mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Bantu Graduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantu Graduan. Papar semua catatan

Isnin, 29 September 2014

K3G Perkenal Sistem Atas Talian Bantu Graduan Cari Pekerjaan

K3G Perkenal Sistem Atas Talian Bantu Graduan Cari Pekerjaan


KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2014 (K3G) yang berakhir hari ini memperkenalkan sistem pangkalan data untuk membantu graduan mencari pekerjaan secara dalam talian.

Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata graduan boleh mengakses laman web rasmi K3G di www.k3g.my bagi memuat naik resume mereka untuk perhatian bakal majikan.

"Walaupun K3G 2014 telah berakhir, laman web rasmi K3G akan terus beroperasi dan boleh diakses oleh pengunjung yang mana agensi dan syarikat yang berminat menawarkan peluang pekerjaan, keusahawaan dan kemahiran boleh mendaftar dan graduan boleh memuat naik resume masing-masing," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi KPM, Datuk Prof Dr Roziah Omar di majlis penutup K3G di Universiti Malaya (UM) di sini Ahad.

Dr Zaini berkata K3G merupakan program tahunan anjuran KPM sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menangani isu kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan.

Ia pertama kali diadakan pada 2009.

K3G 2014 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Sept dengan kerjasama UM menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dan 750 peluang keusahawanan serta 'upskilling' melalui penyertaan lebih 100 syarikat dan agensi.

-- BERNAMA

Sekiranya anda mengalami masalah untuk mendaftar atau mengisi kekosongan kerja (untuk majikan), anda boleh muat turun borang pdf di bawah.    

Langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar di website K3G (pencari kerja) :
https://drive.google.com/file/d/0BxDJW2jpxCG-RVFSSTNJa1I2cXc/edit?usp=sharing

Langkah-langkah bagaimana untuk mendaftar di website K3G (majikan) :
https://drive.google.com/file/d/0BxDJW2jpxCG-cUtURkFVandPZjg/edit?usp=sharing        

Langkah-langkah bagaimana untuk mengisi kekosongan jawatan (majikan) :
https://drive.google.com/file/d/0BxDJW2jpxCG-cllMc1YxWVpMNzQ/edit?usp=sharing

Hubungi En. Fazrul 03-7967 7793 / 016-2432085 sekiranya terdapat sebarang masalah.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free