Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jpn johor

Majlis penyerahan AP JPN Johor

Imej
Majlis penyerahan AP JPN Johor. Terima portfolio baharu. Amanah yang lebih berat. Sempat jumpa rakan-rakan lama di sini. Perkongsian yang amat bermakna dari 3 pegawai kanan JPN Johor. Terima kasih tuan. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. #jomreronda #thecoloursoflife #mknaceunlimited #mknace #IniStyleKita #fyp #jpnjohor --- #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Bengkel & Raptai @ SSTP, JPN Johor

Imej
The Colours of Life - Bengkel & Raptai @ SSTP, JPN Johor. Hari ni full. Packed. Sepagian di SSTP. Bengkel dan raptai untuk Kolokium PSA esok. Kami AJK Montaj. Jalan. OK. Ada sedikit penambahbaikan perlu dibuat. Terus roger team untuk pengemaskinian. Terus ke PPD. Sekali ada pulak hadiah untuk sekolah. Ke JPN untuk serah sijil 1M1S Juri sebelum gerak balik ke sekolah. Sampai. Terus lepak dengan team montaj. Sib baik semua dah diupgrade. Laju ngejas dan render semula. Balik. Terus tido sampai petang. Hahaha. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Simple Project : Kad Ucapan Media Sosial Raya S4PD

Imej
Simple Project : Kad Ucapan Media Sosial Raya S4PD. Simple. Cepat. Pantas. Siapa yang ada, kita snap kat ofis. Siapa takde, send gambo. Maka. Terhasillah simple kad ucapan raya khas untuk semua. Dalam masa sehari terus diselesaikan. Esoknya terus hapdet. Selamat hari raya dari kami warga sektor perancangan dan pengurusan JPN Johor. Layannzzz.

Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) B63 2021 JPN Johor

Imej
Bengkel Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) B63 2021 JPN Johor. Bengkel 3 hari bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan yang aku hanya boleh join sebelah pagi hari pertama sahaja. Setelkan pengiraan asas terutama untuk OS21000 dan OS29000 sebelum bergerak ke Putrajaya. Lama juga tak lepak kat SSTP ni berbengkel kan. As always, port aku harus la yang paling dekat dengan power.

JPN Johor : Perhimpunan Bulanan bilangan 2 tahun 2020

Imej
JPN Johor : Perhimpunan Bulanan bilangan 2 tahun 2020. Perhimpunan bilangan 2 dikelolakan oleh Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD bertempat di Dewan Seminar JPN Johor pada 1 Mac 2020 dengan tema "Minda Sintesis Memacu Kecemerlangan Organisasi". Alhamdulillah. Cabaran baharu kepada kami yang tak ramai ini untuk mengurus majlis ini berjaya dilaksanakan dengan baik. Terima kasih pada semua yang memberikan kerjasama dan bantuan samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Full video @ https://youtu.be/ZAYcSojfy6A

Perhimpunan Bulanan Januari 2020 & Sambutan Maulidur Rasul JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Januari 2020 & Sambutan Maulidur Rasul JPN Johor. Gambar dan video sempena program yang berlangsung pada 23 Januari yang lepas baru nak hapdet. Hehehe. Macam biasa, jadi tukang ngantor barang ke Pusat Koko. Naik kat atas dan tunggu kontinjen sampai. Video perarakan tak jadi sebab lokasi tak berapa sesuai. Selesai Maulid sambung kat Dewan Seminar. Kami dapat saguhati. OK la tu. Tahun depan leh cuba lagi ya.

Bengkel Kerja TOT Hala Tuju Pendidikan Johor

Imej
Bengkel Kerja TOT Hala Tuju Pendidikan Johor. Bengkel Training of Trainers kali ini dilaksanakan 3 sesi, dengan kepelbagaian sasaran melibatkan 3 peringkat; JPN, PPD dan SIP. Aku terlibat dalam bengkel sesi 1 untuk semua pegawai JPN. Memang pengisian terbaeekkk!!!! Video penuh @ https://youtu.be/WU5dyTdf2ak

Seharian berbengkel

Imej
Seharian berbengkel. Seharian berbengkel hari ni. Apa pun kita singgah tapau nasi lemak singgit dulu ya. Sesambil nunggu Firdaus sempat meninjau suasana penambahbaikan yang sedang rancak di sektor. Firdaus sampai. Bincang dulu berkenaan pembangunan pusat data sehenti. Gerak ke Blok B untuk bengkel media sosial. Team baharu selaras dengan perubahan struktur. Selesai media sosial, sambung balik berkenaan dengan pusat data sehenti. Makan tengah hari kat Larkin sebelum sambung lagi sampai selesai. Lepas ni kena beberapa sesi lagi ni sebelum selesai sepenuhnya untuk test run.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.11 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling dengan tema "Individu Sejahtera, Keluarga Bahagia, Organisasi Perkasa". Hari Terbuka Psikologi peringkat negeri Johor turut dilaksanakan sama. Meriah baq ang majlis kali ni. Memasing seronok. Selesai perhimpunan kami sempat melawat booth booth pameran disekalikan dengan meninjau beberapa tempat yang memerlukan pengemaskinian daripada segi informasi terutamanya. Tahniah pada team urusetia.

PPPPD Makeover : The starting point

Imej
PPPPD Makeover : The starting point. Hari ni bermula sesi penambahan dua bilik baharu di sektor kami. Sempat la nengok kejap kerja-kerja pemasangan. Senang tul teknologi cenggini. Tak sampai sehari dua bilik dapat disiapkan. Alhamdulillah. Cuma lepas ni akan menyusul kerja pengemasan pulak. Pintu, Cermin. Plaster. Cat.

With our new boss

Imej
With our new boss. Tahniah dan syabas kepada Tn Hj Shaharuddin bin Saari atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Perjumpaan pertama kami tadi. Seorang lagi untuk melengkapkan kekuatan sektor. Chaiyok!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2019. Perhimpunan kali ini diurusetiakan oleh Sektor Pembangunan Murid dengan tema Bulan Sukan Negara. Selaras dengan tema, pelbagai aktiviti melibatkan kecergasan telah disusun dari awal pagi. Program dimulakan dengan senamrobik di Dewan Jauhar. Semua warga seterusnya naik ke Dewan Seminar dengan menaiki tangga. Boleh tahan la. Sib baik setiap aras ada ditampal bacaan motivasi. Sampai aje di Dewan Seminar sesi cool down pula mengambil tempat sebelum majlis bermula. Memang terbaeekkk!!!! Akhirnya terlerai persoalan siapa Timbalan Pengarah Perancangan yang dilantik dan diserahkan arahan penempatan dalam majlis perhimpunan kali ini. Tahniah Tuan Haji Shaharuddin bin Saari atas pelantikan. Semoga kecemerlangan Johor diteruskan. Tahniah pada urusetia kali ini. Next ... Sektor Pembelajaran.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor bil.9/2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor bil.9/2019. Perhimpunan kali ni diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat. Tahniah. Walau dengan bilangan yang kurang tanpa kami, perhimpunan berlangsung dengan lancar. Siap kami yang dah bertukar ke sektor lain pun dapat penghargaan gitu. Terharu. Terima kasih pada team SPM, tak kira yang lama atau baharu. Anda memang terbaeekkk!!!!

Mesyuarat kali pertama Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Johor

Imej
Mesyuarat kali pertama Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Johor. Alhamdulillah. Semua dah dapat berkumpul bersama dalam satu sektor yang baharu. Memang berat tanggungjawab yang diberikan. Semoga semuanya akan dapat bekerjasama dalam memastikan pelaksanaan kefungsian yang dipertanggungjawabkan berjalan lancar. InsyaAllah.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2019 & Majlis Penyerahan Surat Arahan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Hari ni perhimpunan diurusetiakan oleh SJQ. Last before penstrukturan. Meriah. Tahniah atas penganjuran yang gilang gemilang ini. Selesai perhimpunan, satu majlis taklimat ringkas disampaikan pada semua Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor berkaitan penstrukturan baharu sebelum majlis penyerahan surat arahan penempatan (AP) baharu disampaikan. Alhamdulillah. Selesai segala persoalan selama ini. Seramai 83 orang fasa pertama selesai disampaikan AP. Kami bertiga daripada SPMICT masing-masing mengorak langkah ke lokasi baharu. Aku ke Perancangan, Mustakim ke Menengah dan Adi ke Murid. Minggu depan akan sibuklah kami dengan urusan serah tugas dan mengosongkan ruang kerja. Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan selama ini pada Sektor Pengurusan Maklumat. Semoga terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih juga pada team SPM yang masi

Mesyuarat Sewaan & Bengkel Latihan Penggunaan Online Storage JPN Johor

Imej
Mesyuarat Sewaan & Bengkel Latihan Penggunaan Online Storage JPN Johor. Dua program dilaksanakan berterusan hari ni. Dimulakan dengan mesyuarat sewaan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Alhamdulillah. Dah semakin lancar dan kurang isu berbangkit. Ada sedikit pembentangan daripada daerah berkaitan sistem pengurusan untuk Juruteknik Komputer. Tahniah. Sangat membantu pengurusan bersistematik. Kita kembangluas secara rintis ke dua daerah terlebih dahulu. Selesai mesyuarat disambung dengan bengkel latihan online storage pula.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7/2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.7/2019. Kami bermula dengan penerangan berkaitan Yayasan Raja Zarith Sofiah. Kami diperkenalkan dengan dua program berkaitan sekolah; B40 - Bantuan Pelajar Miskin ZSIEFA dan ZSIEFA addean khusus untuk pembangunan ummah berteraskan al-quran dan sunnah. Menarik. Kalau berminat boleh layari portal rasmi dia di url  http://zarithsofiah.foundation/v1/index.html . Turut disediakan skim potongan gaji bagi yang ingin bersedekah dan menyumbang. Perhimpunan kali diurusetiakan oleh BTPN Johor dengan membawa konsep suasana di sekolah. Memang agak menarik. Dimulakan dengan cikgu praktikal katanya membuka majlis dengan perhimpunan pagi. Semua acara biasa disempurnakan menerusi aktiviti dalam perhimpunan. Kreatif. Selesai semua, baru cikgunya masuk. Ada sesi menerusi Google Classroom. Best kitaorang layan. Satunya. Sebab line cikgu yang handle tu yang slow. Kita dah tinggal dia 3 tiang baru dia nampak apa yang kita tulis. Apapun. Memang menarik. Siap diakhiri deng

Man at work

Imej
Man at work. Hari ni tetiba jadi free jap. Sempat dok main wide guna A50 tu. Aku dan wide memang susah nak control. Layan selalu. Ambil masa yang ada untuk buat semakan kerja-kerja yang tertinggal. Dah kena mula sedia dari awal untuk serah. Kemas sikit-sikit barang. Dah lama kan dok kat sini. Sedar tak sedar punya banyak barang yang tersimpan. Dapat la wak balik satu beg. Letak tepi dan mula semak persediaan untuk mesyuarat besar minggu ni. Mesyuarat last bersama SPMICT. Nyambil nyambil meronda nengok yang lain. Arif di lokasi baharunya. Ceria. En Firdaus ngan pelajar praktikalnya. Sambung balik nyemak dokumen dan pelaporan. Petang. Wak balik a portion barang yang dah selesai disisih.

Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman

Imej
Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman. 4 orang sekali datang lapor diri. Semuanya Sains Komputer dari UITM Segamat. Tahniah dan semoga akan dapat menyesuaikan diri di sini dan dapat menimba sebanyak mana ilmu yang boleh selama tempoh praktikal bersama kami di sini. All the best to all!

Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Program Membudayakan Al Quran JPN Johor : Bacaan Yasin dan Doa Selamat bagi meraikan bakal haji warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis dijalankan di Surau Al Ghazali, JPN Johor bermula jam 7.45 pagi. Bakal Jemaah Haji JPNJ Tahun 2019 terdiri daripada Cikgu Azman bin Adnan, Pengarah Pendidikan Johor; Puan Siti Norulasikin binti Rahmat, Pembantu Tadbir N19 Unit Perkhidmatan B; dan Puan Faridah binti Ahmad, Pembantu Tadbir N22 Sektor Pengurusan Sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya dan memperoleh haji yang mabrur. InsyaAllah.