Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel The Pain : Saat tika ianya bermula

The Pain : Saat tika ianya bermula

Imej
The Pain : Saat tika ianya bermula. Baru la dapat aku masa untuk menulis semula. 14 Jun. Saat mula aku merasa kesakitan ini. Sangat berbeza dari yang sebelumnya. Yang lama dah hilang. Kadang kala muncul. Tapi sekadar sengal gitu. Tapi. Sahur pagi tu amat beza. Pelik sekali kesakitan kali ni. Lutut pulak tu. Aku tak boleh luruskan kaki aku dengan sempurna. Tapi aku tolak ke tepi dahulu. Siap macam biasa. Terus pergi kerja. Namun. Dari semasa ke semasa. Kesakitan makin menyengat. Pelik sekali sakitnya ni. Dalam pada masa mesyuarat. Kepala aku dah ke lain. Aku harus selesaikan kerja yang satu ni dengan segera. Dari dalam mesyuarat. Sampai la aku selesai. Terus emel ke pegawai sepatutnya. Alhamdulillah. Balik. Malamnya. Sakit sangat sangat. Minta abah tolong urut. Abah kata macam ada bijik angin dalamnya. Rasa relief sikit lepas kena picit. Sahur 15 Jun. Dah makin teruk. Nak lurus. Makin tak lurus. Nak bengkok. Tak boleh habis. Sudah! Kaki kanan aku dah totally out untuk bergerak be