Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3


Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3. Aku dah boleh rasa dapat survive dah hidup ngan tangan berbalut ni. Tak macam semalam. Ngilu sana sini. Sahur tetap tangan kiri. Masih ada rasa kat tangan kanan. Mandi. Tukar baju tetiba rasa gatal yang amat kat paha dan betis. Naik merah jadinya.

Lepak jap. Nurse datang suntik antibiotik. Sejuk weh menerobos tangan kanan tu. Lepak. Boring. Blank jap. Layan tv. Tido. Camtu la hidup aku kat sini. Hahaha. Sesekali nurse datang. Check temperature ngan darah.

Tetiba hingar jap. Ada sambutan hari bapa daa... dapat la hadiah dari pihak hospital. Hehehe. Tq tq. Tak lama pastu mama pulak datang. Siap buat sandiwara pulak ngan kak long. Sian makcik warni depan aku. Usaha dia bangun nak sabarkan. Dia ingatkan aku berbini dua. Hebat tul sandiwara mama ngan kak long ni.

Balik je mama, dah kena suntik lagi. Huhuhu. Sejuk jap. Macam biasa. Nurse tanya sakit ke. Tak. Sejuk je. Sejuk takpe. Takut kalau sakit je.

Malamnya berbuka soto. Aku yang minta makanan berkuah. Susah aku nak makan nasi sebelah tangan ni macam semalamnya. Malam ni lagi teruk aku nyer insomnia. Layan muvi ajer ler. Kebetulan Drisyam Kamal Hasan kat Vasantham. Feberet tu.

wahhh... ada selebret hari bapa tuh

boring jap sebelah pagi

mama datang

selepas selesai edisi sandiwara mama - kak long

ewah ewah ewah

suka yer wat orang lain terkejut

apapun tq atas surprise tu

ceklat itu

adik inaz pun bagi jugak

asal takde pelawat je mesti aku kena punya. huhuhu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam