Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bateriku.com

Bateriku.com : Amaron Go for abam livina

Imej
Bateriku.com : Amaron Go for abam livina. Kisahnya. Baru nak start enjin gerak ke sekolah tapi langsung tak masuk. Hurrmmm... Dah sampai hayat jugak bateri aku ni. Dulu pun masa mati aku kat ofis. Nak gerak balik tapi tak boleh start. Pinjam kereta mama gerak dulu ke sekolah untuk selesai urusan. Balik. Terus call bateriku.com. Saja ngetest semula. Ada amaron. Hahaha. Terus amik. Dapat RM230 selepas tolak harga bateri lama. Sama la macam itu hari. Cuma masa tu aku tak dapat amaron tapi dapat century. Masa hantar servis hari tu pun Fad dah kasi tau bateri aku dah mula weak. Bacaan low. Tengok tarikh. Ngam ngam 3 tahun hayat bateri century ni. OK la tu kan. Bateri kering ni memang kalau dah abis, dia terus kong. Hahaha. Tunggu jap. Wakil bateriku.com dah sampai. Terus dia amik bacaan bateri lama dulu. Sahih. Terus tukar bateri baharu. Hijau abis bateri baharu ni. Harap dapat beri perkhidmatan mantap pada abam livina lepas ni.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#bl

Bateriku.com : Century Marathoner NS60L Maintainance Free Battery

Imej
Bateriku.com : Century Marathoner NS60L Maintainance Free Battery. Petang ni memang ada satu lagi rezeki masuk. Bateri kereta livina aku, Goper SST dah kong. Tiga tahun jugak aku pakai. Last tukar dulu pada tahun 2015 bulan Oktober. Menung jap. Terus gugel bateriku.com. Ada nombor terus aku dail. Ada je orang lain cuma aku kata aku nak try tengok camner perkhidmatan Bateriku.com ni. So. Dail. Terus borak dengan Alif. Amaron dah habis, harga dia tawar RM210. Tinggal Century aje, RM190. Amik ajelah. Yang penting nak gerak semula. Bayaran? Cash, Online transfer atau kad kredit ditawarkan. Aku request for kad kredit. Setel semua discussion, masuk satu SMS untuk mengesahkan transaksi tadi. Lepas tu Nizam pulak call. Saya bergerak dari Taman Universiti untuk urusan penukaran bateri. Aku gi lepak kat guard jap bagitau apa yang bakal berlaku. Lepas tu aku lepak kat kereta. Dalam 15 minit nizam sampai. Terus tukar bateri. Memang marbeles. TQ Bateriku.com. Memang dapat membantu di saat kecema