mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA DAN KEDOKTORAN TAHUN 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA DAN KEDOKTORAN TAHUN 2017. Papar semua catatan

Rabu, 1 Februari 2017

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA DAN KEDOKTORAN TAHUN 2017

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN IJAZAH SARJANA DAN KEDOKTORAN TAHUN 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.

Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam Sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) sebelum mengemukakan permohonan untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan Sistem e-Penawaran.


Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program dan kemudahan Cuti Belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bagi meningkatkan kompetensi dan kualiti pendidik demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.

Pemberian kemudahan Cuti Belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbangkan idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh Kementerian. Antara program yang ditawarkan adalah Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

CBBP DB dan CBBP TB merupakan satu program yang dibuka tawarannya kepada PPP untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di universiti awam di dalam negara. PPP yang berjaya ditawarkan program ini layak diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36 iaitu selama 2 tahun (4 semester) bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) pengajian bagi peringkat Ijazah Kedoktoran.

Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan menerima penajaan yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian. Manakala, CBBP TB pula tidak menawarkan sebarang elemen biasiswa sama ada pembiayaan yuran pengajian atau pun biasiswa sepanjang tempoh pengajian.

Bidang dan pengkhususan yang ditawarkan bagi kedua-dua program ini adalah berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM. PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan bidang akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau pengalaman perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya pada masa akan datang. PPP juga harus mematuhi ketetapan KPM untuk mengikuti pengajian dalam dua (2) pilihan mod pengajian iaitu Mod Campuran (Kerja Kursus Dengan Disertasi/Tesis) dan Mod Penyelidikan Sepenuhnya bagi pengajian Ijazah Sarjana serta Mod Penyelidikan Sepenuhnya bagi Pengajian Ijazah Kedoktoran.

PPP yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem ePenawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my PPP yang berhasrat untuk memohon kemudahan Cuti Belajar digalakkan untuk membuat persediaan dan perancangan awal termasuk mengenalpasti universiti-universiti yang menawarkan bidang pengajian yang ingin dimohon (bidang perlu selaras dengan ketetapan KPM sewaktu penawaran dibuka) dan pensyarah yang berkelayakan serta berkepakaran untuk dilantik sebagai penyelia sewaktu pengajian kelak.

KPM akan meneliti dan memilih PPP yang terbaik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Sehubungan itu, PPP yang berjaya dipanggil temuduga dinasihatkan untuk membuat persediaan yang baik sebelum menghadiri temuduga. Persediaan ini termasuklah penyediaan kertas cadangan kajian yang berkualiti dan ASLI bersesuaian dengan bidang yang dimohon.

PPP yang berjaya temuduga akan menerima surat tawaran bersyarat dan WAJIB menghadiri program persediaan bagi suatu tempoh yang akan ditentukan oleh pihak KPM serta LULUS ujian bertulis yang diadakan. Kegagalan PPP untuk menghadiri kursus persediaan berkenaan boleh mengakibatkan penawaran terbatal.

PPP yang menerima kemudahan cuti belajar adalah terikat dengan kontrak perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian. Selain itu, PPP bertanggungjawab terhadap pengajian dan WAJIB menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti Belajar yang diluluskan (Graduate On Time (GOT)).

Sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan, PPP akan mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), KPM dan BT merupakan Ketua Jabatan baharu yang berperanan untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan PPP sepanjang tempoh tersebut. Tempoh Cuti Belajar ini juga layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.

PPP akan kembali berkhidmat setelah tamat tempoh Cuti Belajar sekaligus perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kepakaran yang dimiliki untuk kemajuan diri dan organisasi (pulangan ke atas pelaburan). PPP yang melapor diri akan ditempatkan ke dalam ekosistem pendidikan mengikut
keperluan semasa Kementerian serta bersesuaian dengan bidang kepakaran dan kekosongan tempat bagi membolehkan KPM melaksanakan perancangan pembangunan sumber manusia secara berkesan.
Setelah memahami maklumat program Cuti Belajar ini, PPP yang berminat perlu meneliti dan memahami syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum memohon

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,