Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ahmad Bashah Janji Teruskan Projek Pembangunan Dirancang Mukhriz

Ahmad Bashah Janji Teruskan Projek Pembangunan Dirancang Mukhriz

Imej
Ahmad Bashah Janji Teruskan Projek Pembangunan Dirancang Mukhriz. ALOR SETAR, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berjanji akan meneruskan projek-projek pembangunan yang telah dan sedang dirancang Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum ini, selagi mana ia memberi kebaikan kepada rakyat. Beliau berkata tiada sebab untuk projek-projek pembangunan yang bermanfaat disekat memandangkan ia adalah untuk kepentingan negeri dan rakyat Kedah sendiri. "Daripada mana kepimpinan sekali pun kita ambil, selagi perancangan pembangunan tersebut baik, kita akan teruskan. Kadang-kadang kepimpinan bukan daripada Barisan Nasional (BN) pun kita teruskan, inikan pula (perancangan) Datuk Seri Mukhriz yang merupakan ADUN BN," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Istana Anak Bukit Khamis. Sebelum itu, Ahmad B