mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label 000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA. Papar semua catatan

Ahad, 24 Januari 2016

Lebih 5,000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA


Lebih 5,000 peserta sertai Himpunan Bantah TPPA

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 peserta menghadiri Himpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik TPPA yang diadakan di Padang Merbok hari ini.

Perhimpunan aman yang bermula sejak jam 1 petang itu dimulakan dengan perarakan dari beberapa lokasi seperti di Maju Junction, depan pusat beli-belah Sogo, dan Masjid Negara.

Pada awalnya, peserta dijangka berarak ke Dataran Merdeka untuk perhimpunan terbabit, akan tetapi sekatan polis dan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibuat di kedua-dua laluan masuk ke Dataran Merdeka.

Peserta kemudian mengubah haluan untuk berhimpun di Padang Merbok.

Rata-rata peserta yang berpakaian hijau berarak sambil membawa sepanduk masing-masing untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap perjanjian terbabit.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya berkata, beliau curiga apabila Obama datang ke Malaysia baru-baru ini, untuk kali kedua.

"Apabila Najib main golf di Hawaii bersama Obama, saya menaruh kecurigaan.

"Apabila Obama datang ke Malaysia sebanyak dua kali, saya lagi menaruh keraguan.

"Kenapa kita tolak? Pada awalnya Amerika menjemput 60 negara menyertai TPPA. Tapi akhirnya 12 negara sahaja yang tinggal," katanya di Padang Merbok ketika menyertai Bantahan TPPA.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz pula dalam ucapannya memberitahu, mustahil untuk Parlimen menolak TPPA kerana Ahli Parlimen BN adalah majoriti di Dewan Rakyat.

Antara pimpinan pembangkang lain yang hadir ialah timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat Pas, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, YB Nashruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh Nik Aziz, dan ramai lagi.

Turut kelihatan pimpinan dari badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Polis Diraja Malaysia, PDRM dalam satu kenyataan berkata, himpunan bantah TPPA yang diadakan pada Sabtu berjalan dengan baik dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki di Jalan Tun Perak kerana disyaki anggota Kumpulan Anarki yang dipercayai kumpulan yang sering menimbulkan kekacauan pada setiap perhimpunan.

Tangkapan itu dibuat sebagai pencegahan bagi memastikan tidak ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekecohan pada perhimpuan terbabit.

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,