Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2017

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017

Imej
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2017 akan diumumkan pada 15 Mac ini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari sama. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mereka mendaftar sebelum ini. Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2017 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 15 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 21 Mac 2018. Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan. Pada tahun lalu, seramai 443,883 calon mendaftar untuk menduduki SPM di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara yang mana 386,331 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; 8,461 adalah calon sekolah di bawah agensi