mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label maintainance. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maintainance. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2015

Abam Lepi masuk spital lagi


Abam Lepi masuk spital lagi. Huhuhuhu. Sadis wooo... Dalam masa tak sampai seminggu abam lepi masuk spital lagi. Kali ni harddisk terus kaput nih. Sedis tu. Baru buat query untuk SPS. Dah cantik dah pun. Pusss... Sib baik ada abam firdaus n abam pizal. Tu pun tak tau la berapa lama kan. So. Kena bergembira jap tanpa mengelek abam lepi ... dalam masa verify lak tu... kena belajar bergumbira tanpanya, kena belajar

Sabtu, 10 Julai 2010

Ada apa dengan Johordt???

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
On the way balik dari Batu Pahat, tetiba dapat satu sms. Kenapa tukar design laman web ppd? Dah, sudah. Terus hati ni tak tenteram. Apa kes lak ni. Sapa yang gatai tangan nak mengubah website sesuka hati ni. Pastu mula dapat call bertanyakan pasal laman web ppd. Sudah.. Last-last baru dapat call johordt. Tengah maintain server. Apa daa.. Sekali esoknya masih sama. Makin banyak la pulak sekolah mula bertanya pasal web rasmi nih.. Dah jadi sesuatu yang rumit pulak, sebabnya; web ppd dah jadi macam sesuatu yang wajib bukak bagi setiap sekolah kat jb sekarang nih. Kalau tak bukak sehari, macam nak demam pun ada. Susah dibuatnya cam nih. Nak nak pulak kalau nak sampaikan berita urgent, matila kalau setiap sekolah nak ditalipon bagitau pasal benda yang sama. Tapi ada khabar angin yang tak best pasal apa yang jadi kat johordt nih.. Hmmmm.. harap-harap minggu depan semua dah ok.. Aminnn...

Enjoice...Sharing is power!!!

Selasa, 4 Ogos 2009

Site Survey pemasangan Fiber Optik SKTTA



Petang ni wakil dari CNN System telah menelefon aku. Boleh terkedu jap masa dia cakap dari CNN. Aku terfikir bila la pulak aku beli barang CNN ni, tapi cam familiar jer bunyinyer ni. Ingat nyer ingat nyer ingat baru tersedar... Oooo orang yang bertanggungjawab menaiktaraf rangkaian sekolah aku.. Boleh boleh boleh. Datang jer. Lagipun aku memang dok kat makmal jer ni.





Sesampai jer diaorang kat pejabat, aku terus tanya nak tengok pelan. Alhamdulillah. Semua yang aku lakarkan ituhari diterima sepenuhnya, dan yang paling best semua point disertakan satu plug elektrik + ada lebih lima lagi. Yahuuu..



Pastu terus aku bawak diaorang lawat tapak. Setiap tempat yang nak dipasang aku bawak. Sekali rupanya nak pasang esok. Alamak. Ni yang susah ni. Pasal tinggal aku sorang jer kat sekolah. Layan punya layan sib baik Kuo Kuang 2 ada lam list. So aku terus suruh diaorang buat Kuo Kuang 2 dulu. Minggu depan baru buat sekolah aku. Takpe la lambat seminggu jer kan. Lagipun aku ada banyak masa sikit nak berfikir.. mana aku nak reshuffle point point UTP lebih yang aku dapat tu. Hehehe

Selasa, 2 Jun 2009

Ngantuk tahap dewa

PhotobucketHari ni memang kena gi sekolah gak. Mana taknya, kunci aku yang pegang. Walaupun ada Dila tapi kunci kat aku. So, pepagi dah kuar ke sekolah. Masalah yang paling besar aku memang tak larat hari ni. Mana taknya, dari hari Rabu sampai ke Ahad; masih tak berehat. Dengan majlis bersaranya, dengan Karnival ICTnya. Pastu siap pergi Jom Heboh lagi lak tu. Memang penat Tuhan ajer yang tahu.

Pagi ni bukan sahaja kontraktor yang datang, GITN pun datang gak untuk update anti virus untuk PC-PC tertentu. Ha.. layan ajer la.. Paling gila aku boleh terlelap dua kali; dalam keadaan duduk lak tu. Aku kuar jap. Bersidai bawah sinaran matahari.

Sementara diaorang dok settle masalah-masalah yang ada tu memacam aku wat untuk memastikan diri aku masih terjaga. Defrag PC la, main game la, surf internet la, layan movie la. Tapi sumer tak jalan.

Lam kul 1, aku memang dah tak tahan lagi. Aku suruh Dila sorang jer la tunggu. Pasal 1 PC degil ni daru pagi tadi memang tak boleh nak install windows. Dari 1 bawa ke 2, dari 2 bawak ke 3 orang. MAsih tak settle. So suruh Dila ajer la nunggu. Aku nak balik tido. Bawak keter memang tak leh nak cakap, laju gila. Sesampai jer rumah memang tak cakap apa. Terus tido cam Pak Belalang kata adik inaz. hehehehe


Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com