mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label najib razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label najib razak. Papar semua catatan

Khamis, 23 Julai 2015

Selamat Hari Lahir Ke-62 Buat PM

Selamat Hari Lahir Ke-62 Buat PM


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilahirkan pada 23 Julai 1953, hari ini menyambut hari kelahiran ke-62 tahun. Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 9 Oktober 2014

Jom ikuti pembentangan bajet 2015 10102014


Pembentangan #Bajet2015 akan berlangsung esok. Ikuti siaran langsung pembentangan #Bajet2015 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak pada 10 Oktober 2014 bermula jam 4.00 petang di saluran-saluran berikut :


dan semua saluran TV dan radio utama

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 4 Oktober 2014

Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia

Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd

1. Alhamdulillah, segala pujian dan penuh kesyukuran hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, jua buat sekalian keluarga serta sahabat baginda.

2. Bertepatan dengan nama Aidil Adha itu, perayaan agung ini diikoni oleh dua ibadah besar iaitu ibadah haji dan ibadah sembelihan korban. Intisari kedua-dua ibadah ini ialah sifat dan semangat pengorbanan demi mencari redha Allah dan meninggikan syiar serta syariat agama Allah. Pengorbanan ini, melangkaui dimensi material dan jasadi, malahan ia merangkumi sama aspek jiwa-rohani kita sebagai hamba.

3. Demikianlah kita mengiktibari semangat pengorbanan silam, untuk kita garap dalam perjuangan kita memakmurkan negara yang tercinta ini dengan berteraskan keadilan dan keharmonian. Tiga rencah utama wasatiyyah iaitu keadilan, seimbang dan cemerlang tetap kekal menjadi nilai dalam membangunkan negara Malaysia ini. Kita akan terus beriltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 nanti.

4. Sebagaimana yang saya ikrarkan di dalam debat umum pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-69 di New York baru-baru ini, Malaysia akan terus berpegang erat dengan pendekatan kesederhanaan sebagaimana yang digariskan oleh agama Islam. Kita bertekad untuk meneruskan agenda transformasi negara, yang mana ini tentunya memerlukan komitmen dan kesediaan untuk melakukan pengorbanan yang tinggi daripada kita semua.

5. Dalam masa yang sama, kita sedia untuk berkorban masa dan jiwa bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran yang kita kecapi akan terus dipertahankan. Perlembagaan negara serta kedaulatan raja-raja akan kekal menjadi jatidiri bangsa Malaysia. Pengkhianatan mahupun pencerobohan daripada sesiapapun ke atas kedaulatan ini akan kita tentang dengan tegas dan tuntas.

6. Pada kesempatan ini, saya dan keluarga mendoakan, buat mereka yang berada di Tanah Suci, selamat mengerjakan ibadah haji dan semoga mendapat Haji Akbar yang mabrur. Manakala kepada yang berada di tanah air, marilah kita hiasi hari raya ini dengan takbir dan tahmid, sama-sama melaksanakan solat Aidil Adha serta melakukan ibadah korban. Semoga sembelihan korban kita ini benar-benar diterima oleh Allah SWT serta meneguhkan lagi takwa kita.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Isnin, 22 September 2014

#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!

#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!


Kempen #Bajet2015 yang berlangsung dari 11 hingga 25 Ogos telah menarik ribuan penyertaan di laman khas 1Malaysia.com.my. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyumbang idea- idea dan cadangan samada di laman khas #Bajet2015 atau melalui media sosial.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menerima rumusan laporan cadangan #Bajet2015 dan beliau turut teruja dengan kualiti dan kepelbagaian idea yang disumbangkan. Kesemuanya telah disimpulkan dan sekarang dalam proses penilaian sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Kini, tinggal kurang daripada sebulan sahaja sebelum pembentangan #Bajet2015 di Parlimen dan sekali lagi Kerajaan ingin memastikan agar suara dan pendapat rakyat dapat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan #Bajet2015.

Selain itu, anda turut boleh mengundi 5 kategori cadangan #Bajet2015 yang anda paling setujui. Ini dapat membantu kita memantau dan memahami dari segi keutamaan antara cadangan-cadangan dan isu Isu yang diutarakan dalam kempen #Bajet2015. Sila kunjungi www.najibrazak.com/bajet2015/poll untuk berbuat demikian.

Akhirnya, jangan lupa untuk menonton pembentangan penuh #Bajet2015 secara "LIVE" atau "Langsung" melalui laman NajibRazak.com pada 10 Oktober di Parlimen Kelak. Anda juga boleh melayari laman NajibRazak.com untuk perkembangan lanjut tentang #Bajet2015.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free