mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label shahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shahir. Papar semua catatan

Isnin, 10 Januari 2011

AJL25 : And the winner goes to...

Klik untuk gambar yang lebih besar
Leh tahan gandingan diaorang bertiga nih
Tak sabar rasanya nunggu AJL malam ni. Aku nak nengok cemana Faizal Tahir nyanyi ini malam. Mama paling tak suka AJL malam ni. Ramai yang tak kenal katanya. Tak kenal pun takpa pasal kita lawan lagu sapa best. Bukan suara sapa best kan. Walau apapun mama sokong Shahir la pasal dia suka lagu tu. Aku cam biasa tak berganjak dari Faizal Tahir. Tapi of course la hanyut, pasal selamat malam cam kelakar la sikit untuk menang besar kan. Tak tau la aku yang cuma juri picisan ja depan tv nih. Nak banding ngan otai otai juri ni kan.

Sementara nak nunggu keputusan tu, siap sambungan nyanyian dari 3 otai lagi; 2 lagu dari kak pah, 2 lagu dari ziana dan 3 lagu dari ct, siap bersilat tuh, meriah satu pentas dan yang penting lagu balqis tu, kikiki. Sib baik balqis berdua dah tido. Perghh.. memang masyuk tu.. mantop.. Kira nak kasik can juri kira markah bebetul kan..

Berikut merupakan pemenang dan hadiah untuk AJL25 :

Juara RM35k : Ana Raffali - Tolong ingatkan aku (huhhh?!?!)
Naib Juara RM15k : Meet Uncle Hussein ft Black - Drama King
Ketiga RM12k : Hafiz - Noktah Cinta
Vokal terbaik RM10k : Hafiz - Noktah Cinta (Huhhh?!?!)
Persembahan terbaik RM10k : Faizal Tahir - Hanyut (dah target dah)

Apa pun keputusan juri adalah yang terbaik pasal diaorang kan lebih terer menilai kan..

Apa pun jom kita review persembahan malam nih>>>>



Dimulakan dengan nyanyian dari bekas bekas juara lagu. Perghhh.. Masyuk tuh.. Dimulakan dengan persembahan Frans, wahhh.. sudah manyak tembam maa.. tapi suara masih maintain. Kelas penyanyi penyanyi lama nih. Bagi aku ni la kualiti pemilihan jaman dedulu. Bukan cam sekarang yang lebih kepada keuntungan semata. Pas frans sambung nash pulak.. Alamek.. apasal dia nyanyi lagu ni la pulak. Kan lagu kesukaan bini dia yang dah meninggal tu. Sayu tuh.. Walau suara dah habis pecah, tapi memang dia nyanyi dengan penuh perasaan dia.

Masuk pulak si sifu M. Nasir. Wau. Memang lain tul AJL kali nih. Syiok tuh.. Lama tul tak dengar sifu nyanyi live. Tapi masa last kenapa miming la pulak. Sekali lagi sifu nyanyi lagu dia ngan jamal la pulak. Wau.. Sora jantan dah mula kuar.. walau dia nyanyi sorang.. mantap.

Dah terberenti untuk iklan la pulak. Lama lak tuh. Nak buat camner kan. Ni la semua penaja yang membolehkan kita nonton live kat tv ni. Nak tak nak layan aje la. Lain la kalau nengok kat bukit jalil sana. Memacam persembahan ada. Rugi jugak kan nengok kat tibi. Yang best nya, boleh nonton sambil baring. Tu ja. Kehebatan AJL ni sebenarnya adalah.. ni la masanya kita nengok penyanyi bertanding live.. bukan semua leh buat tuh..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yuna. Hmmm.. Mama tak suka sangat ngan yuna nih. Aku tak kisah sangat pun. Lagu apa pun aku leh layan. Lagu ni dengar sesekali best jugak kan. Yang tak tahan ada gesekan biola live tuh. Perghhh.. aku suka tul. Yuna nyanyi sambil main piano. Memang leh tahan minah ni. Set memang boleh tahan, lagu pun boleh tahan cuma agak slow sikit la. x faxtor tu kurang sikit bagi aku. Apa pun aku kasi 4 bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tomok. Aku selalu sebut popok. Dah cam kucen aku la pulak. Aku tak berapa suka sangat dengar lagu ni. Tomok pun suka nyanyi menggila masa nyanyi lagu nih. Apasal nengok starting dia macam nengok stail MJ kuar balik. Sahih tiru stail MJ. Rentak, cara persembahan, tarian, penampilan. Kaler ja lain. Tak sesuai la aku rasa stail MJ untuk lagu nih. Tak kena jiwa beb. Yang gitaris tiru stail slash la pulak. Suara just nice ja. Aku kasi 3 setengah bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Gabungan banyak team indie. Aku tak berapa suka sangat. sori naa... diaorang buat cam stail my chemical romance, dan stail muzik dan persembahan pun hampir sama. Nice. No further comments about the song. Rasa cam tak sesuai sangat lagu di direntakkan sebegini. Persembahan dah cam haru biru sikit. Aku bagi 3 setengah bintang jugak.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sora memang best. Jantan. Sempat hilang @ buat kontroversi sebelum ajl nih. Starting macam best tu. Siap ada pentomin. And then a little bit of accapella. baru masuk muzik. ngam. Cuma suara dia cam sengau atau pelat sikit. set nice. But suara cam tak baper bertenaga sangat and termengah sikit dah masa kat tetengah, Dan pompuan tuh.. adakah lebih sebagai pengcover @ perosak. Bagi 3 bintang ja pasal banyak sangat campur tangan pompuan tuh.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
No komen about them. Lagu nih best jugak. starting ngan biola lagi. Kelemahan utama aku tuh. Cam nengok konsert metalica akustik la pulak. Black memang best suara dia. Persembahan sama cam masa MUH tu menang dulu. Mantap, bertenaga. Tapi black cam ada terkucil gak sesekali. Sekali lagi pelik. apasal malam ni banyak sangat tiru stail orang ha.. ni pun sekali lagi cam my chemical romance. Cam serba tak kena la pulak nengokkan si black nyanyi lagu ni malam nih. Apapun aku kasik overall 3 setengah bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pun tak kenal sangat pasal aku tak ikut AF dah sekarang nih. Layan ajer la si hafiz kinting. Memang lagu ni sahih ajai punya. Dah stail nyanyi pun sebijik ajai. Suara just nice. Cuma aku rasa kat certain part suara hafiz tenggelam lam muzik tuh. Siap buat penutup sadis tuh.. apa nih.. kezutan AF?? blank jap.. tak nampak motip dia.. just nak tukar baju ja ka. Overall 3 setengah bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lenggok sora sejibik ABOT. Ingat abot? Susunan muzik memang best. Tapi sayang, suara memang nampak gementar. Pastu suasana tertiba jadi kelam kabut. Sesi tukar tukar baju pun dah start balik. Aku suka pasal dia nyanyi stail abot yang aku suka sangat. Overall 4 bintang maa..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dari nasyid turut berubah cam Yassin. Tapi dari nasyid ke rock tuh. Memang jiwa dia dah cenggitu kan. Walau apa pun suara dia memang mantap. Faizal start ngan miming oleh sorang minah ngandung nur khiriah tak silap aku. Pastu lebih banyak watak bermiming. Leh tahan gak. Cikgu Fatimah ngan anak dia, Pak ajis ngan bini dia pun ada jugak. Nice la. Dan akhirnya baru timbul faizal. Suara tak payah aku nak ulas lagi. Memang mantap. Tapi aku masih tak rasa x faxtor dia lagi. Cam masa dia nyanyi lagu bencita yang lepas. Overall aku kasi 4 bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pun tak kenal sangat, yang aku kenal shahir sorang ja. Cian. Memula dengar ingatkan artis indon. Tapi suara pun best jugak. Persembahan leh tahan. Siap turun dari buai. Dan dia bawak lagu ni ala ala soprano sikit.. Ngam. Atau adakah pasal aku suka ning. Kalau digilap lagi mesti mantap suara minah sorang nih. Overall aku kasi 4 bintang jugak.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
entah la ekk.. aku tak minat kebudak nih. Pembukaan memang nice. Muzik pun ngam. Suara ada sikit lari masa awal. Tengh tengah suara dah mula tenggelam sikit dan nampak banyak sudah lari ke laut. Betullah orang kata, pentas ajl ni bukan memain. Sifu M.Nasir pun pernah lari tempo tau. So, salute la kat sesapa yang leh maintain kan. Apa pun muzik memang best. Siap ada tukar tempo sikit pastu sambung balik. Ngam. I like the fusion. Cuma ni pertandingan lagu beb. Overall kasik 4 bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Black. suara memang masyuk. Nampaknya lagu ni lebih kena dengan black. rentak slow sikit. Baru terserlah suara black yang mantap. Siap tarik pepanjang suara dia tuh. Dah tu, siap ada kabus tuh. Memang gegaya syurga dia bikin pentas tuh. Overall aku kasik 4 bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lagu yang den target menang malam nih. Ni la lagu yang aku tunggu tunggu nih. nice opening. muzik yang ngam. bila dia tarik dengan muzik yang dah mula menyengat tuh.. perghhh.. memang ngam.. cuma.. lagu dia memang agak slow sikit untuk tahun ni. Pastu, siap ada gimik tenggelam lam air dengan iringan piano tu. wow.. Overall aku kasi 4 setengah bintang.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tenaga memang tak hingat punya. Opening pink ngan muzik ala ala clasical india. pakaian cam ninja la plak. adakah aku tersilap? Tapi stacy malam ni control. Maybe nak elak badi pentas ajl agaknya. Suara cam biasa. OK. Cuma sayang tak nampak stacy yang biasa aku lihat. Penari ja yang menari lebih. Pasal dia memang nak maintain bebetul suara dia kan. Last baru dia gasak berdansa balik.. ni baru stacy. Overall aku kasi 4 bintang la.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Leh tahan la grup nih. Lagu lagu leh tahan. Cuma aku tak minat sangat. Layan ja. Starting mantops bab kata ustaz zambri. muzik ganas beb.. caya la. noh banyak pakai not rendah. cam bercakap ja nyanyi. Tapi muzik super duper power. Tak kena la beb. Kasi lepas suara la beb.. abis abis.. Aku kasik 4 bintang overall.

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 9 Januari 2011

Juara Lagu 25

Klik untuk gambar yang lebih besar
Cun gak design diaorang tahun ni
Malam ni pakat berderet la depan tv gamaknya. Nak tengok juara lagu 25. Aku dari dulu suka nengokkan design dia. Yang tahun ni simple but nice. Cun gak. Lagu yang aku sokong? Hanyut dari Faizal Tahir. Hahaha. Dari dulu aku suka dia nih. Antara lagu yang dipertandingkan tahun ni macam list kat bawah nih.


  1. Yuna - Cinta Sempurna
  2. Tomok - Berlari
  3. A.P.I - Pelita
  4. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan
  5. Meet Uncle Hussain ft Black - Drama King
  6. Hafiz - Nokhtah Cinta
  7. Ana Raffali - Tolog Ingatkan Daku
  8. Faizal Tahir - Selamat Malam
  9. Adira - Ku Ada Kamu
  10. Bunkface - Exravaganza
  11. Black - Sofea Jane
  12. Faizal Tahir - Hanyut
  13. Stacy - Jahat
  14. Hujan - Mencari Konklusi


Mama for sure go for shahir kan.. and baru aku notis, ana raffali cam abot la pulak kan; i mean suara dia la

Enjoice...Sharing is power!!!