Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kata Palanivel

Orang Ramai Mungkin Dapat Masuk Percuma Lihat Panda Selama Sebulan, Kata Palanivel

Imej
Orang Ramai Mungkin Dapat Masuk Percuma Lihat Panda Selama Sebulan, Kata Palanivel. Macam menarik nih. Harap-harap dapat la sebulan kan. Kalau dapat lebih, laaagiii bagus. Hehehe.. PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama)-- Orang ramai mungkin dibenarkan untuk melihat pasangan panda gergasi secara percuma di Zoo Negara bagi tempoh sebulan, selepas ianya diberi nama baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak zoo sebagai meraikan kehadiran panda jantan Fu Wa dan panda betina Feng Yi di negara ini dari Chengdu, China. "Saya akan bercakap dengan Presiden Zoo Negara (Datuk Seri Zaharin Md Arif) bagi membolehkan kemasukan percuma kepada orang ramai untuk sebulan. Kita tetapkan seramai 1,200 orang untuk melihat panda dalam satu hari iaitu, 200 orang bagi satu lawatan dengan (tempoh) 20 minit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan For