Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dua Lagi Guru Ditahan Di Bedong

Kebocoran UPSR 2014 : Updated 18 September - Dua Lagi Guru Ditahan Di Bedong, Kedah

Imej
Kebocoran UPSR 2014 : Updated 18 September - Dua Lagi Guru Ditahan Di Bedong, Kedah Terkini setakat 18 September. 2 lagi ditahan - 2 guru lelaki dari Bedong. KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Polis menahan dua guru lelaki petang Khamis berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 14 orang setakat ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah pada 5 petang tadi bagi membantu siasatan. "Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu. Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurut