Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel karaoke

Yok ke Muor

Imej
Yok ke Muor. Esok ada mesyuarat kat Sekolah Tinggi Muar. Lusa, mula aku cuti seminggu. So, alang-alang, bawak semua sekali ke muo. Habis meeting, leh terus gerak ke kedah. Ok ler tu. So, lam kul 11 pagi dah mula gerak ke hotel pelangi muo. Read on...

Lagu yang nak nyanyi?? Kat Kedah?!?

Imej
Tarikh : 4 Disember 2010 Masa : 2.00 petang Tempat : Lam rumah Mood : Pergghhh.. siap ada list tu Tadi terperasan satu plastik hitam atas kabinet depan. Apa la pulak letak plastik sepah sana sini nih. Sekali tengok dekat dekat.. ternampak printing senarai lagu.. Banyak tu.. So, si iqa ni dah ready nak nyanyi nanti masa kat kedah nanti nih, sempena kenduri kahwin pakcik dia. Bukak dalam dah tersusun cd cd dari senarai lagu yang dia dah taip dan print tu. Mama dia kata dia dok training setiap hari untuk majlis kat kedah sana nu nanti. Iqa boleh!! Tengok la senarai nih.. banyak tu lagu dia nak bawak nanti tu Tengok cd yang berterabur nih ha.. layannnzzz!!! Enjoice...Sharing is power!!!

Bila Iqa dan Inaz berkaraoke

Ha kau.. ikut stail inaz cakap. Tak ingat dunia tu. Yang paling best, diaorang wat sendiri semua. Habis la amik videocam mama. Pastu pakat rakam sendiri. Tak sempat nak rakam lagi sebab aku dah balik dan menyita videocam tersebut pasal lepas inaz rakam kaka dia nyanyi dah start adegan rebut merebut videocam. Enjoice...Sharing is power!!!

Back to Kluang - Day 1

Imej
  Haiiii… Nak bergerak ke Kluang pun rasa malas tul. Maybe pasal penat balik dari Kedah pun lum hilang lagi kan. Masa mama dok mengemas tu, sempat lagi dok layan pukoi Green Devil lam jin online. Nak lepas pun cam malas jer. Boss level 38(??!!) pun aku tak jumpa lagi pagi ni.. Semua dah ready jer, mari kita bergerak. Cam biasa jer jalan dari gelang patah ke senai, pasal kita ikut second link. Keter aku rasa ada la 2, 3 bijik. Tapi masuk jer highway PLUS kat senai tu mulala rasa sesak. Memang sesak gila. Berenti terus hampir 3 kali. Apa kes ni? Taula semalam kismes. Tapi hari ni hari Sabtu. Esok ada lagi hari Ahad. Pakat nak sesakkan jalan wat per. Aku nyampah tul tahap dewa kalau highway jam ni. Tapi yang best dapat gak ler aku mengimpit Diablo 3 bijik. Pergh.. Diablo tu. Keter kegemaranku. Tapi tak dan nak tengok plat pasal sibuk dok mengimpit. Hahahaha.. Lam sejam setengah sampaila ke tol Air Itam. Jem lagi. Sib baik dia bukak booth tambahan. Kuar jer ke jalan Kluang, jem lagi. Lagi

Karaoke di Sound Studio

Imej
Lepas balik dari ambik gambar petang tadi, sempat lagi gi ke Jusco. Masa balik atuk tanya nak makan ke minum ke kat mana. Nenek terus je nyampuk. Jom pergi karaoke dekat sungai tu. Jom ler. Semalam kitaorang makan besar kat depan sungai tu. Asyik dok dengar orang lain jer melalak. Hari ni nenek nak Iqa lak nyanyi kat situ. Sesampai jer terus Iqa pilih 3 lagu. Tunggu sampai DJ sampai. Terus dia panggil nama Iqa. Iqa terus jer layan nyanyi. Adik dok belakang Iqa. Leh tahan suara Iqa. Ramai yang suka dan puji. Pas Iqa dah settle 3 lagu tu. Terus balik. Salah satu sebab adalah tak tahan dengor suara lepas tu.