mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label wet world. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wet world. Papar semua catatan

Sabtu, 17 September 2016

Return to Wet World Batu Pahat


Return to Wet World Batu Pahat. Lama tul tak ke sini. 6 tahun. Seusia dengan Ziqri. Last pergi masa dia masih baby. Pastu tak pernah gi lagi dah. Gi water theme park lain la kan. So. Bila masuk sini semula nak tengok jugak apa yang berubah. Yang aku kesan. Semua sama ja. Yang hilang cuma gelongsor kat depan dah ganti falling water. Tu pun kecil-kecilan je.

Bayaran parking masih sama. RM2 sekali masuk untuk kereta. RM1 untuk motor. Tiket masuk dia RM18 untuk dewasa atau melebihi 135cm. RM15 untuk kebudak di atas 85cm. So. Total up campur GST RM135 untuk 5 dewasa dan 3 kanak-kanak. Next. Boya. Kadar sewa dia adalah RM15 untuk satu boya berkembar tu. Deposit pun RM15 untuk satu. Cuma dapat 1 boya berkembar dan 2 boya single. Yang single ni tetap kena amik dua sebab dia dah kira RM15 tu untuk dua orang. Layankan ajer le.

Setel semua kat situ kita ke loker pulops. Dia caj satu loker RM4.50. Sekali guna je token tu. Dah tutup, buka semula kira abis. So. Beringat la. Aku amik sekali gambo leker tu sebab kat kunci takde tulis nombor loker. Pastu. Sebagai langkah keselamatan, mana la tau bateri cam abis, aku soh acik kaunter tuliskan guna sharpie kat kunci aku. Kekeke.

Pastu... layan sendiri la gambo kami kat situ ye. Fiqri ngendeng je ngan mama tak nak lepas. Ish ish ish. Dah aku amik wak lari jauh baru dia nak main air. Tu pun amik masa la jugak.

Ahad, 13 Jun 2010

Edisi Mari Jalan-Jalan : Wet World Batu Pahat

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarKalau tak jalan hari ni, maknanya sepanjang cuti sekolah ni, bebudak ni langsung tak gi memana. Kebetulan hari jemaat lepas banyak pulak hidayah yang tuhan turunkan untuk aku, jadi clear sikit kepala aku dan bolehla jengjalan hari sabtu tu. Alhamdulillah..

Target aku hari ni nak gi wet world. Sehari jer boleh enjoy ngan bebudak nih. Pepagi lagi dah kuar. Lebih kurang 10.40 kami sampai. Kira ngam la. Dia bukak jam 10. Orang pun tak ramai lagi. Sekali tiket dah naik daa.. Dari RM10 untuk dewasa dia naikkan jadi RM13, yang bebudak yang giler sikit.. Dari RM5 jadi RM11!!! Pergghhh... Tapi dia kasi air tin sorang satu.. Alah dah masuk harga tiket tuh.. Campur tolak ngan 2 pelampung besor yang setiap satunya RM14 dah lebih RM100.. Takper.. suka punya pasal, masuk ajer lah..



::Klik untuk cerita penuh::



Kat dalam memula kena carik port dulu. Banyak meja ngan kerusi kat tempat ombak dah hilang. Maybe dah rosak, so dia dah buang. Alamek.. Susah ler cenggini. Kasi iqa ngan inaz mandi dulu. Aku gi cari meja yang kosong. Lama gak melilau. Dapat sebijik yang bebetul mengadap water sliding tu. Kira halal jer la.

Masalah kedua, makanan la pulak. Dia buat ngam-ngam jer ker.. Aku beli nasi beriani, nugget dan hot dog.. semua dah last kopek. ABC dah habis kata dia. Baru jam 12 dah habis ker.. Rupernya makanan kat dalam ni semua satu tokei.. yang kantin beso kat belakang tu dia punya command center. Tak cukup walkie talkie jer. Tapi wat kerja dengan sangat bersopan santun. Aku tunggu dia goreng nugget dekat 10 minit.

OK.. dah setel kes bawak bebudak jengjalan.. Pukul berapa kami keluar.. Jam 5.. Kira sendiri berapa lama iqa berkubang kat dalam tu.. Masuk jer keter, terus tido. Penat la tu. Pas ni sambung balik sesi perah otak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Jaga-jaga dik.. ada buaya jantan nak mengganas..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ziqri kalau jengjalan memang dia tak banyak kerenah.. senang hati.. tidor berdengkur lagi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah boleh balik dah.. Jom bergambar dulu..

Enjoice...Sharing is power!!!