Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bil.2 Tahun 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3. Last day di Putrajaya. Singgah sarap di Kafe @ E2 lagi. Lebih ramai member pagi ni. Alhamdulillah. Terus gerak ke Bilik Mesyuarat selepas tu. Hari ni disambung dengan isu berbangkit sebelum penerangan dan perbincangan lanjut berkenaan Inisiatif PPPM - Repositori Data. Yang pastinya pengurusan data kenalah diurus mengikut SOP yang telah ditetapkan. Juga dibincangkan berkenaan dengan Data Perbandaran Baharu - Kajian 2017 bagi Dasar Perbandaran Negara Kedua. Nampaknya status bandar luar bandar akan ada perubahan lagi ni. Apa pun, tunggu surat punca kuasa untuk status baharu. Seterusnya perbincangan lanjut berkenaan Semak Ralat dan Isu Data Pendidikan. Yang penting. Kita kena bersedia bagi memastikan data kita sentiasa berintegriti bagi memastikan keputusan dan intervensi yang dibuat adalah lebih tepat dan berkesan. Data Kita, Wajah Kita, Maruah Kita!

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2. Pepagi kami sarap kat Kafe di E2. Boleh tahan jugak harga dia. Esok nak cari port lain pulak la. Terus ke Bilik Mesyuarat Kemuning di E8. Selepas pengesahan minit, perbincangan difokuskan pada perkara berbangkit. Selepas tu pembentangan Post Mortem Konvensyen Pengurusan Maklumat yang lepas di PJ. Masuk pulak modul baharu berkaitan data untuk STEM. Nampak lebih sistematik. Sebelum rehat sekali lagi dibincangkan berkaitan ralat pengisian data utiliti yang masih belum selesai. Banyak nak kena tengok balik ni. Selepas makan tengah hari ada sedikit taklimat dari Dr. Yunus dan pegawai dari BPSM berkaitan pengurusan data dalam cadangan penstrukturan baharu. 5 lebih jugak baru kami selesai agenda hari kedua ni. Boleh tahan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya. Hari ni memang nak tak nak terpaksa aku minta izin dari urusetia untuk sampai lewat. Dari Johor jam 1.30 petang jugak. Singgah jap di Pagoh untuk makan tengah hari. Tu pun dah jam 3.30 petang. Lapo. Dari pagi tak makan. Kaki? Kalau ikut hati macam tak larat nak teruskan. Masuk je Negeri Sembilan hujan selebat alam. Perghhh. Larong je. Sampai Nilai baru on Map. Eh. Dia soh masuk jalan lain ni. Biasanya sampai Kajang baru aku on. Belasah. Memang jalan hutan mana ntah dia bawak. Sampai ke simpang lama Dengkil baru aku perasan jalan mana dia ikut ni. Memang tembus terus ke jalan sebelah Everly. Terbaeekkk!!!! ahh. Tu pun. Dah dekat jam 6 jugak aku sampai. Check in. Baru on laptop, dapat mesej dari Perak. Yok makan. Aku pilih Alamanda aje memandangkan aku rasa nak tekan pedal lagi cam ngilu ngilu gitu. Hehehe. Nyempat lagi meronda Mr. DIY macam kat Johor takde je. K. Rehat