Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengerusi SPR

Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Ditetapkan 22 Mac - Pengerusi SPR

Imej
Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka Ditetapkan 22 Mac - Pengerusi SPR Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan watikah pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum diserahkan kepada Ibrahim Bakri Mat Deris (kanan)PUTRAJAYA, 18 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 10 Mac, manakala pengundian awal pada 18 Mac. "Tarikh tutup untuk permohonan bagi undi pos untuk dalam negara adalah pada 12 Mac, manakala untuk permohonan undi pos bagi pengundi luar negara pada 10 Mac," katanya dalam sidang media sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Chempaka di sini hari ini. Pilihan raya kecil itu akan diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz N