Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sambutan Hari Kebangsaan

Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016

Imej
Sehati Sejiwa kekal Tema Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2016. Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini. Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, hari ini. Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu. "Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya. Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai seh