Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel eGUMIS

eGUMIS : Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online

Imej
eGUMIS : Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online. Bagi memudahkan urusan semakan wang tidak dituntut, kerajaan akan melancarkan sistem eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System). Sistem tersebut akan mula beroperasi pada suku kedua tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata terdapat 52,015 permohonan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut telah dibuat pada tahun ini dengan 34,353 permohonan dari sekitar Kuala Lumpur sahaja. Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut. Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun. 3 KATEGOR