Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel seminar

Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor 2019

Imej
Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor 2019. Pagi ni aku terlibat dengan seminar ni di Pusat Islam Iskandar. Awal lagi dah sampai. Park sebelah masjid sebab nak meronda snap picas sikit cam biasa. Sampai ke Pusat Islam. Daftar dan terus bergerak ke khemah untuk sarapan pagi. Paling tak suka kat sini adalah sebab line aku memang takde. Melilau cari coverage. Pagi ni ada 3 kertas kerja dibentangkan. Banyak juga yang diperolehi berkenaan bagaimana proses fatwa dikeluarkan dan diwartakan. Pagi ni juga kami dikongsikan dengan fatwa baharu berkenaan Hizbut Tahrir yang telah diwartakan bercanggah pada 10 Oktober yang lalu. Majlis perasmian disempurnakan dan disekalikan dengan pelancaran buku himpunan fatwa jilid 4 kalau tak silap. Memang terbaeekkk!!!! perkongsian ilmu yang diterima hari ni.

Seminar SPM 2019 Teknik Menjawab Matematik

Imej
Seminar SPM 2019 Teknik Menjawab Matematik. Seminar anjuran UEM Sunrise dengan kerjasama Berita Harian dijalankan di SMK Gelang Patah. Mama terlibat pada sesi sebelah petang. All the best to all!

Seminar Pemuafakatan PIBG & Anugerah PIBKS Negeri Johor 2019

Imej
Seminar Pemuafakatan PIBG & Anugerah PIBKS Negeri Johor 2019. Pagi ni kami berada di sini; semua Ketua Sektor, PPD, Pengetua dan Guru Besar untuk satu majlis khas bersama YB Menteri Pendidikan. Tahniah diucapkan pada semua penerima anugerah. Memang jelas kelihatan permuafakatan yang terjalin antara komuniti dan pihak sekolah. Pengisian diteruskan dengan 3 slot tambahan daripada cikgu Azman Adnan, Pengarah Pendidikan Negeri Johor; cikgu Ab Rahim, dari KPM dan cikgu Zais dari YPJ. Memang terbaeekkk!!!!

Hari bersama kenalan

Imej
Hari bersama kenalan. Sana sini bertemu ramai kenalan. Tu lah yang berlaku minggu lepas. Enjoice.

Keeping Your Personal Data Secure Online by Eizam Salleh

Imej
Keeping Your Personal Data Secure Online by Eizam Salleh. Hari ni dapat kesempatan ke Kompleks Bandar Pasir Gudang. Ada program Eksplorasi ICT anjuran ICT Johor. Dapat pulak masuk seminar ni. Good job for the speaker. Eizam Salleh . Banyak bahan jugak yang diperolehi hari ni dalam penjagaan data peribadi di talian. N. Of coz you all know me as ... over exposed guy...

Seminar Sains UPSR Iqa

Imej
Seminar Sains UPSR Iqa. Pagi ni awal kuar rumah. 6.45 pagi dah terpacak kat depan sekolah. Nak naik bas ke seminar sains upsr yang dibuat kat UTM. Sekali bas la pulak yang lambat yang amat. Sedih tul nunggu sama. Around 5 dah amik semula kat tempat yang sama.

Seminar QE/5S Parlimen Ledang 2014

Imej
Seminar QE/5S Parlimen Ledang 2014. Foto foto sekitar seminar yang lepas di Dewan Jubli Intan, Tangkak. Banyak ilmu dan perkongsian diperolehi. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk jadi seperti mereka ini. Tahniah!

SEMINAR KEBANGSAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2014

Imej
SEMINAR KEBANGSAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2014 Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, Sektor Pengajian Tinggi, KPM dengan kerjasama Open University Malaysia (OUM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pada 1 dan 2 Disember 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Objektif utama Seminar PSH ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pentadbir, tenaga pengajar dan orang awam mengenai peluang dan ruang yang disediakan oleh Kerajaan tanpa mengira usia dan latar belakang. Selain itu, seminar ini juga akan memberi tumpuan kepada isu-isu dan cabaran membudayakan PSH di peringkat nasional. Maklumat lanjut boleh dilayari di  http://nslll2014.oum.edu.my/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

GM1M Johor - pre seminar meeting

Imej
GM1M Johor - pre seminar meeting. Kul 3 tadi sempat buat meeting. Pegawai meja, ketua gm dan aku. Pasal pembahagian tugas dan lain lain sebelum gerak ke putrajaya minggu depan. Setel semua. Kami kena part dokumentasi, rakaman dan multimedia.