mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Berdagang dalam atau Berdagang luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berdagang dalam atau Berdagang luar. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mei 2012

Berdagang dalam atau Berdagang luar?

Menarik jugak persoalan ni. Berdagang dalam atau berdagang luar? Aku pun baru dengo jer. Tu pun pasal dapat jemputan ke Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Majlis Jamuan Sempena menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Jumaat ni di Masjid Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru. Yang bestnya attire pakaian yang tertera adalah Baju Melayu Teluk Belanga Berdagang Luar.

Hmmm.. Tu la first time dengor nih. Kekeke.. Sib baik pakcik google ada. So jumpa la article ni kat portal rasmi Pejabat Menteri Besar Johor gitu..

Baju Melayu bukanlah fasyen terbaru dan umum menerima bahawa untuk lelaki, fasyennya ialah “Cekak Musang”. Fasyen ini juga diterima-pakai sebagai pakaian rasmi untuk majlis yang membabitkan istana dan kerajaan.

Johor, bagaimanapun mempunyai kelebihan dengan fasyen baju Melayu Teluk Belanga. Dan menambah seri kepada kelebihan ini ialah cara pemakaian sampingnya sama ada dagang luar atau dagang dalam.

Menurut Dato’ Ayub Mion, Penasihat Pembangunan Negeri Johor, cara pemakaian samping sedemikian dipercayai dipelopori pada zamam pemerintahan Sultan Abu Bakar.

“Sejak itu sehinggalah ke era pemerintahan Almarhum Sultan Ismail, pemakaian samping dagang luar dikhususkan pada kerabat raja dan golongan bangsawan.

“Bagi orang kebanyakan pula, jika mereka ingin memakai samping, ianya mestilah dagang dalam,” jelasnya.

Ayub yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri kerap dirujuk.

Beliau berkata pada 1981, Sultan Iskandar menitahkan bahawa tidak harus ada perbezaan mengenai cara pemakaian samping untuk dipadankan dengan baju Melayu Teluk Belanga dengan samping dagang luar boleh dipakai oleh sesiapa sahaja.

Jadi, apa itu dagang luar dagang dalam?


Perbezaan antara bersamping dagang dalam atau dagang luar adalah daripada segi letak kain sampingnya sahaja.

Ayub menjelaskan, apabila seseorang itu memakai samping dagang dalam, kain sampingnya akan dipakai di bawah baju.

 “Apabila kita menyebut samping dagang luar pula, ia bermaksud kain samping berada  di atas baju yang dipakai,” katanya.

Mengenai cara mengikat kain samping, Ayub berkata ianya sama untuk kedua-duanya iaitu dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-tengah di hadapan badan (box-pleat).

“Bahagian kanan samping berada di atas. Bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataun bengkong.

 “Kepala kain pula diletakkan di sebelah belakang,” jelasnya.

Dato’ Ayub juga berkata pemakaian samping dagang dalam yang dipadankan dengan jaket ala-Nehru amat popular di negeri ini.

“Fasyen ini dikenali sebagai baju kehormat yang kerap dipakai oleh Menteri Besar dan  Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Bagi yang kerap berada di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan pada hari Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri bermesyuarat, pasti pernah melihat mereka memakai pakaian begini,” katanya.

Fesyen ini, kata Ayub dengan penuh bangga sambil menggayakan baju kehormat itu, hanya dapat dilihat di Johor sahaja.

Menurutnya songkok tinggi empat inci pula kerap dipakai untuk melengkapkan  penampilan sang jejaka sama ada berbaju Melayu Teluk Belanga atau baju kehormat dengan samping dagang dalam atau dagang luar.

Tu cerita dia rupanya. Selama ni main taram jer. Asal boleh ja.. Patut la ada orang cakap ngan aku itu hari. Kekadang generasi muda ni dia main ikut ja tanpa tau apa sebab dia kena buat benda tu. Kekeke.. Pasni banyak kena belajar lagi nih.. Kui kui kui

Ni baju melayu samping berdagang luar

Picas shared dari http://kerepek-net.blogspot.com


Ni baju melayu samping berdagang dalam

Picas shared dari http://impak.uitm.edu.my



Via Blogger PC Edisen