terus masuk dalam dan buat inspection. Pastu aku terus ke klinik antor ziqri medical checkup.. Ingat keter ja kena checkup.. Pastu aku jalan kaki ke bengkel balik. Tu yang aku jumpa bender alah iklan nih.. Wohooo.. kalau la money leh render.. kaya aku.. Aku la paling suka render render nih.. render model 3d, render movie.. pasni leh render money la pulak.. hahaha.. Ni menunjukkan betapa bingainya penggunaan bahasa melayu di signboard2 di malaysia nih.. tak kira la sign kecik ka besar.. main taruk ja.. lender pun leh jadi render.. ni bukan aku nak tolong iklankan tau.. aku nak share bahawa penggunaan bahasa dia salah.. jangan gatai gi pinjam la pulak.. aku tak terlibat lam unsur unsur pinjam kat sini tau..

Pastu sampai proton, jenuh diaorang dok mintak maaf ngan aku.. Semua pomen dia siap kuar tu.. Amoi semalam pun sama.. siap bagi cawan la pulak. Kisahnya, skru tak cukup tekanan. Kalau korang belajar kh dulu, kat bengkel ada satu spana yang leh kira tekanan tu.. tu la yang tak cukup kuat tu. Dah keluar minyak enjin sesikit.. Walau impak tak banyak tapi nampak la faktor kecuaian kat sini. Dah setel semua kat sini aku gi klinik balik..

Nak tengok gambo efek tak baik tu browse ke bawah untuk 7 picas lagi>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni la minyak yang dah kuar sejak petang semalam

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Aku dok suspek lain ja.. al maklum, aku nyer power steering pun kan bocor gak

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
ni sahih lain nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
kat klinik nampaknya makin bertambah kawasan nih.. ngeri gak tu

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
bersama encik ziqri yang bakal dicocok.. kikiki

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
ni la yang amoi tu kasik tadi..


Enjoice...Sharing is power!!!

Khamis, 17 Mac 2011

Kembali ke bengkel bersama encik Savvy

Klik untuk gambar yang lebih besar
Kali ni kembali ke proton servis leii..
Hari ahad lepas, sempena hari besday ziqri; aku gi jusco bukit indah. And the best part.. kereta savvy yang aku bawak mati enjin, ketika di bawak. Tu yang dah risau abis tu. Kalau jadi kat mama nih.. sian kat dia. So, pening jugak la memikir apa yang nak dibuat.

Last last, aku amik cuti mula hari rabu sampai bukak sekolah. Target utama.. kereta mesti setel maa.. So pepagi rabu tu kami gi dua kereta ke proton servis. Kebetulan kat gelang patah pun dah bukak kan. So.. suruh dia wat minor servis, tukar plug dan kemudian buat overall checking. Kos servis ja 240++. Pastu baru dia wat checkup. Pasal lama aku tak tunggu kat situ. So kitaorang kuar la gi makan dulu, pastu gi zoo, and baru ambik balik.

Dah setel petang tu, kena tukar speed sensor, cost around 80+. Pastu pasal power steering connecter what so ever tu cost dia 850++, ni aku hold dulu pasal aku pun sentiasa topup dari semasa ke semasa.. And then gi test.. And the best part.. petang tu dia call.. cam ada leaking.. esok kena hantar balik nak wat inspection semula.. Hmmm.. anyway.. dia punya layanan memang class.. dan harga aku rasa just nice.. lagi murah dari bengkel lain kat gelang patah..



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kenangan terindah mati enjin bersama barangan makan untuk besday ziqri..


Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 7 November 2010

Savvy : Tukar mentol depan

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 7 November 2010
Masa : 12.15 tengahari
Tempat : Depan rumah
Mood : Tukar jangan tak tukar

Bulan berapa ntah itu hari, 4 ka 5 tu macam la aku dah tukar mentol savvy nih, tapi masa tu pasal tokei kuli dia dah silap cakap aku beli la dua biji mentol, pasal harga yang dia bagi untuk dua biji mentol tu sama dengan harga sebijik. Dia kasi aku RM13 sebijik. Sekali tokei keluar.. Aiyaaa.. Satu RM26 maa.. Pasal aku dah amik dah pun dua bijik tu dia tak cakap banyak. So aku ada sebijik lagi spare. So, tadi ucu tolong tukarkan mentol lama yang dah terbakar nih. Tapi.. takde la pulak filemen yang putus ka, tanda terbakar ka, cuma bila goncang ada bunyi macam kaca la pulak. Memang hancur la kira tu..

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 15 Ogos 2010

Savvy : Back to bengkel

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lepas jer serbis livina, pergi la pulak ke bengkel ssm kat Gelang Patah. Satunya, Savvy mama ni dah sengguk-sengguk balik. Baru tahun lepas tukau coil.. dah kena tukau balik. Tukau sekali dengan plug. Kat situ jer dah berabis dekat RM400.. Coil jer RM260 + plug RM140. Memang la sparepart Savvy ni berantu harga dia. Pastu nengokkan tayar la pulak. Pasal tayar pun aku rasa dah gelong. Bila check 3 dah bengkok, yang sebijik tu memang kena ketuk balik. Isnin ni baru ambik.

Sekali masa nak start, lagi teruk sengguk enjin dia.. Pomen kata ni mesti ekzos sumbat. Aku dah temper la jugak. Aku cakap kalau ekzos sumbat, mesti dari masa datang tadi lagi cenggini. Dah la nunggu pun dah lama kan. Suruh dia tukar coil yang baru. Sekali tukau ok.. Tu la pasal. Orang dah cakap coil, coil la. Dengan coil-coil dia pun bengong. Apa kes.. Pastu mintak dia cuci keter pree.. cuci enjin tak payah la, pasal plug lama boleh berkarat masa bukak tadi.. dan tu la sebabnya aku terpaksa nunggu lama tadi.. kes nak bukak plug yang dah berkarat.. Harap-harap ok la lepas ni. Sian mama yang bawak keter savvy nih..

ps : savvy tak sesuai dibasuh enjinnya.. pengajaran untuk aku lepas nih..

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tukau minyak hitam, coil, plug

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ler bengkelnya

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Rim yang paling cantik, hasil kerja ucu

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tengok jer pun dah nampak bengkok dia

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Mama yang merenung jauh masa hadapan, mengenangkan rim tayar yang tinggal satu jer elok

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Coil yang dah dicabut

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pastu campak letak elok-elok kat atas lantai

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Apa kes la pulak makin tersengguk nih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Huh.. lagi teruk jer coil yang baru pasang nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah setel kasi cuci bersih-bersih haaa.. kasi hilang sekali wa punya malah aaa..

Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 6 Januari 2010

Problem kereta Proton Savvy



Perghhh.. Leh tahan gak problem kereta Proton Savvy ni kan. Tahun ni kira masuk tahun keempat aku pakai keter ni. Setakat yang diketahui dari berborak dengan rakan-rakan yang sesama pakai kereta Savvy, kereta ni ada 3 major problem.

1. Kereta tak boleh / sangat susah nak start
2. Kereta tersengguk-sengguk tahap cipan masa berjalan
3. Tombol Air-cond tak leh pakai

Aku dah berjaya memenuhkan senarai checklist ini dan begitu jugaklah dengan beberapa rakan yang lain. Sesetengah lagi masih berdoa supaya dijauhkan musibah ini. Baca lagi untuk tahu masalah sebenar dan penyelesaiannya.

Masalah 1 : Kereta tak boleh / sangat susah nak start

Kena kat aku : Aku memang tensen giler masa kena ni. Siap ada sekali kat trafic light. Enjin tetiba mati dan takleh nak hidup. Hangin satu badan tu. Bini aku siap perkenal cara baru untuk start keter la, kena pusing dengan slow la, kena pusing dengan lembut la. Ntah apa-apa la.
Penyebab : Speed sensor kotor / loose



Penyelesaian : Bawak gi kedai servis proton edar yang berdekatan. Cakap masalah ko. Jangan bagitau ko tahu bender ni. Dengar dulu dia kata apa. Kalau dia cakap pasal sensor tu kira betul la tu. Speed sensor ni letaknya kat bawah, dedekat gearbox sana tu. So, proses nak ke situ tu memang makan masa sikit. Nak paling susah kalau pakai AMT macam keter aku ni ha. Siap ada satu bender lain lagi atas dia. Maybe untuk automatic tu kot.
Kos : Paling murah member dapat RM30, paling mahal RM300 (ntah apa mak nenek dia ketuk tak tau la). Aku kena RM50.
Masa servis : Lebih kurang 1 - 2 jam.


Masalah 2 : Kereta tersengguk-sengguk tahap cipan masa berjalan

Kena kat aku : Masa aku tengah overtake. Perggghh... Memang berderau darah aku. Ada keter kat depan lak tu. Orang rumah siap terjerit-jerit lagi. Memang giler aaa...
Penyebab : Ignition coil rosak



Penyelesaian : Bawak gi kedai servis proton edar yang berdekatan. Cakap masalah ko. Jangan bagitau ko tahu bender ni. Dengar dulu dia kata apa. Kalau dia cakap pasal coil tu kira betul la tu. Coil ni memang giler sikit. Walau rosak satu cable jer, satu set korang kena tukar. Tahan jer ler
Kos : Paling murah member dapat RM290, paling mahal RM580. Kena pandai carik. Kalau jumpa kat kedai spare-part leh dapat murah. Aku kena dekat-dekat RM300
Masa servis : Lebih kurang 1 - 2 jam.


Masalah 3 : Tombol air-cond rosak

Kena kat aku : Masa pusing-pusing air-cond rasa sama jer dari 0 sampai 2. Sekali boleh cabut la pulak tombol tu.
Penyebab : Pemegang dalam dia dah patah.



Penyelesaian : Suruh jer tukau baru
Kos : Paling murah member dapat RM45, paling mahal RM95. Aku kena RM58.
Masa servis : Terus siap.