Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RIMUP

Malam Apresiasi Seni Perpaduan RIMUP 2009

Imej
Akhirnya.. Mempersembahkan Malam Apresiasi Seni Perpaduan RIMUP 2009. Bertempat di Persada. Memang best la. Aku bawak dua kamera malam tu. D70s ngan 11-16mm, D60 ngan 70-300mm. Mazhab aku memang tele dari dulu. Ultra tu baru nak try berjinak-jinak. Hasilnya.. banyak lagi yang tele dari ultra, walaupun dari awal kononnya nak try ultra jer. Sampai jer bebudak sambutan dah penuh kat pintu. Tengok jap rehearsal akhir sambutan. Pastu gi klik-klik muka. Aku jaga belah kanan pentas, tajul belah kiri pentas. Satu disadvantage sebab asap kuar sebelah aku. Tapi takpe, sebab dewan memang pack habis. Aku taknak la redah vip untuk ke kiri, biar tajul settle je belah tu, aku belah ni jer. Kelakar bila aku tengok belakang aku penuh ngan photog gak. Tapi dah memang style aku, masa kerja buat jer kerja tu. So, nanti ler kalau ada masa aku borak la ngan korang, tapi aku rasa maybe kebarangkalian besar tak kot. Majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Tahniah pada semua warga produksi. Korang memang

Malam Apresiasi Seni - Prologue

Imej
Tarikh : 19 Ogos 2009 Masa : 8.00 malam - 11.30 malam Tempat : Persada Full version - Coming soon

Malam Apresiasi Seni - Rehearsal

Imej
Sepanjang hari bersama dengan warga kerja Aspirasi Seni untuk RIMUP Kebangsaan 2009 di Persada. Banyak juga yang perlu diperbetulkan balik. Ye lah. Latihan tempat lain, suasana lain, pentas pun lain. Koreografer memang penat la hari ni. NAk perbetul here and there. Sebelah petangnya test sekali flow yang telah dtetapkan pada sebelah paginya. Esok, pepagi lagi dah full rehearsal. Pada sebelah petangnya, sesi fotografi peserta diambil untuk dimasukkan ke dalam buku program. Warga produksi Foto Montaj

Seharian dengan kamera

Imej
Boleh tahan gak pagi ni. Macam-macam ada. Memula Kak Yah panggil aku suruh tengokkan alat sukat suhu yang baru dibeli. Godak-godak. OK. Semua dah leh pakai. Pastu bawak semua bebudak masuk lam dewan check sorang-sorang. Kalau ikut manual, kalau demam warna lampu dia jadi merah. Asik-asik hijau, menyampah aku. Ke alat ni yang rosak. Aku tak puas hati. Aku tanya bebudak, sapa demam angkat tangan. Ramainya yang angkat tangan. Aku gi pegang dahi sorang-sorang, demam ke hapa. Sampai sorang budak pompuan ni aku senyum. Ha, jumpa jugak sorang. Aku terus bawak dia potong Q, check. Sah, tukau merah. Jadi alat ni tak rosak la kan. Pastu aku gi check pulak bahan-bahan yang patut diguna untuk hapgred fiber optik kat sekolah aku. OK. Cuma nak tunggu kontraktor jer sampai. Sesambil tu mata meliar dok nengok bebudak yang nak gi RIMUP. Ambik gambo diaorang sekeping dua. Lam kul 10, kontraktor sampai. Aku bawak diaorang usha semua tempat yang akan dihapgred. Tanda mana yang nak dipasang. Settle semua.