mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label mc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mc. Papar semua catatan

Selasa, 14 Oktober 2014

Perintah berkurung 2 hari


Perintah berkurung 2 hari. Ikutkan. Pagi ni lepas hantar kebudaks ke sekolah, aku akan terus drive ke IAB, Genting. Ada bengkel GIS kat sana sampai jemaat. Tu pun kira gamble. Sebab. aku sendiri tak yakin kerana badan aku masih lum dapat rest sepatutnya lagi. Dan. Semalam. Kaki aku dah rasa lain macam. Amik la minyak panas. Kasi taruk sikit. Nak jadi cerita lam jam 2 aku dah terjaga. Habis. Masak. Aku terpaksa menahan sakit yang tak terhingga kat kaki kanan aku. Ubat spare yang aku simpan pun dah habis. Ubat tu memang aku makan nak menahan sakit supaya aku dapat kerja dari hari jemaat lepas sampai ahad. Dah lama pun aku stop sebab aku nak cuba tak bergantung pada ubat. Sekali. Sebab ada program MB. aku terpaksa lawan jugak. Makan balik ubat tu.

Tapi pagi ni. Terus luluh semangat tu. Kaki aku memang dah sakit sangat. Maybe sebab aku sapu minyak panas semalam kot. Cuba drive. Dapat. Tapi slow slow la kan. Sampai klinik. Tak bukak lagi. Tunggu ja kat seat kereta. Nak balik. Satu kerja pulak nak drive ke sini balik. Dapat jumpa doktor. Doktor pun nasihat lah aku. Cam biasa. Tak reti nak rehat ke. Jangan over sangat kerja. Jangan gerak banyak banyak. Dapat MC dua hari. Dia tak bagi ubat sapu dah sebab cerita aku semalam tu. Kes yang sama masa aku kat sabah tahun lepas. Makin aku sapu, gosok, picit kawasan tu. Makin sakit aku kena. Yang pasti, jamin aku boring punya. Tak kemana mana. Terbaring ja. Tidur ja. Lalok ja. Boring tul cenggini. Harap esok dah hilang sakit tu. Seriously wishing for it. Bosan asyik baring ja cenggini. Zabil pun call tadi. Ingatkan aku dah sampai. Rupanya masih baring kat katil.

Rabu, 14 Ogos 2013

Ke klinik jugak akhirnya


Ke klinik jugak akhirnya. Lama aku tahan ni kalau nak ikutkan. Sebelum cuti raya lagi. Rasa sakit sikit, sapu ubat, sakit, sapu. OK. Tapi lepaih kena jem ituhari, yang sampai 14 jam on the road tuh... (sapa soh balik hari Ahad kan... ekekeke), pastu balik sini masih tak dapat rest yang cukup; akhirnya, pagi tadi kaki aku bengkak jugak akhirnya. Uih uih uih. Tapi aku try jugak gi opis hari ni sebab aku rasa lepas aku telan ubat dan sapu krim (yang dah lama dah tu, sakit masa TPM turun Johor itu hari yang sampai aku sibuk tak hengat donia tuuu..). Akhirnya, sebelah petang tadi aku dah tokleh tahan lagi dah. Ayoyoyo... Balik sampai umah, terus ajak orang umah gi klinik. Aku bawak balik tadi pun slow ja pasal dok tahan sakit jah... Read on...

Khamis, 28 Januari 2010

Rutin harian

©2010mknaceunlimitedNampaknya apa yang aku nak try buat tak berjaya jugak aku buat. Ala, yang kengkonon nak hapdet setiap hari tu. Sebab apa yerk. Tak tau la nak cakap camna. Maybe sebab rutin harian yang menyebabkan aku hilang masa macam tu saja. Atau sebab minggu ni aku agak moody sikit. Tu cerita lain la, berkenaan moody aku tu.

So, hari Selasa mecam biasa jugak. Sama macam hari-hari lain. Bukak pusat akses, lepak pusat akses, masuk kelas, bla bla bla. Sama jer cam hari-hari lain. Cuma yang best untuk hari ni adalah, teng-teng-teng.. van nestle datang.. Makan Choco-crunch free la bebudak hari ni. Yang tak best.. Iqa masih MC. Sedih Iqa masa tengok gambo kengkawan dia makan ni. Pastu aku naik ke Pusat Akses dan try buat Roadtax dan insuran pakai MyEG.com.my. Boleh tahan gak bantuan yang dia bagi. Two thumbs up la aku kasi. Cepat tul.

©2010mknaceunlimitedHari Rabu pulak menjelma. Hari ni Iqa dah naik sekolah balik. Demam pun dah kebah dah. Hari ni jugak geng CNN datang ke sekolah. Untuk kemaskan balik Fiber Optik dan memperkemaskan sambungan kat bahagian dalam. Sambil tu dok nengok jugak cikgu-cikgi kelas yang dah mula sibuk memasukkan data SMM. Sian diaorang. Tetambah lak banyak ibu bapa yang tak isi borang dengan lengkap.

Pas aku usha sikit-sikit pasal pemasangan fiber ni, baru aku naik semula ke pusat akses. Ada jugak beberapa cikgu yang sibuk mengisi data kat sini. Lepas tu la aku terus moody; pas dapat satu call jer. Tu crita lain. Lain kali la crita. Padahal sebelum tu aku sibuk dok buat jadual untuk makmal komputer. Sib baik sempat jugak siap untuk makmal tahap dua. Yang tahap satu, terus terbengkalai sampai ke la ni. Tak tau la bila aku leh sambung wat balik. Tunggu mood aku fully recharged balik la kot.

©2010mknaceunlimitedAku balik rumah cam biasa. Langsung tak expect apa-apa. Sekali masa dok depan PC terpandang lak sampul surat beralamat kat aku. Apa pulak yang aku beli online kali ni. Macam tak tau ja.

So, aku bukak dengan penuh tanda tanya. Sekali tengok sampul lain lak dalam dia bercop MyEG. Waaa... Manyak laju maaa.. Semalam aku buat, hari ni dah dapat. Pergghhh.. memang best giler. Sebelum ni aku guna myeg just untuk bayar saman jer. Yang ni aku dengar-dengar jer. Ni yang baru aku test untuk merasakannya sendiri. Memang layakla dapat pengiktirafan. Kerja bagus maaa.. Hujung tahun ni sahih la motor ngan keter aku yang sebijik lagi tu pun aku buat pakai myeg jer kan.. You guys really do your job well.

©2010mknaceunlimitedHari ni lagi macam takde paper. Yang bezanya memula aku nengok pakcik-pakcik pekerja sekolah dengan gigih sekali mengalihkan meja batu tempat biasa aku melepak.

Apasal cik?
Nak alih ke padang. Sini dah tak sesuai. Keter pun dah makin banyak..
Oooo. Nanti saya amik gambo sekali ye cik.
Masuk TV3 tak?
TV3 lum tentu. Tamil Neesan jamin kalau saya hanto ni.
Hahahaha.

Lepas borak-borak lebih kurang gi ambik bebudak muzik. Hari ni nak ajo diaorang main rekorder. Belasah. Sumbang langkah sorang-sorang. Tak pernah main la katakan. Aja baca not. Pergghh. Masih tak biasa. Last-last aku yang label not sesatu. Dah tu baru tiup.

Habis masa hari ni. Sekali ingat pesan Pn. Teng. Bawak la Iqa gi kelas bahasa cina. Iqa tak faham apa yang Pn. Teng cakap lagi. Pn. Teng cakap.. Lai.. lai.. Iqa tengok jer. Ye la kan. Budak lagi. Mana dia didedahkan dengan orang luar bangsa lain sangat. So, tak familiar. Harap-harap dia cepat adsorb apa yang diajar nanti..