mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label IDUL ADHA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IDUL ADHA. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2014

PERUTUSAN IDUL ADHA 1435H YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI

PERUTUSAN IDUL ADHA 1435H
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulilah, Allah SWT masih memberikan kesempatan kepada kita untuk sama-sama merayakan Idul Adha atau Hari Raya Korban yang penuh barakah pada tahun ini. Idul Adha merupakan hari yang Allah SWT syariatkan untuk kita bersama-sama mengenang harga sebuah pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Ibadah korban yang dilaksanakan sempena Idul Adha merupakan lambang semangat pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam, yang akan memperoleh keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Ibadah korban juga merupakan tanda kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Ia juga memperingatkan kita tentang rezeki yang dikurniakan oleh Nya, agar umat Islam lain yang kurang berkemampuan dapat sama-sama berkongsi kenikmatan yang diperolehi.

Pengajaran penting yang mesti dihayati oleh seluruh umat Islam sempena Idul Adha ialah kita mestilah sentiasa patuh dan taat kepada segala titah perintah Allah s.w.t. sepertimana patuh dan taatnya Nabi Ibrahim a.s dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ismail a.s. Ketaatan kita kepada perintah Allah s.w.t hendaklah dizahirkan dengan cara menjunjung syariat Islam yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Al-Sunnah dan menadikan ajaran Islam yang syumul sebagai cara hidup kita.

Semoga kita semua akan dapat mencontohi sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah SWT seperti yang telah ditunjukkan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

Alhamdulilah pada tahun ini saya, isteri dan seisi keluarga amat bertuah kerana berpeluang menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci Mekah. Sementara saya di sini, saya berdoa kepada Allah SWT agar Malaysia sentiasa dilimpahi dengan nikmat kemakmuran dan keamanan, dimurahkan rezeki ke atas seluruh rakyatnya dan dijauhi daripada segala musibah dan bala bencana.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan taulan, sahabat handai, ahli keluarga dan rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan saya sekeluarga selama berada di tanah suci. Semoga anda semua sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.w.t.
Selamat Hari Raya Idul Adha daripada saya sekeluarga buat seluruh umat Islam di Malaysia.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free