Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SULTAN JOHOR PUAS HATI DENGAN TRAK MACK

SULTAN JOHOR PUAS HATI DENGAN TRAK MACK

Imej
SULTAN JOHOR PUAS HATI DENGAN TRAK MACK JOHOR BAHRU: “Macam bawa (memandu) kereta. Cuma ia besar sahaja,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika ditanya perasaan baginda memandu trak Mack di bandar raya ini. Sultan Ibrahim yang julung kali menggunakan trak berkenaan selepas tiba di Johor beberapa hari lalu, memandu kenderaan itu dari Istana Pasir Pelangi ke sebuah restoran di Danga Bay untuk makan tengah hari. “Saya memang berpuas hati memandu (trak) di sini kerana ini saya yang reka semua reka bentuknya. “Trak ini akan bersama saya pada Kembara Mahkota Johor akan datang bersama dengan Kelab Trak Johor sekali dan ia sudah dirancang,” titah baginda. Baginda turut bertitah akan meletakkan trak itu di bawah Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene malam ini bagi rakyat Johor melihat dengan lebih dekat, selain berpeluang bergambar dengan kenderaan itu. “Malam ini, saya akan letakkan (trak) di bawah mahkota (Gerbang Mahkota) untuk rakyat lihat dan boleh bergambar,” tit