mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label rapunzel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rapunzel. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Januari 2011

Movie Review : Tangled (2010)

Klik untuk gambar yang lebih besar
Two thumbs up
Malam semalam aku layan Tangled ngan bebudak Balqis tuh. Senang ekk.. zaman sekarang ni. Main order jer nak tengok cerita apa, kebetulan; aku pun baru setel donlod ini filim kelmarin, tapi tak sempat nak nengok pasal dah malam sangat untuk bebudak nih. So, hari ni; aku sampai ja rumah terus ajak nengok Tangled nih. Memang best citer dia. Serious..

Cerita tangled ni berkisar pasal cerita Rapunzel, ala yang rambut panjang kat menara tak bertangga tu. Cuma Disney buat versi dia yang tersendiri. Memang hebat sebab, semua dikupas. Kenapa ahli sihir tu nakkan Rapunzel, kenapa tak ambik ja rambut dia masa baby. Very detail cara pengupasan Disney. Dan antara yang terbaik bagi aku.

So, berbalik pada cerita ni. Cerita bermula pasal sorang ahli sihir nih. Dia kekalkan keremajaan dengan menyanyi (puja la tu) satu bunga magik. Nak jadi cerita, ratu negeri tu yang sedang mengandung sakit dan raja arahkan cari bunga magik nih. So, diaorang berjaya cari bunga tu dan kasi ratu tu minum. Apa yang berlaku, kuasa magik tu dah meresap ke baby tadi dan disimpan dalam rambut dia.

Ahli sihir tu ceroboh istana dan jumpa apa yang dia cari. Asalnya dia potong ja rambut, tapi sebab rambut yang dipotong hilang power; maka dia culik baby tu dan menyamar jadi ibu rapunzel ni tadi. Dia pun mula cerita pasal keajaiban rambut rapunzel dan semua orang nakkan kesaktian tu. Tu pasal dia terpaksa kurung rapunzel nih. Rapunzel percaya pasal dia dari kecik disogok ngan cerita yang sama tu kan dan anggap semua orang jahat dan nakkan rambut dia.

Cerita macamana dia keluar bermula bila dia dah 18 tahun dan teringin sangat nak tengok lantern yang raja negeri lepaskan setiap harijadi dia; diaorang nakkan dia balik sengsangat, jadi setiap harijadi dia, diaorang akan lepaskan lantern nih. Masa yang sama hero pun tiba. Hero ni pencuri sebenarnya, dan dia terjumpa menara ni secara tak sengaja masa lari dari kepungan pengawal istana. So, rapunzel dah buat perjanjian dengan si hero ni untuk bawak dia keluar dari menara ni dan di sinilah rapunzel mula mengenali dunia luar yang lain dari pandangan yang 'ibu' dia bagi tahu tu.

Ending, tahu ahli sihir tu yang jahatjumpa balik mak bapak sebenar dia, dia kahwin ngan hero, and ayat biasa cerita dulu.. they live happily ever after. Aku memang kasi cerita ni 5 bintang. Memang best cara garapan dan nafas baru yang diberikan untuk rapunzel. Two thumbs up.

Enjoice...Sharing is power!!!